Bab 8

523 15 0
                                        

" Macam mana Raff ?? Dah settle dah ?? "

" Mama tak perlu risau. Everything is under control. Raff akan bayar semua ganti rugi kerosakkan yang Raff dah buat."

" Habis tu kenapa lama sangat kat sana ? "

" Lama sebab tunggu pemilik butik tu sampai."

" Raff settle kan cepat ye sayang. Nanti tak pasal-pasal benda ni sampai kat telinga papa."

" Pandai lah Raff nak jawab dengan papa nanti. Mama jangan lah risau sangat."

Raffiq sempat mencubit manja pipi mamanya sambil mengenyitkan mata supaya wanita itu tidak terlalu risau akan keadaannya bila berhadapan dengan Datuk Azman nanti.

Sebaik saja masuk ke ruangan rumah, Raffiq memang dah agak ada orang yang tidak diingini berkunjung ke rumahnya. Lebih-lebih lagi orang itu adalah Fatin kekasih hatinya. Selepas hampir 2 hari Fatin merajuk, pandai pulak perempuan itu datang ke rumahnya minta dipujuk oleh Raffiq. Raffiq memang tidak suka bab pujuk memujuk ni. Tambahan pulak bila orang yang dipujuk itu terlalu keras hati dan susah nak dipujuk.

" Kenapa You datang sini ? "

" You tak suka ke I datang.?? I dengar You kena tahan sebab kejadian malam tu. Bie... I tahu I salah. I tak patut buat You marah. "

Nada suara Fatin yang agak manja dan gedik itu semakin menjengkelkan Raffiq. Namun apakan daya kerana dia terlalu sayangkan wanita itu. Ada kalanya dia bosan juga dengan sikap Fatin yang suka merajuk dan kuat cemburu itu. Kerana terlalu sayang dan cintakan Fatin, dia terpaksa mengalah demi menjaga hati wanita itu.

" Dah lah. Lain kali pun You akan buat lagi kan ?" sindiran Raffiq agak mengejutkan Fatin. Setahu dia, selama ini Raffiq akan termakan dengan pujukan dan rayuannya. Tapi kali ini Raffiq agak liat untuk dipujuk.

" Sorry lah bie. I promise kali ni I akan kurangkan sikap kuat cemburu I. Okay ?! "

Dari jauh Datin Qhalida hanya memerhatikan sahaja gelagat anak terunanya dengan kekasih hati. Datin Qhalida memang tidak akan masuk campur dalam urusan hal peribadi anak-anaknya kerana dia tahu anak-anaknya sudah cukup besar dan matang untuk membezakan yang mana baik dan buruk dalam sesebuah hubungan. Apa yang penting baginya, anaknya bahagia dengan pilihan mereka. Itu lah sikap Datin Qhalida. Dia seorang ibu yang sangat memahami kehendak anak dan tidak akan memaksa semua tindakan anak-anaknya. Tapi tidak semua tindakan anaknya akan disokong penuh oleh Datin Qhalida jika perkara itu boleh membawa keburukkan. Dia akan seboleh-bolehnya menasihati anak-anaknya.

Lamunan Datin Qhalida terhenti apabila bahunya ditepuk lembut dari belakang.

" Ma.. kenapa ni ? Termenung jauh nampak." Sapa Raffiena sambil tersenyum ke arah mamanya.

" Tu haa. Dua merpati tu. Adegan pujuk memujuk lagi lah nampaknya." dia memuncungkan mulutnya ke arah Raffiq dan Fatin yang sedang berbual di ruang tamu.

" Hemmm. Dah susah sangat, suruh je dia orang tu kahwin ma. Sejak dari dulu lagi tak habis-habis dengan drama."

" Mama pun rasa macam tu. Tapi tu lah. Mama takut Raff belum bersedia lagi . Fiena ade calon tak.? Kalau boleh mama nak Raff berkahwin dengan wanita yang elok sikit perangainya. Fatin tu mama rasa kurang sesuai lah. "

" Ishh ! Tak payah lah nak carikan calon ma. Biar lah Raff kahwin dengan Fatin. Nanti meroyan pulak pompuan tu kalau dia tak dapat kahwin dengan Raff.."
Berderai jugak ketawa dua beranak tu bila perkataan "MEROYAN" terkeluar dari mulut Raffiena.

Bila Hatimu Ada DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang