Bab 6

537 18 0
                                        

"Raff ! "
Panggilan nama itu mengejutkan satu rumah. Terus menerus nama Raffiq dipanggil oleh Datin Qhalida.
"Ape ni ma ? Terkejut Raff."
"Terkejut ye sayang mama. Ni ada polis cari Raff. Ape Raff dah buat ni sampai polis datang rumah ??! Ape mama nak jawab dengan papa Raff nanti ?!!"

"Maaf menganggu. Encik Raffiq Idrus Datuk Azman ?"
"Ye saya. "
"Kami dari balai polis Bukit Aman. Kami datang ni sebab ada aduan yang kami terima dari pemilik Butik Pengantin Rania. Pemilik membuat aduan atas kerosakan teruk pada butik tersebut. Encik kena ikut kami ke balai."
"Kenapa pulak saya nak kena ikut pergi balai.?? Ade bukti ke saya buat kerosakkan kat butik tu ?"
"Kami ada rakaman CCTV sebagai bukti. Sila ikut kami ke balai."

Raffiq hanya menuruti bila anggota polis tersebut mempersilakan langkah Rafiq untuk mengikut mereka ke balai.

"Kalau papa tanya Raff ade kat mane, pandai-pandai lah mama jawabkan untuk Raff. "

"Ye lah. Selesaikan ape yang patut. Mama harap Raff boleh selesaikan dengan cara baik. Kalau betul Raff buat, Raff minta maaf je. Lepas tu bayar ganti rugi ye sayang."

Datin Qhalida seorang ibu yang lemah lembut. Dia selalu menasihati anak-anaknya iaitu Raffiena Idrianna yang merupakan anak sulung dan anak terunanya Raffiq Idrus supaya sentiasa bersikap positif bila berhadapan dengan kejadian yang mungkin boleh menjejaskan nama baik keluarga.
Lain pulak dengan Datuk Azman. Dia merupakan seorang bapa dan suami yang tegas.

Datin Qhalida agak gelisah setelah hampir
2 jam menunggu berita dari Raffiq yang masih lagi menjadi tanda tanya. Kegelisahan Datin Qhalida menyebabkan anak sulungnya Raffiena berasa pelik kerana raut wajah mamanya kelihatan seperti risaukan sesuatu. Raffiena tahu keresahan Datin Qhalida itu tiada lain tiada bukan kalau tidak kerana sikap adiknya Raffiq yang sering menimbulkan kekecohan sejak akhir-akhir ini.

" Ma.. kenapa ni ? Fiena tengok dari tadi mama nampak resah. Anything happen ? "

" Raff.. pagi tadi ade polis datang bawa Raff pergi balai. Sampai sekarang mama masih tak tau ape yang jadi kat Raff. Ni kalau papa tau, masak mama nak kena jawab dengan papa. "

" Budak tu memang selalu buat hal. Ma, kalau boleh suruh je Raff tu kahwin. Senang citer. Bila dah jadi laki orang, tau lah bini dia nak control hidup dia. "

" Ishh. kamu ni. Merepek. Mama tak terfikir pun sampai ke situ. Kalau boleh memang mama nak Raff kahwin cepat tapi tu lah. Raff belum ade calon yang mama berkenan."

" Raff kan sedang hangat bercinta dengan Fatin si model seksi tu. Suruh je lah Raff ajak Fatin kahwin. Abis citer. "

" Mama rasa mama tak berkenan sangat dengan Fatin tu. Mampu ke dia jadi isteri dan ibu yang baik nanti.? "

" Alaah ma. Pandai lah Raff tu bimbing dia. "

" Hemmm. Diri sendiri pun tak terbimbing. Nak suruh dia bimbing perempuan macam Fatin tu. Sampai ke sudah lah. "

Perbualan dua beranak itu diakhiri dengan gelak ketawa. Berkurang lah juga rasa risau Datin Qhalida selepas berbual dengan anak perempuan sulungnya Raffiena. Namun jauh disudut hati dia masih risaukan keadaan Raffiq yang masih lagi dibalai. Dia bimbang jika perkara yang ditimbulkan anak lelakinya itu menemui jalan buntu. Walaupun kekecohan yangbRafgiq timbulkan agak remeh namun sedikit sebanyak perkara remeh itu juga lah yang mungkin akan menjejaskan nama baik keluarga dan reputasi syarikat. Dia sedia maklum bahawa suaminya Datuk Azman sangat pantang bila perkara seperti ini terutamanya yang melibatkan POLIS mungkin akan menjejaskan reputasi syarikat. Itulah yang sangat merisaukan Datin Qhalida. Sudah berkali dia menasihati Raffiq supaya berkelakuan elok namun anak lelakinya agak sedikit liat untuk menerima baik nasihat darinya. Walaupun begitu, Datin Qhalida tidak pernah jemu untuk selalu menasihati anak lelakinya kerana Raffiq merupakan satu-satunya waris syarikat mereka iaitu RAFFLESIA HOLDINGS. Pernah juga mereka mewariskannya kepada Raffiena namun anak perempuan sulung mereka itu tidak berminat menguruskan syarikat keluarga mahupun yang berkaitan dengan perniagaan. Raffiena lebih selesa memikul kerjaya sebagai seorang pendidik. Makanya Raffiq terpaksa memikul tanggungjawab sebagai pewaris tunggal RAFFLESIA HOLDINGS walaupun tanggungjawab itu terlau berat untuk dipikul seorang diri. Oleh kerana itu Datuk Azman lebih tegas dengan Raffiq berbanding anak perempuan sulungnya Raffiena.

Bila Hatimu Ada DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang