NOMBO LAPAN

7.3K 131 0
                                    

"Awak. Malam ni dinner jom? Saya belanja." Kata dariy pada alifa.

"Sure. Pukul berapa?" Soalnya.

"Lepas isyaklah. Saya amik awak." Dariy melepaskam senyumannya.

"Ouh okay. I got to go. See you later darling." Alifa melambai dariy dan berlalu pergi. Tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka.

"Macam mana korang boleh berbaik? Huh. Ini tak boleh jadi." Pemilik mata itu tadi terus pergi mencari seseorang.

"Irfan!" Teriaknya.

"Apa panggil panggil aku ni?" Soal irfan bengang.

"Diorang dah berbaik." Dahi irfan berkerut.

"But.. how..?? Haritu diorang gaduh terok kot. Alahai. Takpe. Aku nak kena masuk kelas. Petang nanti jumpa tempat biasa." Kata irfan dibalas anggukan.

"Awas kau alifa." Getus hati hana.

'Jumpa kat tempat biasa? Diorang ni ada apa apa ke? Tadi hana ngendap alifa dengan dariy. Pastu terus beritahu irfan. There's something fishy. Aku kena siasat.' Getus hati xara yang melihat pasangan itu tadi.

"Omak kalakakjakalalala." Terlejut xara apabila ada orang menepuk bahunya dari belakang.

"Ya Allah. Syafa. Bagilah salam dulu pun. Terkejut aku." Syafa kawan sekelasnya tidak berhenti gelak.

"Okok sorry. Dah jom masuk class." Ketawanya masih tak habis. Sakit hati xara dibuatnya.

×××

"Alahai. Mummy ni. Kenapalah suruh tunggu taman ni." Keluh xara

'Ting~'

Iphone 5s miliknya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Mummy
Sayang. Mummy amik pukul 2 kay? Jangan merayap. Kalau balik naik kawan. Cepat cepat bagitahu. Love you.

Melopong mulut xara apabila mummynya mesej sebegitu.

"Sekarang baru pukul 1 15. Ala mummy ni." Rungut xara lagi. Sedang dia ligat memegang telefon. Dia ternampak kelibat dua manusia yang sangat dia kenal.

"Eh diorang buat apa kat sini? Ke sini tempat biasa diorang tu?" Xara berniat mahu mendengar perbualan mereka tetapi terpotong kerana ada orang memanggil dia.

"Xara." Suara lelaki itu membuatkan xara terperanjat sedikit. Diurut dadanya.

'Nasiblah tak mati harini.' Getus hati xara.

"Awak. Kenapa tak balik lagi." Soal lelaki itu.

"Eh. Nufael. Bila balik sini? Alifa tak cakap pun." Tak dinafikan. Dia rindu gerangan yang berada didepannya itu.

"Baru je balik. Tadi lalu sini nak balik.lepastu nampak awak." Kata Ahmad Mikael Nufael.

"Ouh yeke..." suara xara mendatar.

"Eh jomlah saya hantar balik." Pelawaan nufael pada awalnya ditolak. Tapi dia tetap menggesa xara untuk balik bersamanya.

"Huh fine." Xara putus asa. Dia masuk kedalam perut kereta sambil memerhati pasangan tadi.

'Entah apa yang diorang cakap tu.' Bisik hati xara.

×××

COUSINWhere stories live. Discover now