Bab 15

1.7K 43 17
                                        

Sebaik sahaja kereta memasuki ruangan parkir kondo, Raffiq memberhentikan kereta. Dia menyeluk seluar mengeluarkan telefon dan bercakap dengan seseorang. Rania yang masih lagi didalam kereta hanya menjadi pemerhati. Nak ditanya, takut dimarah oleh Raffiq.

" Hey ! Keluar ! Ikut aku !"

Rania hanya menurut sahaja dan berjalan membuntuti Raffiq. Sebaik sahaja sampai didepan pintu kondo, Rania agak terkejut kerana ada seorang wanita membuka pintu. Seksi ! Hanya mengenakan blouse berwarna merah berlengan panjang.  Digandingkan dengan skirt paras lutut berwarna putih menampakkan lagi bentuk kaki yang panjang dan putih mulus. Dan lagi menyerlahkan kecantikkan wanita itu dengan rambut yang panjang berwarna blonde membuatkan hati Rania tertanya-tanya.' Siapa perempuan ni' bisiknya dalam hati.

" Bie.. kenalkan Rania isteri I."
Terkejut beruk Rania bila Raffiq membahasakan wanita itu sebagai 'BIE'.

" Oh ! Ni lah perempuan yang dah rampas kekasih I! Poor girl ! Dah kemaruk sangat nak kahwin ke sampai boyfriend I pun You nak kebas !" Fatin tidak mampu mnyelindungkan lagi perasaan marahnya terhadap Rania. Disebabkan Rania, hasratnya untuk menjadi isteri Raffiq kini musnah.

" Ape semua ni ?! Ni ke sebab awak bawa saya datang sini ?" tanya Rania dan memalingkan pandangannya ke arah Raffiq.

" Yes ! Supaya kau sedar diri tu sikit ! Aku ada life aku sendiri sebelum aku terperangkap dengan kau ! Aku ada pilihan hati aku sendiri sebelum aku dipaksa untuk nikah dengan kau !" tegas Raffiq.

" Begini lah Encik Raffiq. Apa kata kalau benda ni kita bagitau papa awak je. Tak perlu nak bawa saya jumpa buah hati awak dan perli-perli bagai. Ni semua mengarut. Saya tak kisah pun dengan semua ni! Awak dah buang masa saya ! Jangan ingat awak saje ada life awak sendiri ! Saya pun ada life saya sendiri ! Bagitau papa awak, kita settle benda ni baik-baik ! Kalau boleh, sila lepaskan saya ! Senangkan !"

" Kau jangan pandai-pandai nak bagitau apa yang kau nampak ni kat papa ! Aku bawa kau sebab aku tau papa dah pasang mata-mata ! Kalau aku boleh lepaskan kau sekarang ni, dah lama dah aku buat tapi aku tunggu masa sesuai sebab aku malas nak bertekak dengan papa pasal benda ni !"

Fatin sedari tadi hanya menunggu masa sesuai untuk memaki hamun Rania namun niatnya terbatal apabila Raffiq terlebih dahulu berbalas kata dengan Rania.

" Kalau awak nak dating dengan buah hati awak ni, silakan Encik Raffiq. Saya tak halang pun. Ingat saya hadap sangat ke dengan semua ni ?!"

Rania cuba melangkah keluar dari kondo yang seakan neraka baginya namun, tangan Rania ditarik Raffiq ke arahnya tapi ditepis kuat oleh Rania. Sikap kasar Raffiq seolah-olah mencabar kesabarannya.

" Kau jangan pergi mana-mana dulu ! Aku nak kau sign kontrak ni ! Ni antara kau dan aku ! Aku taknak apa yang kau baca dalam kontrak ni sampai ke pengetahuan papa ! Kau faham ?!" bentak Raffiq. Mata Rania menjeling tajam ke arah kedua-dua insan yang sedang berdiri elok didepannya. Bencinya terhadap Raffiq semakin membuak-buak. Ditambah pulak dengan keberadaan Fatin disana semakin bercambahlah lagi rasa bencinya terhadap Raffiq.

" Kontrak ?" dicapainya helaian kertas yang dihulurkan oleh Raffiq. Keningnya dikerutkan kerana tidak pulak dia pernah ada perjanjian perniagaan dengan syarikat Raffiq.
'Kontrak apa yang dimaksudkan mamat ni ?!' getusnya dalam hati. Dibaca satu persatu setiap isi yang tertulis dalam kontrak itu.

" Kau dah baca ?! Sekarang kau tahu apa isi dalam tu ?!" Raffiq menghulurkan pen kepadanya tapi tidak disambut oleh Rania.

" So, perkahwinan kita ni hanya kontrak saja ? Lepas 3 bulan, awak akan lepaskan saya ?"

Bila Hatimu Ada DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang