Hujan renyai-renyai pagi itu memang membuatkan Rania agak malas untuk bangkit. Terasa berat tubuhnya untuk bangkit dari katil empuknya sambil tangannya masih lagi erat memeluk bantal peluk. Tambahan pula hari itu merupakan hari ahad. Memang tidur memanjanglah jawabnya. Rania tidak seperti anak gadis lain yang suka melepak bersama kawan-kawan diluar sana. Dia lebih suka duduk dirumah sambil merehatkan tubuh setelah selama enam hari sibuk menguruskan perniagaan butiknya. Baginya duduk dirumah lebih berfaedah apatah lagi setelah letih bekerja, dia tidak berkesempatan untuk mengemas rumah. Maka waktu cuti seperti itu lah yang ditunggu untuk mengemas rumah.
Sedang hanyut dibuai mimpi, tiba-tiba deringan telefon memecah kesunyian. Dijelingnya telefon yang berbunyi tadi disebelah kanan pembaringannya. Tertera nama Danisha pada skrin telefonnya. Dengan malas Rania mencapai telefon tersebut dan menjawab panggilan dari sahabat baiknya. 'Dia ni tak boleh tengok aku senang. Nak tidur lama sikit pun terbantut. Apa lagi budak ni nak. Hishh.' Desis hatinya."Emmm... nak apa call aku pagi-pagi ni?"
"Pagi kau cakap. Dah nak pukul 12 dah. Jom teman aku pergi shopping."
"Ishh.. kau ni. Kacau je. Laki kau mana? Aku malas lah nak pergi mana-mana hari ni"
"Dia ada urgent meeting dengan klien. Aku bosan duk kat rumah. Tak buat apa pun. Jom lah. Aku tunggu kau kat rumah."
"Laa.. kereta kau mana? Pakai kereta kau je lah. Aku malas nak drive hari ni."
"Ok. Tapi kau kena siap cepat. Aku ambik kau."
"Emmm.. ye lah. Dah lah. Aku nak mandi dulu."
"Ok. Cepat sikit."
Selepas usai bercakap dengan Danisha, Rania bingkas bangun dan menuju bilik mandi. Semua kehendak Danisha diikutkan sahaja walaupun hatinya kadang-kadang tidak rela dengan permintaan sahabat baiknya itu. Usai sahaja mandi, Rania hanya mengenakan blouse berwarna hitam dan dipadankan dengan seluar jeans berwarna biru laut. Rambut panjangnya hanya dibiarkan sahaja tidak diikat. Mukanya hanya dicalitkan sedikit faundation dan dioleskan sedikit gincu berwarna merah jambu pudar. Rania lebih selesa mengenakan gaya kasual yang ringkas berbanding sahabatnya Danisha yang suka mengenakan gaya muslimah moden tapi elegan dan nampak mahal. Maklumlah sudah jadi isteri orang. Isteri ahli perniagaan pulak tu. Kena lah bergaya sedikit.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bila Hatimu Ada Dia
RomanceCinta itu hadir tanpa diduga dan pergi tanpa dipinta. Rania mengahwini lelaki yang pernah merosakkan hidupnya. Perkahwinan mereka tidak seindah pasangan lain. Hanya manis pada umumnya. Kerana ego Raffiq sanggup menyakiti hati Rania berkali-kali mesk...