"Pu-Putra.. ke-kenapa kau ada dekat sini?", tanya Sofea perlahan. "Eh? Kauorang berdua kenal ke?", tanya Tuan Syaliz. "Eh!! T-tak!! Kitaorang tak kenal sesama sendiri", kata Putra cepat. Dia tak mahu orang lain tahu yang Sofea sebenarnya masih isteri sah untuknya. Dia masih lagi tidak menfailkan penceraian dengan Sofea kerana masa tersebut, Sofea masih lagi dalam perjagaan pihak polis. Jadi sekarang mereka memang lagi sah suami isteri.
"Ma-masuklah! Pa-panas dekat luar! Masuk masuk..", pelawa Sofea cepat. Tak mahu soalan yang lain pula keluar dari mulut Tuan Syaliz. Mereka mengangguk dan berjalan masuk ke dalam rumah tersebut. Sofea berjalan dengan cepat ke tempat yang dimana mereka mahu membincangkan tentang projek tersebut.
"Sofea!", panggil seseorang dari atas. Suara yang dimiliki orang itu ialah lelaki. Lelaki tersebut berjalan turun dari tangha dan pergi ke arah Sofea. "Ini ke orang yang bergabung dengan Syarikat Sofea?", tanya lelaki itu. "Haah. Yang itu namanya Tuan Syaliz", kata Sofea sambil menunjuk ke arah Tuan Syaliz. "Yang itu pula.. Pu-Putra", kata Sofea perlahan. Lelaki yang berada di sebelahnya memandang pelik ke arah Putra seperti mahu mengingat sesuatu. Dah kenapa mamat ni pandang aku tak puas hati?, bisik Putra dalam hati. Lelaki itu masih memandangnya dan tiba-tiba matanya membuntang luas seperti teringat sesuatu. "Sofea... ini-", kata lelaki itu tidak dihabiskan, Sofea terus menarik sedikit tangan lelaki itu dan menggeleng.
"Sofea. Ini siapa?", tanya Tuan Syaliz selepas semua diam membisu. "Ouh. Ini abang saya, Harris", kata Sofea sambil mengenalkan abangnya kepada mereka. Abang? Aku fikir dia anak tunggal, bisik Putra dalam hati. "Selamat berkenalan. My name Tunku Harris. Just call me Harris", kata Harris baik. Dia menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Tuan Syaliz dan akhirnya berjalan ke depan Putra dan tersenyum sinis sambil menyalam tangan Putra dan mengenggam dengan kuat.
"Nice to meet you, adik ipar", bisik Harris di telinga Putra dan dia melepaskan salamnya dan terus berjalan ke Sofea dan tersenyum puas. Shit. "Jomlah... nanti lambat pulak nak siapkan kerja", kata Sofea tanpa memandang ke arah mereka. Sofea mengiringi mereka ke tempat yang ditutupi dengan kaca senipis yang mungkin dan di dalamnya ada sebuah meja yang berkerusi lapan. Mereka hanya melihat terkejut. Tak sangka. Rumah sebesar ni.. memang lah boleh buat.. terkejut ke? 😐
Sofea berjalan ke kerusi di hadapan meja tersebut dan duduk di situ. Di hadapan sekali."Eh..Masuklah..Sorry lah tempatnya kecil..Hahaha",jemput Sofea sambil menggosok rambutnya dan memberi ketawa palsu. Kecik? Kecik celah mana siak?,bisik Putra dalam hati. Putra masuk kr dalam bilik tersebut dahulu dan Tuan Syaliz mengikutinya dari belakang. Putra mengambil keputusan untuk duduk berdekatan sedikit dengan Sofea kerana meja tersebut hanya mempunyai lima kerusi termasuk kerusi yang Sofea duduk. Putra mengeluh perlahan. Walaupun dia mengeluh perlahan tapi keluhannya dapat didengari oleh Sofea. "Boleh kita start?"
*****
"Ha..kalau tak keberatan..Boleh tunggu dekat rumah saya sampai waktu makan malam. Boleh ke?"tanya Sofea selepas selesai bermesyuarat kecil mereka sebentar tadi. Putra memandang ke arah Tuan Syaliz.
"Saya tak boleh.. Tapi Putra boleh! Putra gantikan saya ya?",kata Tuan Syaliz. Putra yang memandangnya terkejut. Bukan sahaja Putra terkejut bahkan Sofea juga seperti mahu terkeluar jantungnya dari badan. "Boleh tak Sofea? Sorry sangat-sangat! Saya memang dah janji dengan keluarga nak dinner sama-sama malam nie and sambut sekali hari jadi anak pertama saya",ujar Tuan Syaliz panjang."Eh!! Tak apa! Macam saya cakap tadi...Kalau tak keberatan..Hihihi by the way..Umur berapa anak Tuan?",kata Sofea kelam kabut. Tak mahu kacau orang punya rancangan dengan keluarga katakan...
"Ouh! Umur dia 24 tahun. Dia pun baru balik dari US. Kalau berkenan boleh lah jumpa dia..AHAHAHAHA",usik Tuan Syaliz. Sofea hanya memberi ketawa palsu lagi. Kalau Tuan Syaliz nak tahu..Ex suami saya depan Tuan je,bisik hati Sofea. "Kamu okay kan Putra?"tanya Tuan Syaliz kembali. Putra menggosok belakang tengkuknya.
"Mm..Saya boleh je..Tak ada apa-apa pun dekat KL sana ha",kata Putra tanpa memandang mereka berdua. Sofea yang mendengar jawapan dari mulut Putra hanya menunduk ke bawah. "Hah! Baguslah tu! Okay! Saya balik dulu ya..Maf sangat-sangat",pinta Tuan Syaliz sekali lagi. Sofea hanya membalasnya dengan gelengan kepala. Tuan Syaliz berjalan keluar bersama pembantunnya dan kereta yang dinaiki mereka terus membawa mereka dan beeluncur laju. Sekarang yang tinggal di dalam rumah ini hanyalah Sofea dan Putra. Abangnya sudah balik ke rumah isterinya. Suasana yang agak kekok.
"K-kau nak masak apa?",tanya Putra untuk memecahkan kesunyian yang agak lama. Hampir terjerit Sofea dibuatnya. Suara Putra agak garau dari tadi. Apa nie Sofea?!!!,bisik dalam hati Sofea.
Sofea..Apa yang kau fikir tu? Dia dengan kau dah tak ada apa-apa
Su-suara tu?! Dia ada lagi!,bisik hati Sofea. Tangannya mula mengigil. Ya. Lepas saja dia keluar dari pusat permulihan..Suara tersebut selalu bercakap dalam kepalannya.
"Saya pergi dapur dulu",kata Sofea pendek. Dia terus berjalan ke sebelah Putra. Putra hanya kaku tidak berkata. Malahan..Dia tidak memandang ke arah Sofea.
Hmm..Dia tak ada apa-apa dah dengan aku..Memang dah tak ada apa-apa...Dia cuma orang asing..,bisik hati Sofea.
"Oi..Masak sedap-sedap tau",kata Putra perlahan. Dia masih tidak memandang ke belakang. Sofea sedar dari lamunannya dan menoleh. "Eh?"
- BERSAMBUNG -
ISTERI KU
PSYCHO@ F A R A H A C K E R M A N
YOU ARE READING
𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐮 𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨[𝐎𝐆]
Mystère / Thriller| S L O W U P D A T E | 🔄 Seorang perempuan yang bernama Nurul Sofea. Seorang perempuan yang pernah membunuh seseorang dan dimasukkan ke pusat pemulihan. Ibu bapanya menjaga dia sehingga betul-betul pulih dan baru membenarkan dia duduk seorang di...