Papp ! Merah pipi Raffiq apabila satu tamparan kuat hinggap pada pipi kanannya. Namun Raffiq hanya membiarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu kerana dia tahu akan kesalahannnya sehingga menjatuhkan reputasi syarikat dan nama baik keluarag.
" Selama papa tak ada dirumah pergi outstation, ini yang Raff buat ?!! Mana papa nak letak muka ?!! Macam mana papa nak berhadapan dengan keluarga perempuan yang kena tangkap khalwat bersama Raff malam tu ?!!! What have you done Raffiq ?!!!!! " Datuk Azman meluahkan rasa kecewa bila satu-satunya waris RAFFLESIA HOLDINGS ditangkap khalwat.
" Raff minta maaf pa. Raff bukan sengaja buat macam tu. Raff cuma nak kenakan perempuan tu je tapi Raff tak sangkap pulak yang benda akan jadi macam ni ! " Raffiq cuba menjelaskan perkara sebenar kepada Datuk Azman namun penjelasan dari Raffiq tidak dapat mengubah keputusan Datuk Azman untuk memintanya bernikah dengan Rania.
" Raff kena bertanggungjawab. Nikah dengan gadis tu ! "
" Tapi pa... ! " belum sempat Raffiq menyilat keputusan papanya, Datuk Azman sudah pun memulai langkah kakinya menuju keluar rumah. Sakit dihatinya masih lagi tersisa.
" Ma, tolong Raff pujuk papa. Raff tak boleh nikah dengan pompuan tu ! Please ma !" rayu Raffiq namun rayuannya pada Datin Qhalida tidak juga berhasil kerana dia juga sependapat dengan suaminya supaya Raffiq bertanggungjawab terhadap Rania.
Hanya satu malam sahaja hidup Raffiq berubah sebanyak 360 darjah. Dia menyesal kerana terlalu mengikut emosi untuk mengenakan Rania namun, akhirnya dia pulak yang terkandas dek kerana rancangan kotornya sendiri. 'Apa lah bodoh sangat aku ni !' desisnya dalam hati sambil menepuk kepala.
Rania masib lagi trauma selepas kejadian hitam pada malam itu. Bagaikan gugur jantung nya kerana perkara seperti itu akan berlaku pada dirinya. Airmata sahaja menjadi penemannya siang dan malam semasa menempuhi dugaan seperti yang sekarang ini. Nak uruskan butik pun dia sudah tiada daya kerana malu. Baru dia tahu bahawa lelaki yang ditangkap basah bersamanya merupakan waris RAFFLESIA HOLDINGS. Sudah tentu perkara menimpanya bersama Raffiq akan menjadi tajuk utama di akhbar. ' Mana nak letak muka jika perkara ni tersebar di akbar !'
" Ibu.. Nia lemah sangat sekarang ni. Nia tak tau nak mengadu kat sapa. Nia taknak bebankan Nisha untuk dengar semua masalah Nia. Kalau ibu ada, tentu ibu akan kecewa dengan Nia. Jika ni nasib Nia, Nia redha bu... Nia redha..." airmata Rania semakin deras gugur sambil menatap foto ibu yang sangat dirinduinya selama ini.
Danisha juga sudah diberitahu berkenaan perkara yang menimpa sahabat baiknya itu. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apa. Lagipun Rania tidak mahu berjumpa sesiapa buat masa ini. Demi menghormati perasaan Rania, Danisha memberikannya ruang untuk menenangkan diri dan soal butik akan diuruskan sepenuhnya oleh Danisha. Dia tidak ingin membebankan lagi perasaan sahabat karibnya itu. Dia tahu Rania seorang wanita yang tabah.
" Sayang taknak pergi jenguk Nia ke ?" tiba-tiba Ashraff bersuara selepas menyedari isterinya tidak bercakap sedari tadi. Sebelum ini Danisha seorang yang banyak cakap tapi kali ini sepatah perkataan pun tiada kedengaran keluar dari mulut murai isterinya.
" Belum lagi. Abang kan tahu buat masa ni Nia taknak jumpa siapa-siapa. Sayang takut Nia hilang pertimbangan."
" Takkan lah Nia nak buat benda yang Allah benci. Sayang janganlah risau sangat. Nia tu tabah. Sebelum ni pun dia pernah kehilangan dua orang yang paling dia sayang tapi dia still move on kan ?? Apa yang penting sekarang ni, sayang doakan yang baik-baik untuk dia. Inshaallah.. Nia kuat tempuh semua tu. Kita semua tau Nia bukan jenis macamtu. Mungkin ada orang perangkap dia." Ashraff mengukir senyuman bagi meyakinkan isterinya supaya tidak terlalu risau akan keadaan Rania.
" haah.. Tapi siapa nak perangkap dia. Setahu sayang, Nia takde musuh. Dia bukannya jenis yang suka keluar sana sini. Kalau cuti pun dia duduk kat rumah je."
" Abang bukan lah nak menuduh tapi abang rasa ni semua ada kaitan dengan lelaki yang nak jumpa Nia malam tu."
" Sayang pun rasa macamtu. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Rania."

ANDA SEDANG MEMBACA
Bila Hatimu Ada Dia
RomanceCinta itu hadir tanpa diduga dan pergi tanpa dipinta. Rania mengahwini lelaki yang pernah merosakkan hidupnya. Perkahwinan mereka tidak seindah pasangan lain. Hanya manis pada umumnya. Kerana ego Raffiq sanggup menyakiti hati Rania berkali-kali mesk...