Bab 12

1K 17 0
                                    

Pagi yang selalunya indah kini kelihatan suram bagi Rania. Seminggu telah berlalu namun Rania masih lagi tidak dapat melupakan apa yang sudah menimpa dirinya. Setiap hari dia diganggu oleh wartawan. Hidupnya tidak setenang dulu. Bukan sahaja wartawan, bahkan Raffiq juga tidak habis-habis menghubunginya. Hidupnya yang dulu tenang kini tidak sudah-sudah dengan gangguan.

Semasa ingin menyuap sekeping roti ke mulut, tiba-tiba loceng rumah Rania berbunyi. ' Siapalah agaknya yang datang awal-awal pagi macam ni.' omelnya dalam hati. Dia cuba menjeling dari jendela dan dia hanya melihat seorang wanita sahaja yang berdiri diluar rumahnya. Seorang wanita bertudung dan mengenakan baju kurung moden berwarna oren tersenyum manis ke arahnya. Sungguh dia tidak mengenali wanita itu. Rania membuka pintu dan mendekati wanita yang hampir sebaya dengan arwah ibunya atau mungkin muda beberapa tahun dari arwah ibunya.

" Ye puan. ? Ade yang boleh saya bantu ?" tanya Rania kebingungan.

" Assalamualaikum. Nur Rania Zulaikha binti Kamarul ?"

" Waalaikumsalam. Ye saya. Silakan masuk puan. Kita boleh bercakap didalam. Selesa sikit." Rania memperlawa Datin Qhalida masuk. Dia tahu Rania masih lagi belum mengenalinya. Kedatangannya ke rumah Rania membawa maksud. Dia ingin mengenali siapa Rania kerana dia berhasrat akan meminang gadis itu walaupun dia tahu Rania dan Raffiq akan bernikah juga akhirnya atas permintaan Datuk Azman demi menjaga nama baik keluarga. Namun, dia ingin menyatukan Rania dengan anaknya dengan cara terhormat. Dia tahu anak terunanya menjadi punca mereka terjebak dalam masalah.

" Sebenarnya kedatangan auntie ke sini ada maksud. Tapi sebelum tu biarlah auntie kenalkan diri. Auntie ni mama kepada Raffiq."

" Oh ye ke. Maaf auntie. Saya memang tak kenal." terbeliak biji mata Rania apabila Datin Qhalida memperkenalkan diri. Sebelum ini dia langsung tidak mengenali siapa ibu kepada Raffiq.

" It's okay honey. Auntie datang ke sini untuk meminang Rania. Auntie tahu semua ni tak perlu sangat memandangkan Rania dan Raffiq akan bernikah atas sebab tertentu tapi auntie nak juga meminang Rania untuk Raffiq. Baru tenang jiwa auntie. Sebab tu auntie datang sorang je. Ingatkan nak bawa kakak Raffiq tapi dia pulak sibuk mengajar. Auntie ikhlas kalau memang Rania jodoh anak auntie. Semua yang jadi ni pun ada hikmahnya." Datin Qhalida meyakinkan Rania supaya meneruskan pernikahan dengan Raffiq. Dia tahu situasi yang sedang Rania alami sekarang ni. Dia tahu gadis itu buntu dan mungkin tertekan dengan kejadian yang menimpanya.

" Saya tak tahu nak cakap apa auntie. Semua ni berlaku sekelip mata je. Nak keluar pun saya malu."

" Auntie tahu sayang. Kita sama perempuan dan auntie faham perasaan Rania sekarang ni. Auntie nak Rania rasa dihormati dan bukan terpaksa untuk bernikah dengan anak auntie. Majlis akad nikah nanti kita buat secara tertutup."

" Mulia sungguh hati auntie. Kalau lah semua orang faham apa yang saya rasa sekarang ni." Rania begitu terharu dan sangat selesa berbual dengan Datin Qhalida walaupun baru beberapa saat sahaja mengenali wanita itu.

Hanya beberapa saat sahaja Rania sudah dapat membiasakan diri dengan Datin Qhalida. Banyak yang mereka kongsikan bersama. Datin Qhalida begitu mesra dengan Rania. Perwatakan wanita itu sangat menenangkan jiwanya dan tidak sombong seperti kebanyakkan orang.

" Okay lah. Auntie pun dah lama sangat kat sini nampaknya. Auntie nak minta diri dulu. Thanks sayang sebab luangkan masa dengan auntie. Auntie harap Rania bersedia untuk bergelar menantu auntie tak lama lagi." Datin Qhalida tersenyum sambil melambaikan tangan kepada Rania.

Rania tidak dapat membalas kata-kata Datin Qhalida. Keikhlasan wanita itu melembutkan hatinya dan dia ikhlas jika jodohnya dengan Raffiq. Lusa merupakan hari bersejarah dalam hidupnya. Datin Qhalida sudah menetapkan hari bahawa lusa adalah hari akad nikahnya dengan Raffiq. Dia ikhlas jika itu ketentuanNya. Keluarga Raffiq juga semua sudah bersetuju dengan pernikahannya dengan Raffiq. Tapi dia masih tertanya adakah Raffiq ikhlas menerimanya sebagai isteri kelak.

Bila Hatimu Ada DiaWhere stories live. Discover now