Bab 5

548 19 0
                                    

Selepas selesai bersiap, Rania mencapai kunci kereta dan langkahnya laju menuju keluar dari rumah dan lantas memasuki perut kereta. Rania memecut laju menuju ke butik pengantinnya. Dalam hatinya hanya memikirkan keadaan butiknya yang menjadi mangsa insan yang tidak bertanggungjawab. Selepas 15minit memandu, akhirnya Rania sampai ke destinasi yang dituju. Dari jauh lagi Rania sudah ternampak pak cik yang menjaga butiknya melambai-lambai ke arahnya. Terbeliak biji mata Rania apabila melihat keadaan butiknya yang agak teruk.

"Selamat pagi cik Rania."
sapa pakcik Harun.

Rania melemparkan senyuman kepada pakcik Harun walaupun hatinya panas apabila melihat keadaan butiknya.

"Selamat pagi pak cik. Apa jadi semalam pak cik ? kenapa teruk sampai macamni sekali ?"

"Pakcik tak tau cik Nia. Ada pasangan bertengkar semalam. Pakcik cuba halang tapi tak berhasil. Pakcik pula yang diugut kalau halang. Kalau cik Nia nak buat laporan polis, pakcik boleh jadi saksi. Lagipun butik cik Nia ada CCTV. Cik Nia boleh ambil tindakan atau minta ganti rugi."

" Emm. Takpe lah pakcik. Nanti Nia uruskan. Terima kasih sebab dah buat yang terbaik jaga butik Nia. Pakcik boleh cuti hari ni. Nia dan Nisha akan uruskan. Ni, pakcik dah sarapan ke ? Jom lah kita sarapan dulu kat kedai makan depan tu."

"Eh takpe lah cik Nia. Susah-susah je. Lagipun rumah pakcik kat seberang jalan tu je. Nanti pakcik sarapan dekat rumah ."

"Mana ada susah. Nia ikhlas. Pakcik kan dah semalaman tak tidur tolong Nia jaga butik. Jom lah. Anggap Nia ni macam anak. Nanti Nia hantarkan pakcik balik rumah ye."

"Baik lah cik Nia. Terima kasih banyak cik Nia."

"Ye. Sama-sama pakcik. Mari pakcik." pelawa Rania. Mereka melangkah menuju ke kedai makan yang tidak jauh dari butik pengantin tersebut.

Sejak dari awal lagi Rania memang ramah dengan pakcik Harun yang merupakan pengawal keselamatan di butik pengantin yang Rania usahakan kini. Rania mengenali pakcik Harun melalui Danisha dimana dulunya pakcik Harun merupakan pengawal keselamatan sebuah syarikat terkemuka. Tetapi malangnya pakcik Harun dipecat hanya kerana kesalahan kecil. Sebelum Danisha mengusahakan butik bersama Rania, Danisha pernah bekerja di sebuah syarikat yang mana pakcik Harun juga turut bekerja di syarikat tersebut. Sedari itulah Danisha mengenali pakcik Harun. Sebaik sahaja pakcik Harun dipecat, Danisha tawarkan pakcik Harun untuk berkhidmat di butik pengantin Rania. Dek kerana tidak menang tangan menguruskan butik pengantin berseorangan, Rania melantik Danisha sebagai pembantu kanannya.

"Cik Nia ?" sapaan pakcik Harun mematikan lamunan Rania.

"Err.. ye pakcik ?"

"Kenapa ni ? Makanan tak disentuh langsung. Cik Nia masih fikirkan apa yang jadi pada butik cik Nia ke ?"

"Ye pakcik. Nia sayang sangat kat butik tu. Tak pasal-pasal jadi macamni. Bukan murah kos nak baiki balik cermin tu pakcik. Kalau orang yang pecahkan tu nak bertanggungjawab, takpe lah jugak."

"Maafkan pakcik ye Cik Nia. Kalau pakcik jaga betul-betul dan tak lalai, tentu tak jadi macamni."

"Ehh.. bukan salah pakcik. Pakcik janganlah salahkan diri. Benda dah nak jadi, nak buat macam mana kan." Rania melemparkan senyuman kepada pakcik Harun supaya orang tua itu tidak berterusan menyalahkan dirinya atas apa yang telah berlaku.

Usai makan, mereka melangkahkan kaki dan menuju parkir kereta. Sepanjang perjalanan menghantar pakcik Harun ke rumahnya, Rania tidak dapat mengelak perasaan geram dan tertanya-tanya didalam hati.

"Ishhh.. siapa lah punya angkara yang pecahkan cermin butik aku. Ingat murah ke kos nak ganti balik cermin tu ! Nak tak nak aku kena juga siasat sape punya kerja !" desis Rania dalam hati.

Nak saja dia toreh-toreh tangan orang yang jadi penyebab cermin butiknya pecah. Setelah menghantar pakcik Harun pulang, Rania terus membuat laporan polis berkenaan dengan cermin butiknya yang pecah. Siasatan akan dijalankan dan CCTV juga akan diperiksa oleh pihak berkuasa bagi mengesan siapa punca sebenar kejadian tersebut. Mungkin agak remeh dan dianggap perkara kecil tapi baginya jika orang yang tidak bertanggungjawab itu lepas begitu sahaja, Rania terpaksa menanggung kerugian besar dek kerana kos mengganti cermin tersebut bukan murah. Semasa proses mengganti semula cermin butiknya, sudah pasti Rania terpaksa menutup sementara butik tersebut. Hanya itu sahaja mata pencarian Rania untuk meneruskan kehidupan demi mengejar cita-citanya untuk menjadi usahawan berjaya.

Bila Hatimu Ada DiaWhere stories live. Discover now