『️Episode 13』️

380 18 0
                                    

2 tahun kemudian..

"Encik Putra, petang ini Encik ada satu mesyuarat dengan CEO Syarikat Desire. Mesyuarat akan bermula pada pukul 2 petang. Harap Encik menghadiri mesyuarat tersebut", kata penolong Putra, Diana. Putra sekadar mengangguk dan menyuruh Diana keluar. Sejak dua menjak ini, Putra menjadi stress akibat kerja. 'Fuhhh... stressnya! Ya Allah!', bisik di dalam hati Putra. Putra berdiri dan melihat keluar. Ke-kenapa aku rasa tak sedap hati dari tadi lagi?

Jam 2 petang

Putra menutup file yang di tulisnya sebentar tadi dan mengambil diari miliknya dan berjalan keluar bersama Diana untuk pergi ke mesyuarat.

*****

"Excuse me", sapa Putra sambil menolak pintu kaca untuk masuk ke dalam bilik mesyuarat. Orang lain sudah duduk dan hanya menunggu kedatangan CEO syarikat tersebut. Putra mengambil tempat dan mengeluh perlahan. Kalau diikutkan,dia sudah lambat 20 minit kerana kesesakkan lalu lintas. Sedang-sedang Putra mengambil nafas lega, CEO syarikat tersebut masuk dan semua di dalam bilik mesyuarat tersebut bangun dan menyapannya.

"Maaf saya lambat. Ada hal sikit. Okay.. sebab saya mengajak ada semua hari ini kerana saya mendapat sebuah projek besar di Johor Bahru. Dan di dalam projek tersebut, syarikat ini memerlukan 2 syarikat untuk menyokong projek tersebut. Selepas berbincang dengan pihak yang membuat projek tersebut, saya akan mengambil 2 syarikat yang diingini mereka", kata CEO tersebut bernama Tuan Syaliz. Masing-masing hanya menelur liur untuk mendengar syarikat yang manakah dipilih oleh Tuan Syaliz. Tuan Syaliz menarik nafas panjang dan berkata,

"2 syarikat yang akan diambil ialah syarikat Terma dan Syarikat PD", kata Tuan Syaliz dengan satu nafas. Bulat mata Putra mendengarnya. Syarikat miliknya iaitu Syarikat PD dipilih untuk menyokong projek tersebut. "Kamu okay tak Putra?", tanya Tuan Syaliz. Putra terus mengangguk. "Ya!!! Saya setuju", kata Putra gembira. Suarannya agak kuat sampai semua orang yang berada di dalam bilik mesyuarat itu melihatnya. "So-sorry", kata Putra perlahan. "Okay.. kalau macam tu Putra.. minggu depan kita akan pergi berjumpa dengan syarikat tersebut", kata Tuan Syaliz. Putra sekadar mengangguk dan senyum gembira. "Ah! Tuan!", tegur Putra selepas membisu dalam beberapa minit. "Ya, kenapa Putra?", tanya Tuan Syaliz terkejut. "Boleh saya tahu tak syarikat apa yang nak minta tolong dengan kita?", tanya Putra.

"Ouh! Nama syarikat tu Syarikat-" "Tuan Syaliz!! Dato' Harris nak jumpa sekarang", kata seorang lelaki yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut. Nama syarikat itu tidak sempat dikatanya. Tuan Syaliz terus bangun dan meminta untuk keluar dan meminta semua bersurai.

Haishh!! Budak tu! Tuan Syaliz pun sorang! Bukan nak cakap habis nama syarikat tu!, marah Putra dalam hati. Putra bangun dan keluar dari bilik mesyuarat tersebut dan balik ke tempatnya.

Hari Isnin...

Putra menunggu di hadapan bangunan milik Tuan Syaliz sambil melihat jam tangan berjenama DW miliknya banyak kali. Kalau diikutkan, mereka berdua nak berjumpa pada pukul 8 pagi tetapi jam sekarang sudah menunjukkan pukul 0830 pagi dan Tuan Syaliz masih lagi tidak keluar dan berjumpa dengannya.

Fuhh.. Putra... sabar... tarik nafas... hembus... sabar Putra.. biasalah orang tua... sabar...., kata Putra dalam hati. Sedang dia menarik nafas dan hembus kerana sabar menunggu Tuan Syaliz, Tuan Syaliz akhirnya turun bersama penolongnya. "AHAH Sorry Putra! Saya tengah check file yang tak berapa siap tadi. Sorry sebab tunggu", pinta Tuan Syaliz. "Eh eh! Tak apa. Saya pun baru sampai ha ha ha", kata Putra tipu. Tak guna! Kau fikir aku tunggul kah?!, marah dalam hatinya.

"Okay.. bolehlah kita gerak ke Johor ya?", kata Tuan Syaliz sambil gelak palsu. Putra hanya mengangguk. Tuan Syaliz berjalan dahulu dan masuk ke dalam kereta dan Putra mengikutnya. Perjalanan mereka ke Johor Bahru ialah selama 5 jam. Itu pun kalau tak jem lah😂

-Johor Bahru-

"Hah! Kita dah sampai.. Alhamdulilah. Kita sampai dengan selamat", kata Tuan Syaliz. Putra hanya mengangguk. Gila tak angguk je, Putra seorang saja tadi sedap tidur di dalam kereta sepanjang perjalanan mereka. Kereta yang dinaiki mereka berhenti di sebuah rumah banglo berwarna putih hitam dan bercampur warna kelabu sedikit.

"Eh? Rumah?", tanya Putra pelik. Yalah! Kata nak berjumpa dengan syarikat tu tapi kenapa nak jumpa dekat rumah? "Ouh! Lupa nak bagitahu. Memang kita nak jumpa syarikat tu, tapi dia nak jumpa dekat rumah sebab dia cakap lebih selesa jumpa dekat rumah. Putra sekadar mengangguk faham. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam perkarangan tersebut. Putra melihat sekeliling seperti pernah lihat rumah ini tapi bila dia mahu mengingatnya, mesti kepalanya sakit. Semasa mereka mahu berjalan masuk, dia teringat sesuatu dan membuat dirinya berhenti berjalan.

"Tuan Syaliz.. boleh saya tanya tak? Siapa nama CEO syarikat ni?", tanya Putra perlahan tanpa memandang ke arah Tuan Syaliz. "Ouh.. nama CEO syarikat ni.. Nu-", kata Tuan Syaliz tidak habis dikatanya, pintu rumah tersebut dikuak luas. Terlihat seorang perempuan berbaju dress putih lengan panjang. Tudung yang dipakainya  berwarna putih suci tetapi dia seorang perempuan yang masih berlikungan dalam 22 tahun gitu. Rambutnya di bahagian atas terdapat warna hitam. "Ouh! Tuan Syaliz dengan Encik Pu-", perempuan itu terus hilang kata-kata selepas melihat ke arah Putra. Matannya terbuntang luas. Putra melihat ke arah perempuan tersebut dan terkejut.

"So-Sofea..", kata Putra terkejut.

"Pu-Putra", kata Sofea perlahan.

-bersambung-

A/n:Minna-san!! Konichiwa!! Mcm mana dengan episode ni? Okay tak? Guys! Jangan lupa vote okay?!! Nak comment pun comment lah! Sayang korang muah!! 🙌😍😂 jaa!! Matta nee! Episode nanti lmbt sikit guyss sorry! Nie semua sbb geo😂

𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐮 𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨[𝐎𝐆]Where stories live. Discover now