Bab 3

651 20 0
                                    

'Mana pulak pompuan ni? Tadi bukan main desak aku suruh siap cepat. Ni dia pula yang lambat' desis hati Rania.
Bunyi deruman kereta diluar rumah memecah lamunan Rania. Rania mengenali siapa pemilik bunyi kereta tersebut lalu bingkas bangun dari sofa empuknya. Terlihat satu senyuman manis yang dilempar oleh sahabat baiknya. Dia tahu Rania akan membebel. Langkah Rania hanya diiringi pandangan manis Danisha. Dia tahu Rania akan membebel. Belum sempat Rania membuka mulut, Danisha hulurkan semangkuk aiskrim perisa coklat kesukaan Rania. Berdekah ketawa Rania melihat tingkah laku sahabatnya. 'Tahu pun takut dengar bebelan dari mak lampir ni. Lain kali jangan lambat.' Omelnya dalam hati.

"Emmm.. apasal lambat ? Nasib baik ada aiskrim kasi sejuk hati aku."

"Alaa.. sorry lah Nia. Kau bukan tak tau sahabat kau ni bersiap macam mana. Aaa... aku cantik tak ?"

"Not bad. Kita nak pergi mana ni ? Kata nak shopping."

"Kita pergi makan dulu. Ok ! "

Sebaik sahaja sampai dihadapan Restoran Idaman, Rania dan Danisha melabuhkan punggung diatas kerusi. Mata Rania meliar melihat keadaan di sekeliling restoran tersebut. Itu merupakan kali pertama Rania menjejakkan kaki ke restoran tersebut. Sedang matanya liar memerhatikan sekeliling restoran itu, pandangan Rania tertumpu pada sebuah meja. Matanya ligat menyaksikan adegan pujuk memujuk disebelah kiri mejanya dengan Danisha. 'Mengada betul.' Desisnya dalam hati.

"Ooi.. nak makan apa ? Kau tengok apa ?"

"Tu haa. Berkulat pulak mata aku tengok. Mengada betul. Kalau lah aku jadi boyfriend dia tu, dah lama aku tinggalkan perempuan macam tu. Manja mengalahkan baby."

"Aikk. Kau pulak yang nak naik angin. Nia..? Emmm.. kau...."

"Kau apa ?"

"Kau tak terfikir ke nak cari pengganti Shafiq?"

"Aku belum ready lagi Sha. Hati aku belum terbuka pada mana-mana lelaki lagi. Biarlah aku hidup macam ni."

"Tapi kau kena terima kenyataan yang Shafiq dah lama pergi."

"Aku dah lama terima kenyataan Sha. Cuma aku belum ready lagi nak terima sapa-sapa. Dah lah. Kau dah order makanan ?"

Tangan Danisha cepat menyelak buku menu yang sedari tadi diatas meja. Sempat juga Rania menjeling ke arah meja dimana pasangan tadi masih lagi dengan adegan pujuk-memujuk.

Bila Hatimu Ada DiaWhere stories live. Discover now