『Episode 25』️

215 3 2
                                    

"Bila kau nak bunuh perempuan tu?",tanya Syafiq kepada Razel. Razel yang sedang bermain pisau lipatnya itu memandang ke arah Syafiq. Dia turun dari meja dan pusing mengelilingi Syafiq sambil tersenyum. "Sampai bila kau nak buat perempuan tak guna tu bahagia dalam kederitaan orang lain?!",marah Syafiq. "Sampai mati",bisik Razel di belakang Syafiq dan mengacukan hujung pisau di leher Syafiq membuatkan Syafiq sepi. "Hahaha..Aku tipu jelah! Aku pun tak mahu tengok orang yang aku sayang bergembira dengan orang yang tak layak dengan dia",ujar Razel lalu menyimpan kembali pisau itu. "Nanti aku call kau bila rancangan aku dah siap. Buat masa sekarang kau boleh balik. Shuh shuh",halau Razel.

2 minggu kemudian…

"Putra lepas balik kerja nanti,Putra sampai rumah,Sofea dah siap tau?",ujar Putra sambil menyarung kasut kerjannya itu. Sofea membuat muka pelik. "Kenapa?",tanya Sofea lembut. "Nak pergi mall hihihi",ujar Putra lalu ketawa dan mencubit pipi Sofea. Sofea hanya menggeleng melihat suaminnya yang berperangai kebudak-budakkan itu.

Putra pov

Dah 2 jam aku bawak kereta,aku sedar kereta dari aku keluar kawasan perumahan sampai dah nak tiba dekat tempat kerja dia masih ikut aku. Siapa? Aku ada buat hal apa-apa ke dengan orang? Ke anak-anak buah aku dekat pejabat? Mustahil lah. Tak apa..Janji dia tak kacau ahli keluarga aku sudah. Biar dia kacau aku,tapi jangan sampai dia sentuh keluarga aku.

•  •  •  •  •

Semasa di pejabat,hati Putra resah dan rasa tidak sedap hati mengingatkan kereta sebentar tadi. Usai keretannya masuk ke dalam bangunan,kereta tersebut hilang tanpa dikesan. Seakan-akan dia hanya melihat pergi balik dirinnya sahaja. "Tuan..ada orang hantar surat untuk tuan",ujar salah seorsng pekerja di tempay kerjannya. "Siapa?",tanya Putra pelik. "Tak tahu..Orang tu bagi surat ni dan terus pergi tanpa tinggalkan nama",terangnnya. Surat tersebut bertukar tangan kepada Putra. Putra menyuruh pekerjannya keluar dan membuka sampul surat tersebut.

"Jangan pegang Sofea lama-lama sangat.. Aku dah mula rindu dia. Kalau kau ambil dia sebab terpaksa,serahkan dekat aku balik. Aku akan jaga dia seperti aku dia jaga aku dulu"

Putra meletakkan kembali surat tersebut di dalam sampul. "Siapa? Selama ni Sofea duduk dengan siapa?",bisik Putra seorang diri. Sedang ralit dia memikir,salah satu memorinya mencelah masuk ke dalam fikiran. "Razel"

•  •  •  •  •

Sudah 5 kali loceng di rumahnya ditekan oleh orang yang tidak dikenali. Sofea pada mulannya memikir orang yang menekan loceng itu ialah suaminnya tapi sebaliknya ialah orang yang dia tidak kenali. Sofea mengunci pintu dan mengurung diri di dalam bilik dan cuba bertenang. Jika dia tak bertenang,diri dia pula menjadi mangsa.

Telefon miliknya tiba-tiba berdering. Nombor yang menelefonnya tidak disertakan nama. "He-Hello?",tanya Sofea di panggilan. Tiada siapa menjawabnya. "Siapa ni?",tanya Sofea lagi. Masih tiada balasan. "Sofea",panggil seseorang daripada luar pintu bilik sambil mengetuknya sebanyak 3 kali. Sofea yang terkejut terus mematikan panggilan dan menekup mulutnya. "Hey..Aku tahu kau ada dekat dalam..Buka Sofea..Kau bukannya tak kenal aku",ujar lelaki di luar itu. Sofea sekadar menggeleng. Air matannya mengalir deras kerana takut. "Baik kau buka sebelum aku buka sendiri",ugut lelaki itu lagi. Ketukan pintunnya makin kuat berbanding tadi. "Tak!! Kau siapa?! Kenapa kau kacau hidup aku?!!",jerit Sofea di dalam bilik. Degupan jantung dan pemikirannya mula kusut kerana perasaan takut di dada menyebulungi semua badan dan pemikirannya.

"Aku? Orang yang lebih kenal kau daripada suami kau. Buka Sofea! Aku rindu kau! Jom kita balik rumah kita? Rumah yang kau pernah bunuh seseorang yang kau benci",ujar lelaki itu lagi. Sofea menggeleng dan menghantuk kepalannya di dinding apabila memori hitamnya datang mengusik mindannya. "Tak! Aku tak nak ingat semua tu!! Tinggalkan aku Razel!!",jerit Sofea lagi. Memorinnya mula membuatkan Sofea teringat semua kejadian itu. Razel. Razel hanya seorang lelaki yang rapat padannya masa lalu. Razel ialah lelaki yang dia selamatkan dahulu. Dan sekarang? Lelaki itu datang berjumpannya untuk apa?Balas dendam? Tak mustahil

"Oh! Kau ingat aku!! Cepatlah Sofea buka!! Aku dah lama tak peluk kau. Masa aku hantar surat untuk kau,nak saja aku culik kau",ujar Razel gembira di luar. Gembirannya berbunyi psiko. "Kenapa kau cari aku lagi?",tanya Sofea perlahan. Baru sahaja Razel membalasnya,hon di luar perumahan didengar Sofea dan Razel. Razel mengecipkan lidah apabila mendengar hon tersebut. "Aku tak habis lagi dengan kau Sofea. Kau tunggu lagi 2 minggu. Aku akan datang tuntut kau. Walaupun mayat kau sekalipun,aku akan tuntut kau. Kau hanya milik aku. Bukan si sialan tu! Kau ingat!",marah Razel lalu berlari perlahan di tingkap di tepi bilik milik Sofea dan melompat keluar. Air mata Sofea mengalir lebih deras apabila mendengar ugutan itu. Nampak sangat sekarang hidupnya tidak akan aman sehingga dia menjadi seperti dahulu.

"Sofea?!!",jerit Putra di tingkat bawah. Sofea yang mendengarnya terus bangun dan menuruni tangga lantas memeluk badan Putra erat. Putra terkejut melihat Sofea yang menangis apabila memeluknya. "Ka-kau kenapa? Siapa buat kau sampai menangis macam ni?",tanya Putra terkejut. "Ra-Razel.."

"Razel datang jumpa kau kan?",teka Putra sebaik sahaja Sofea gagap untuk mengatakan sesuatu. Sofea mendongakkan muka dan memasang muka terkejut apabila mendengar tekaan Putra. "Ma-macam mana awak tahu?",tanya Sofea. "Sebab aku tahu ada orang ikut aku pagi tadi masa aku nak pergi kerja. Aku dah agak dah tu Razel",terang Putra. Sofea mengangguk dan menekup mukannya di dada Putra. "Dah dah jangan risau. Kita pergi dari sini okay?",tanya Putra lalu mengelus lembut rambut milik Sofea. Sofea sekadar mengangguk. Perasaannya mula tenang kembali apabila melihat Putra

Aku harap dia sahaja yang akan hidup mati dengan aku

-B E R S A M B U N G-

Hai gais💙💙💙 yaa lama dh tk update an? Adu mulannya ara cadang nk unpublish citer ni but bila tgk readers makin naik so kita batalkan niat tu MUAHAHAHAHAH!! Rindu citer ara tk? Tk rindu? Huhuhhu

•Don't forget to vote this story and comment🔥•

Teaser:

"She's mine!!"

𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐮 𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨[𝐎𝐆]Where stories live. Discover now