Sebaik sahaja Rania menerima panggilan dari balai. Langkah Rania laju menuju ke parkir kereta. Rania memang tidak sabar untuk bersemuka dengan pelaku yang merosakkan butiknya.
Sebaik tiba ditempat yang ditujui, Rania membuat panggilan kepada pegawai yang bertugas.
" Hello inspektor Rahman. Saya dah sampai."
" Cik Rania boleh masuk."
Rania menolak daun pintu dan matanya liar mencari inspektor Rahman. Di satu sudut dia ada ternampak sosok lelaki yang mengenakan uniform polis dan seorang lagi lelaki yang masih mengenakan pakaian tidur.
'Biar betul mamat ni.' desis nya dalam hati." Selamat tengah hari inspektor. Maaf sebab terlewat sikit"
" Tak mengapa cik Rania."
" So, this is the guy haa.??"
Pertanyaan Rania agak menjengkelkan Raffiq. Itu lah sejarah dalam hidup Raffiq apabila dia terpaksa menjejakkan kaki ke balai semata-mata kerana kerosakkan yang tak disengajakan.
" Macam mana Encik..??? "
" Raffiq."
" Yes Encik Raffiq. Saya malas nak bahas panjang-panjang. Dah tau diri tu rosakkan harta benda orang, masih lagi nak lari."
" Siapa nak lari. Heyy ! I boleh bayar lah ganti rugi kerosakkan tu. Kenapa sampai guna polis bagai ni ?! "
" Saya takkan buat aduan kalau awak bertanggungjawab ! Awak tau tak berapa banyak kerugian yang saya dapat ke atas kerosakkan yang awak dah buat ! Kalau dari awal lagi awak bertanggungjawab, saya takkan buat aduan ! Takkan punya besar butik saya, ke situ pula awak nak main baling-baling ! Banyak cantik muka awak ! "
" You nak I buat ape !? I boleh bayar ganti rugi tapi tarik balik aduan yang You dah buat ! "
" Senang sangat awak nak lepas ! Lepas awak bayar ganti rugi, saya akan tarik balik aduan ! Nak tak nak awak kena bayar dulu ! Saya harap awak bertanggungjawab ! Pandai buat, pandai tanggung ! "
" Ok ! I akan bayar ganti rugi You. Look.. kita settle hal ni kat luar. Tak perlu guna polis bagai semua ni. Benda boleh bawa bincang."
" Begini lah Encik Raffiq. Saya malas nak bahas banyak-banyak. Awak bayar ganti rugi kerosakkan yang awak dah buat. Lepas tu saya akan tarik balik aduan. Tak perlu nak settle luar ke ape ke. Saya tak ade masa nak ulang alik pergi sana sini jumpa awak untuk benda yang boleh settle dalam masa 5 minutes."
" Ok ! Fine ! Esok I akan bayar ! Puas hati ?! "
" Yup. Saya harap awak bertangunggjawab dengan ape yang awak dah buat. So, tak de lagi kan ?? Saya ni tak lah jahat sangat. Awak boleh lepas tapi awak kena ingat yang awak terikat dengan hutang saya.
Assalamualaikum ! "Rania mengatur langkah meninggalkan Raffiq yang masih lagi tidak berpuas hati. Jika bukan kerana papanya, Rania mungkin akan diajarnya cukup-cukup. Namun rasa hormatnya pada Datuk Azman telah membatalkan niatnya untuk berbuat demikian.
Tanpa pengetahuan Raffiq, Rania telah menarik balik aduan. Cukup lah Rania sudah mengetahui siapa punya angkara. Rania hanya ingin memberi pengajaran kepada Raffiq supaya lebih bertanggungjawab walaupun hal itu hanya sekecil kuman dimata umum.Lain pula Raffiq. Dia masih lagi menyimpan perasaan yang tidak puas hati kepada Rania. Disebabkan Rania, dia terpaksa berhadapan dengan tuduhan merosakkan harta benda awam atau persendirian. Sedikit sebanyak perkara itu mungkin akan sampai ke telinga Datuk Azman jika ada yang mengenalinya ternampak dia dibawa ke balai. Dia sudah masak dengan perangai papanya jika perkara seperti itu sampai ke telinga papanya.
Raffiq membuat panggilan meminta pembantu peribadinya yang merupakan sahabat baiknya sendiri, Haikal untuk menjemputnya dibalai. Dalam perjalan ke rumah, Raffiq tidak lepas dari mengingati wajah wanita yang sudah merosakkan harinya. Dia sudah punya rancangan untuk mengenakan Rania. Sepanjang perjalanan dari balai, Raffiq tidak bercakap walau sepatah pun dengan Haikal.
" Senyap je. Relaks lah bro. Benda kecik je pun. Kau bayar ganti rugi. Lepas tu semua selesai."
" Senang lah cakap. Bukan kau yang kena. Aku nak jawab ape dengan papa nanti. Kau tau lah papa aku macam mana."
" Datuk tak tau lagi pasal benda ni."
" Buat masa ni memang dia tak tau lagi. Papa aku tu banyak spy. Dia boleh tau semua benda."
Perbualan mereka akhirnya terhenti bila kereta mereka memasuki ruangan parkir rumah agam Datuk Azman dan Datin Qhalida. Dari jauh lagi Raffiq sudah melihat kelibat mamanya yang berdiri tidak jauh dari ruangan parkir. Dia tahu wanita itu sedang risau akan keadaannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bila Hatimu Ada Dia
RomanceCinta itu hadir tanpa diduga dan pergi tanpa dipinta. Rania mengahwini lelaki yang pernah merosakkan hidupnya. Perkahwinan mereka tidak seindah pasangan lain. Hanya manis pada umumnya. Kerana ego Raffiq sanggup menyakiti hati Rania berkali-kali mesk...