Awal-awal pagi Rania sudah pun bersiap. Sementara menunggu Raffiq selesai mandi, dia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan buat keluarga barunya. Sebelum ini dia hanya tinggal sendiri. Setelah ibunya meninggal, inilah hari pertama dia dapat merasai semula hidup bekerluarga.
" Selamat pagi ma. Awal mama bangun." Rania menyapa Datin Qhalida yang sedang sibuk menyusun pinggan di atas meja makan.
" Ehh Rania! Awal Rania bangun."
" Rania nak masakkan sarapan pagi ni ma. Sebab tu awal bangun. Lagipun Raf.... err.. abang Raffiq nak bawa Nia pergi satu tempat."
" Oh ! That's great sayang ! Biasakan diri dengan Raff. Mama tahu kamu berdua belum selesa sangat." Datin Qhalida menguntum senyuman. Sungguh terharu hati Rania kerana kehadirannya dalam keluarga itu diterima baik oleh Datin Qhalida. Begitu juga dengan Datuk Azman dan Raffiena.
" Amboi ! Dah dapat menantu, suami dilupakan." Datuk Azman menyakat isterinya lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi.
" Mana ada bang. Takkan lah Lida nak lupakan abang. Lida happy sebab apa yang Lida harapkan selama ni untuk tengok Raff kahwin, dah tercapai."
" Ermm.. Yelah tu. Ni Raff mana? Belum bangun lagi ke ?" Datuk Azman mengalihkan soalan kepada Rania.
" Oh ! Dah pa. Abang Raffiq dah bangun. Tengah mandi. Mungkin tengah siap-siap nak turun." balas Rania.
" Dah alang-alang Rania ada kat sini. Papa ada something nak bagitau. Lusa papa nak kamu dengan Raff pergi honeymoon. Papa dah atur tempat."
" Honeymoon ? Ermm. Abang Raff setuju ke pa ?"
" Setuju atau tak itu papa tak peduli. Dah kahwin kan. Kena lah honeymoon. Papa nak Raff dan Rania mengenali antara satu sama lain. Papa bagi masa 2 minggu untuk kamu berdua saling kenal."
" Baik pa. Nia ikut je kalau itu yang terbaik."
Rania serba salah jika menolak permintaan bapa mertuanya. Jadi, terpaksalah dia akur dengan kehendak Datuk Azman. 2 minggu bukan masa yang sinhkat bagi Rania. Tambah pulak dengan perangai perengus Raffiq. Lagilah membuatnya tak jenuh duduk.Raffiq mencuri dengar perbualan papanya dengan Rania. Sengaja dia berdiri disebalik dinding yang memisahkan ruangan dapur dan ruang tamu.
" Morning ma, pa. Sorry tak sempat nak sarapan. Raff nak bawa Rania pergi jalan-jalan dulu." Raffiq berpura-pura tidak tahu mengenai perbualan Datuk Azman dengan Rania. Kalau dia bersuara takut jadi perbalahan pulak.
" Kalau ye pun, makanlah sarapan dulu." pelawa Datin Qhalida.
" Takpe lah ma. Nanti Raff breakfast kat luar. Raff nak cepat ni."
" Kamu nak bawa Rania pergi mana awal-awal pagi ni ?" Datuk Azman mula menyoal.
" Somewhere pa. Secret. Papa nak Raff kenal dengan Rania kan ? So, izinkan Raff bawa Rania keluar kemana saje Raff nak. Don't worry pa. Raff takkan bawa Rania pergi tempat yang tak elok. Just jalan-jalan je." Raffiq cuba meyakinkan papanya.
" Suka hati kamulah Raffiq. Cuma satu je papa nak pesan. Kamu jangan sesekali buat benda yang tak elok pada Rania. Atau bawa dia pergi ke tempat yang tak elok. Papa banyak mata-mata kat luar sana. So, be careful."
Sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari Datuk Azman, Raffiq menyalam kedua orang tuanya dan diikuti oleh Rania. Mereka menghayun langkah menuju ke ruangan parkir.
Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, Raffiq memecut laju.
" Kenapa kau tak bantah je cadangan papa tadi nak suruh kita pergi honeymoon. Kau memang suka ye nak honeymoon dengan aku !"
" Mana ada. Takkan lah saya nak bantah kalau papa dah pilih tempat. Awak ingat saya suka sangat ke nak pergi honeymoon dengan awak !
" Kau jangan nak berlakon lah Cik Rania.! Dalam hati kau tu tentu dah melojak gembira sebab dapat honeymoon dengan lelaki terhensem kat Malaya ni.!"
" Berlakon ape pulak ni ! Awak ni merepek lah ! Kalau awak tak mampu nak bantah cakap bapa awak sendiri, inikan pulak saya. Saya cuma menantu je. Nak taknak saya kena hormat permintaan mereka. Tak elok bantah cakap orang tua. Apa susah sangat awak nak iye kan saje permintaan mereka !"
" Amboi ! kau nak ajar aku pulak cara hormat orang tua ! Jadi, kau memang suka lah nak pergi honeymoon dengan aku ?! Baik ! Kau tau lah nasib kau macam mana nanti !"
" Apa-apa je lah awak ! Sekali awak buat benda tak elok kat saya, alamatnya kat lokap lah awak bermalam. Jangan ingat saya ni budak kecik awak nak kerjakan ikut suka hati !"
Kecut perut Raffiq bila Rania membangkitkan soal 'LOKAP'. Hatinya sebagai lelaki sangat tercabar dengan cara wanita itu melawan setiap tutur kata yang dia bahasakan.
" Kita nak kemana ni ?" Amna bersuara. Dia masih tertanya-tanya dimana agaknya tempat yang nak dituju.
" Aku nak ajak kau pergi kondo aku !"
" Nak buat apa ?"
" Ishh ! Kau ni banyak soal lah ! Kejap lagi kau tau lah kita nak buat apa kat kondo aku tu !"
Rania hanya diam. Nak dilawan, dia pulak yang kena.
![](https://img.wattpad.com/cover/150686358-288-k99427.jpg)
YOU ARE READING
Bila Hatimu Ada Dia
RomanceCinta itu hadir tanpa diduga dan pergi tanpa dipinta. Rania mengahwini lelaki yang pernah merosakkan hidupnya. Perkahwinan mereka tidak seindah pasangan lain. Hanya manis pada umumnya. Kerana ego Raffiq sanggup menyakiti hati Rania berkali-kali mesk...