Hari yang ditunggu sudah pun tiba. Berdebar-debar hati Rania semasa akad nikah dilafazkan sebentar tadi. Hanya dengan sekali lafaz, Rania sah bergelar isteri kepada Raffiq. Majlis resepsi pulak akan diadakan pada waktu malam. Datuk Azman tidak mahu melengahkan masa lagi untuk majlis resepsi. Biarlah selesai hanya dalam satu hari sahaja.
" Raff.. papa nak bincang sikit."
Raffiq yang masih lagi mengenakan persalinan pengantin menghayun langkah.
" Ada apa pa?" tanya Raffiq.
" Pergi honeymoon dengan Rania." pinta Datuk Azman.
Raffiq agak terkejut dengan permintaan papanya. Sudahlah dipaksa bernikah dengan gadis bukan pilihan hati, sekarang disuruh pulak honeymoon.
" What ?! Raffiq baru je nikah. Majlis resepsi pun baru je selesai. Bagi lah Raff masa 2 atau 3 minggu lagi untuk teruskan dengan rancangan honeymoon papa tu." tegas Raffiq yang berkeras tidak mahu meneruskan rancangan papanya untuk berhoneymoon dalam masa terdekat ni.
" I give you 3 days untuk sedia !" Datuk Azman bertegas dengan keputusannya. Dia bingkas bangun dari sofa dan menghayun langkah menaiki anak tangga untuk masuk ke bilik tidur utama. Ditinggalkannya Raffiq yang masih lagi berasa kesal dengan desakan papanya.
Pintu dikuak kasar oleh Raffiq. Rania agak terperanjat dengan kedatangan Raffiq.
" Kau sengaja nak perangkap aku kan ?!" Raffiq bersuara dengan nada yang sedikit kasar sambil menunding jari telunjuknya ke arah Rania.
" Ape pulak saya ?! Apa yang saya tahu, saya yang kena perangkap dengan awak ! Jaga sikit mulut tu ! Jangan ikut suka nak tuduh saya !" Rania mepertahankan diri dari dipijak oleh lelaki seperti Raffiq.
" Kalau kau tak desak aku bayar semua ganti rugi kau tu, semua ni takkan jadi ! Dan aku takkan kahwin dengan kau ! Kau dengar sini ! Suatu hari nanti aku akan lepaskan kau ! Kau tunggu je saat itu ! tegas Raffiq.
" Kalau boleh, saya memang taknak ada hubungan dengan awak tapi semua yang jadi ni bukan kehendak saya ! Saya akan tunggu saat awak lepaskan saya Encik Raffiq ! Lagi cepat lagi bagus !" Rania membalas balik kata-kata Raffiq. Dia menghayun langkah ke bilik mandi. Sebak dadanya apabila dirinya tidak diiktiraf sebagai seorang isteri.
Memang bukan kemahuannya mengahwini Raffiq, tapi setidaknya maruah dan harga dirinya tidak dipijak sebegitu rupa. Bergenang tubir matanya dan mutiara jernih itu akhirnya jatuh juga membasahi pipi.
Papp !! papp !!
Tersentak Rania apabila pintu bilik mandi dihentak kuat dari luar." Boleh cepat sikit tak !!! Kau ingat bilik mandi ni direka khas untuk kau ke ?!!! Keluar cepat !!" suara Raffiq membuat Rania tersentak. Tidak pernah dia diperlakukan sebegitu rupa.
Dikesatnya lembut airmata yang masih lagi membasahi pipi. Perlahan-lahan jari Rania memulas tombol pintu. Terlihat Raffiq sudah tercegat didepan pintu. Wajah lelaki itu tidak sedikit pun menunjukkan perasaan serba salah selepas kejadian yang menimpa mereka sebelum ini.
Rania masih bingung memikirkan dimana harus dia merebahkan diri. Sungguh dia takut jika dia berbaring diatas katil Raffiq, pasti lelaki itu mendengus marah.
Pintu bilik mandi dikuak dari dalam.
" Awak ? Awak nak saya tidur kat mana ?" Rania menunggu jawapan dari Raffiq.
Raffiq masih berdiam. Dia menuju ke almari baju dan mencapai selimut berserta dengan bantal sekali. Dibalingnya bantal dan selimut itu tepat ke arah muka Rania. Impak dari balingan itu, Rania hampir terlentang ke belakang.
" Awak tidur kat bawah ! Jangan berani nak tidur kat sofa mahupun katil ni ! Faham ?!"
Rania hanya mengangguk lembut tanda faham. Tidak kuasa dia nak bersoal jawab dengan lelaki perengus seperti Raffiq. Jika dia menjawab pun bukannya dapat melembutkan hati Raffiq. Malah menambahkan lagi amarah didalam diri lelaki itu.
" Oo.. By the way Miss Rania, esok kau kena ikut aku pergi satu tempat !"
" Awak nak bawa saya pergi mana ?"
" Somewhere !" jawab Raffiq ringkas sambil jarinya sibuk menyarungkan baju.
" Saya perlu tahu kemana awak nak bawa saya esok !" tegas Rania yang masih lagi ingin tahu kemana agaknya Raffiq ingin membawanya pergi.
" Kau ni memang jenis yang tak reti bahasa ke ?! Esok kau akan tahu aku nak bawa kau pergi mana !"
" Kalau awak tak bagitahu nak pergi mana, saya takkan ikut ! Saya takde masa nak ikut awak pergi tempat yang saya tak tahu ! Lagipun saya ada perniagaan saya sendiri yang saya nak kena handlekan. So, please Encik Raffiq ! Jangan bazir masa saya dengan perangai ego awak !" tegas Rania. Dia memalingkan muka namun jari Raffiq dengan cepat menyambar dagu Rania.
" Kau ingat kau sape aku nak kena takut dengan kau ?! Kau kat rumah aku so, kau kena ikut cakap aku even mana aku nak bawa kau pun kau kena iku jugak ! Kau faham?! " ego Raffiq sebagai lelaki sudah tercabar dengan kedegilan Rania untuk menuruti permintaannya.
" Sakit lah !" Rania menepis jari Raffiq. Sungguh dia tidak mahu dirinya diperlakukan seperti hamba.
" Haa ! Tau pun sakit ! Lain kali dengar cakap aku kalau taknak sakit ! " Raffiq tersenyum sinis dan menjeling tajam ke arah Rania. Melonjak girang hatinya melihat riak wajah Rania seperti ketakutan.
'Lelaki tak guna ! Aku akan balas apa kau buat pada aku !' Rania bergumam dalam hati.
Dia merebahkan tubuh yang memang sedari tadi memerlukan rehat.
![](https://img.wattpad.com/cover/150686358-288-k99427.jpg)
YOU ARE READING
Bila Hatimu Ada Dia
RomanceCinta itu hadir tanpa diduga dan pergi tanpa dipinta. Rania mengahwini lelaki yang pernah merosakkan hidupnya. Perkahwinan mereka tidak seindah pasangan lain. Hanya manis pada umumnya. Kerana ego Raffiq sanggup menyakiti hati Rania berkali-kali mesk...