Selepas berjumpa Raffiq, Rania terus memecut laju keretanya menuju butik pengantinnya. Cermin butik yang pecah disebabkan Raffiq masih lagi dalam proses pemasangan. Danisha juga turut berada disana sambil memerhatikan kerja-kerja pemasangan.
" Macam mana tadi ?" Tanya Danisha.
" Tunggu pelaku tu bayar ganti rugi je." Jawab Rania ringkas.
" Kau dh tarik balik aduan ke ? " Danisha inginkan kepastian berkaitan aduan yang dibuat oleh Rania.
" Dah. Aku memang dh awal-awal lagi tarik balik aduan. Saje nak gertak mamat sombong tu." Sakit pulak hati Rania bila teringatkan perbualannya bersama Raffiq dibalai pagi tadi.
Setelah kerja-kerja pemasangan selesai, Rania dan Danisha memulaikan langkah mereka ke restoran berdekatan. Esok bermulalah hari mereka membuka semula butik. Sudah agak lama butiknya tidak beroperasi semenjak kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas butiknya.
Sedang asyik menyuap makanan ke mulut, tiba-tiba sahaja Telefon Rania berdering. Namun panggilan itu dari nombor yang tidak dikenali.
' siapa pulak ni?' desisnya dalam hati. Rania cuba menjawab panggilan tersebut kerana panggilan itu mungkin dari pelanggannya sebelum ini." Selamat tengah hari Cik Rania." suara lelaki tapi Rania langsung tidak mengenali siapa pemilik suara tersebut.
" Ye. Selamat tengah hari. Boleh tahu siapa ni ?" tanya Rania ringkas.
" Aikk ! Dah lupa ke ?! Orang yang awak nak sangat masukkan dalam lokap pagi tadi.! Kita jumpa malam ni ! Saya nak selesaikan semua kerugian yang awak tanggung. Lagi cepat, lagi bagus.!"
Berkerut kening Rania bila mendengar pengakuan si pemilik nombor telefon yang tidak dikenali itu.
' Macam mana mamat ni dapat nombor aku? ' tanyanya dalam hati." Pelik jugak. Mana awak dapat nombor saya?!"
Tahu juga mamat ni nak berlembut bila bercakap guna telefon. Sebelum ni guna 'I' 'You'. Ni boleh pulak guna 'Saya' 'Awak'.
Omelnya dalam hati." Saya minta nombor awak dari pegawai polis tadi. Kalau nak berurusan dengan orang, lain kali tinggalkan nombor telefon ye mak cik.!"
" What ?!! Makcik ?! Agak-agak lah ! Macam ni lah pakcik ! Nanti saya bagi alamat dekat mana patut jumpa ! Saya harap awak tunaikan janji untuk bayar ganti rugi ! "
" Tak perlu. Saya dah tempah tempat untuk jumpa. Nanti saya text awak. Malam ni. Saya nak selesaikan cepat supaya tak terikat apa-apa dengan awak !"
Belum sempat Rania menjawab, Raffiq terus mematikan telefonnya. Nak taknak Rania kena juga setuju dengan pilihan tempat yang Raffiq dah tempah.Selepas membuat panggilan, Raffiq tersenyum sinis. Dia sudah punya rancangan untuk mengenakan Rania. Rasa geram dan marah masih lagi tersisa dalam diri Raffiq. Tidak mudah untuk dia melepaskan orang yang sudah memalukannya tetutama sekali bila perkara itu sangat tidak disukai oleh papanya Datuk Azman.
' Kau tahu lah nasib kau malam ni ! Jangankan orang nak pandang kau, nak pandang diri kau sendiri kat cermin pun kau akan takut !'
Desisnya dalam hati.Rania langsung tidak beranggapan perkara yang tidak elok akan berlaku pada dirinya. Dia juga tidak mahu terikat apa-apa denga lelaki seperti Raffiq. Namun kerana kerugian yang dia alami, dia terpaksa juga menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.
Danisha hanya menjeling sahaja gelagat sahabat karibnya. Dia tidak perlu bertanyakan apa-apa pada Rania kerana dia tahu sahabatnya itu tidak akan berurusan dengan orang yang tidak dikenali jika bukan kerana butik kesayangannya. Bagus juga jika perkara itu diselesaikan dalam masa satu hari. Dia sudah sedia maklum bahawa Rania bukan jenis yang suka keluar dengan orang sembarangan jika tiada apa-apa urusan yang mustahak. Bahkan untuk keluar shopping pun Rania liat nak diajak.
Usai makan, Danisha dan Rania mengatur langkah dan menuju ke parkir kereta. Dari jauh lagi Rania sudah ternampak kelibat suami Danisha. 'Begini lah hidup berumahtangga. Nak pergi mana-mana pun suami jemput.' desis Rania dalam hati. Kalau lah Shafiq masih ada. Mungkin dia dah beranak pinak sekarang ni. Lamunannya terhenti bila terdengar suara Danisha.
" Jangan lupa call aku bila dah slesai urusan kau dengan mamat tu nanti ! " sempat pulak Danisha mengingatkannya.
" Ye lah. Nanti aku call kalau semua dah selesai."
Perbualan mereka berakhir dengan lambaian mesra.

YOU ARE READING
Bila Hatimu Ada Dia
عاطفيةCinta itu hadir tanpa diduga dan pergi tanpa dipinta. Rania mengahwini lelaki yang pernah merosakkan hidupnya. Perkahwinan mereka tidak seindah pasangan lain. Hanya manis pada umumnya. Kerana ego Raffiq sanggup menyakiti hati Rania berkali-kali mesk...