Dah 3 bulan alifa berkhidmat di syarikat nazmeer. Selama 3 bulan itu jugalah banyak dia menerima bunga dan beberapa hadiah dari nazmeer. Katanya untuk kerja kerasnya selama 3 bulan ini.
"Nah. For you princess." Sebuah bouquet yang dipenuhi ferrorocher dihulur bersama satu casing iphone7 yang diukir muka alifa.
"Hei. Ya Allah banyak sangatlah hadiah awak bagi. Sudah sudah la tu. Yang kat rumah tu pon tak habis lagi tau." Ujar alifa sambil mengambil hadiah pemberian itu.
"Alifa. Actually. I have something to tell you." Nazmeer gugup.
"Bagitahulah." Ujar alifa tanpa memandang nazmeer. Tangannya laju membelek belek ferrorocher itu.
"I love you." Kata yang ringkas tapi dapat buat alifa terkejut.
"What?" Dia memandang nazmeer dengan muka serious.
"Apa? Saya cakap Saya Sayang Awak." Muka nazmeer didekatkan dengan muka alifa. Alifa dapat merasakan hembusan nafas nazmeer dimukanya.
"Eh..jangan dekat dekat tak elok." Alifa mengalihkan pandangannya ketepi. Nazmeer ketawa kecil.
"So?" Soal nazmeer.
"So? So apa?"
"So. Nak tak awak jadi girlfriend saya dan akan menjadi isteri sah nazmeer?" Soal nazmeer sambil melutut.
"Ehh. Tak payahlah melutut. Malu saya." Muka alifa sudah berona merah.
"Saya akan melutut selagi awak tak terima." Terbuntang mata alifa.
"Haih. Ok fine. Saya terima awak as my boyfriend." Senyuman manis dilemparkan. Jujur hati alifa masih kosong. Dia hanya terpaksa sahaja tu.
"Yes good." Nazmeer melompat kegembiraan. Aksi nazmeer mengingatkan kenangan alifa bersama dariy 4 tahun lepas. Dariy juga berwatakan seperti itu bila dia diterima.
Rindu pula dengan dariy.
×××
"Hui termenung apa tu." Ujar syafiq. Kawan baik dariy sejak dia bekerja sebagai ceo di syarikat bapanya itu.
"Aku tak tahula fiq. Alifa sekarang ni tengah kerja dengan nazmeer. Kau tahukan dia memang gilakan alifa?" Dariy meraup mukanya kasar.
"Aduh. Berat kes kau ni. Yelah nazmeer tu tak habis habis cakap alifa milik dia." Syafiq mengetuk dagunya.
"Syameera pon ada cakap yang nazmeer tu madah bagi hadiah untuk alifa. Sepanjabg 3 bulan ni hampir setiap hari dia bawak hadiah." Ujar syafiq. Syameera ialah tunangnya yang menjadi spy atau pembantu dariy.
"Ergh. Aku rasa diorang dah ada hubungan ni. Nazmeer licik." Kepala dariy semakin serabut.
"Kau jangan depression sangat. Kalau ada jodoh dengan dia adalah. Kalau tak ada. Ramai lagi perempuan luar sana." Syafiq melangkah pergi dari bilik peribadi dariy.
Dariy mengerling jam di pergelangan tangannya.
"Eh. Dah pukul 1 rupanya. Patutlah aku lapar." Dariy mengemas mejanya. Kerusi beroda itu ditolak kedepan dan tersusun kemas.
"Mia awak dah makan?" Sapa dariy.
"Belum encik. Kerja saya tak siap lagi ni. Nanti saya makan ya." Dariy mengangguk perlahan.
"Syafiq. Aku nak lunch. Nak ikut tak?"
"Tak nak. Aku nak dating dengan tunang aku. Bye." Dariy menggeleng perlahan.
YOU ARE READING
COUSIN
Romance"I'll never fall in love with my own cousin" "I dont like to share my life with my cousin" Kata kata angkuh dari seorang gadis bernama Tengku Alifa Bariya. Egonya tak kemana. Jodohnya tetap 'dia'. Sudah tertulis dilauhmahfuz. Tetapi ego menyelubungi...