Satu jam awal sebelum Rania sampai, Raffiq sudah pun menunggu di tempat yang dijanjikan. Dari awal lagi dia sudah meneliti baik rancangan untuk mengenakan Rania. Makanan dan minuman juga sudah terhidang baik di atas meja. Hanya menunggu kedatangan Rania untuk menikmati makanan yang sudah pun terhidang di atas meja.
Rania agak gementar masuk ke dalam restoran yang sudah dijanjikan oleh Raffiq tengah hari tadi. Sudah lama dia tidak keluar bertemu janji dengan sesiapa semenjak ketiadaan arwah Shafiq. Walaupun ini sekadar temu janji biasa namun, ini lah yang pertama kali sepanjang 2 tahun dia menjalani kehidupan seorang diri. Kehilangan orang tersayang menjadi punca Rania tidak suka keluar ke mana-mana jika tidak menguruskan butiknya. Kehidupannya hanya ulang alik dari rumah ke butiknya. Jika keluar pun hanya keluar menemani Danisha untuk shopping. Itu pun sekali sekala sahaja.
Sebaik sahaja masuk dalam restoran tersebut, Rania sudah ternampak Raffiq duduk menunggu dimeja yang sudah pun terhidang makanan dan minuman. ' Awal pulak mamat ni sampai' omel Rania didalam hati.
" Hai ! Cik Rania. Thanks for coming ! Please have a seat ! " dia mempersilakan Rania supaya duduk.
" Kalau boleh kita percepatkan urusan kita disini Encik Raffiq." Rania memang sungguh tidak selesa dengan keadaan sebegitu. Kalau boleh nak saje dia paksa Raffiq untuk serahkan duit ganti rugi supaya dia boleh terus balik ke rumah.
" Tunggu lah dulu Cik Rania. Kita makan dulu. Sebagai orang melayu, kena lah jaga beradap kan bila ada orang memperlawa kita makan. Am I right Cik Rania ? " Raffiq tersenyum selepas 'menghadiahkan' beberapa baris ayat buat Rania namun, senyuman itu bukan lah senyuman yang ikhlas dari Raffiq. Dia sudah pun mempunyai agenda untuk Rania.
Rania tak mampu mengelak bila Raffiq memerangkapnya dengan beberapa baris ayat yang agak tajam maksudnya. Nak tak nak, dia kena juga duduk semeja dengan Raffiq sambil menikmati makanan yang sudah terhidang diatas meja.
Sebaik sahaja Rania meneguk jus oren. Tiba-tiba Raffiq bersuara." Saya sengaja pesankan jus oren ni untuk awak sebab buah ni mempunyai kandungan air kira-kira 87% dalam sebiji buah oren. Tinggi dengan limonoids, membantu mengurangkan risiko kanser, tinggi kandungan serat yang membantu merendahkan kandungan kolesterol dalam badan, tinggi kandungan Vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit. Kaum hawa macam Cik Rania ni kan lebih mementingkan kulit." berderet pulak penerangan Raffiq pasal kebaikkan buah oren.
" Ye lah..." jawab Rania ringkas. Penglihatan Rania semakin kabur. Kepalanya mula berasa berat dan agak pening.
" Kenapa ni Cik Rania ??" pertanyaan Raffiq semakin tidak kedengaran. Tiba-tiba sahaja Rania rebah dan tidak sedarkan diri.
Sebaik sahaja sedar, Rania melihat sekeliling. Setahunya tadi dia tidak sedarkan diri tapi didalam restoran. Bukan dalam bilik seperti yang sekarang ni. ' Kat mana ni ? ' tanyanya dalam hati. Terbeliak biji mata Rania apabila dia berdua-duaan dengan Raffiq dalam satu bilik. Raffiq pulak dalam keadaan tidak berbaju dan sedang terbaring tidur disebelah nya. ' Ya Allah. Ape dah jadi ni ? Ape yang dah jadi pada aku ? ' gugur airmatanya bila dia berhadapan situasi sebegitu. Dia tidak pasti samada semasa dia pengsan tadi, dia diperkosa oleh lelaki yang masih lagi terbaring tidur disebelahnnya itu atau itu semua hanya mimpi buruk.
Perasaan takutnya semakin membuak-buak bila pintu bilik diketuk berulang kali. Terketar-ketar kakinya melangkah menuju ke arah pintu. Apa yang paling dia takutkan adalah keadaannya yang sekarang ini sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim. Hanya Allah saja tahu apa yang sedang Rania alami sekarang ni.
Pintu dikuak perlahan-lahan dan kelihatan beberapa orang berada dihadapannya sekarang ini. Bagaikan gugur jantungnya bila mendengar salah seorang mengakui diri dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Rania terus terduduk. 'Ini bukan yang aku nak ! ' teriaknya dalam hati.
Rania terus bangun dan cuba mengejutkan Raffiq. Hatinya bagaikan disambar api. Perasaan amarahnya pada Raffiq membuak-buak. Jika bukan kerana Raffiq, dia tidak akan terperangkap dalam keadaan yang sangat memalukan seperti sekarang ini !
" Bangun ! bangunlah !!! Ape yang kau dah buat pada aku ?!! " Rania mengenggam jari sambil menahan amarahnya.
" Eh ! Apasal ni ?! Apa pulak aku dah buat pada kau ?!! " Raffiq berpura-pura tidak tahu dengan pertanyaan Rania. Tapi matanya terbeliak apabila terlihat beberapa orang sedang berdiri dihadapan pintu bilik hotel. ' Alamak ! Mampus aku ! '

ANDA SEDANG MEMBACA
Bila Hatimu Ada Dia
RomanceCinta itu hadir tanpa diduga dan pergi tanpa dipinta. Rania mengahwini lelaki yang pernah merosakkan hidupnya. Perkahwinan mereka tidak seindah pasangan lain. Hanya manis pada umumnya. Kerana ego Raffiq sanggup menyakiti hati Rania berkali-kali mesk...