"Nak pergi mana?",tanya Sofea di dalam kereta. Sunyi. Mereka berdua seperti sedang menunju ke suatu tempat yang tidak diketahui Sofea. Sofea membuang pandangannya ke luar tingkap kereta. Bila ditanya tidak dijawab jadi nak tak nak senyap sahajalah. Itu sahaja jawapan yang ada buat masa ini.
Sudah beberapa minit mereka di dalam kereta. Penyampai radio dari tadi berceloteh tidak ingat dunia. Lagu tak dipasang-pasang pula,gesah hati Sofea. Sedang dia buang pandangan di luar,notifikasi dari telefon Putra berbunyi menunjukkan terdapat mesej masuk. "Siapa tu?",tanya Sofea tanpa memandang ke arah Putra. Pemandangan di luar kereta membuatkan Sofea tidak ingin mengalihkan pandangan. Putra masih lagi membisu diam seribu bahasa. Keluhan perlahan dilepaskan dari bibir perempuan itu. Bosan sudah melanda dirinnya. Telefon miliknya tertinggal disebabkan lelaki ini yang tiba-tiba menariknya.
Sudah sering kau kirim surat
Namun tak pernah aku jawab
Lalu ku kirimkan undangan
Agar kau tak berharapLagu 'bukan aku tak cinta' berkumandang di radio membuatkan Sofea ingin menyanyi namun niatnnya terpaksa dihentikkan kerana takut Putra tidak selesa. "Bukannya aku tak tega..bukan pula aku tak cinta~",sambung Putra. Sofea memandang Putra terkejut. What?! Aku baru je nak nyanyi hang dah nyanyi. Disebabkan pandangan tajam dari Sofea membuatkan Putra berhenti bernyanyi. Dia pun lupa akan kewujudan Sofea di sebelahnya. Pipinnya mula berona merah menahan malu.
"Awak nyanyi ke tadi?",tanya Sofea bodoh. Padahal dah tahu siapa nyanyi lepastu pergi tanya lagi. Haish....
"Ma-mana ada?! Kau ni salah dengar kot. Mana tau orang dalam radio ke yang nyanyi lepastu salahkan aku pula",kata Putra gagap. Sofea hanya tersenyum sinis. Lelaki kan? Taknak mengaku salah punya. Cakap perempuan je tahu. Ini lah masalah lelaki haish.m
"Dah dah. Saya malas nak gaduh dengan awak. Sekarang ni saya nak tanya kuta nak pergi mana ni?",tanya Sofea. Tukar topik lah apa lagi aduyai.. "Pantai",jawab Putra sepatah. Sofea membulatkan matannya terkejut. "Pantai? Asal pula tetiba pergi pantai ni? Nak buat apa? Saya pakai macam ni je kot! Lepastu tetiba bawak pergi pantai?",marah Sofea. Putra memandang ke arah Sofea atas bawah dan mengalihkan pandangannya kembali kehadapan. "Okay je. Kau pakai sweter bukannya pakai bikini ke, seluar pendek ke. Kalau kau pakai yang itu boleh cerita lagi lah",kata Putra. Dia tertawa perlahan kerana ayatnya tadi.
Sofea terus menunduk muka malu. Bikini? Seluar pendek? Apa orang tua ni fikir hah?
Sedang Sofea sibuk memikir ayat Putra,mereka sudah tiba di destinasi mereka. "Pantai..pantai Tok Bali?",tanya Sofea selepas keluar dari perut kereta. Pantai Tok Bali di Kelantan ya guyss (author abik pantai ni sebab author pernah pergi. Best gila ah)Putra sekadar mengangguk. "Aku saja datang sini. Aku rasa aku nak tukar lah tempat untuk buat majlis",kata Putra lagi. "Majlis? Maksud awak majlis yang akan berlangsung pada 20 september tu ke? Yang mama rancang nak buat dekat Hotel Royal Belum tu?",tanya Sofea untuk kepastian. "Correction. That's was my idea okay",kata Putra. Sofea sekadar mengangguk. Malu pula terasa untuk bercakap kembali. Putra berjalan ke arab pantai lalu diikuti Sofea. Cantik Pantai Tok Bali pada waktu pagi. Orang-orang yang bermalam di chalet yang berdekatan dengang pantai ini juga berjalan di tepi pantai bersama pasangan dan anak-anak mereka. Nice family
"Majlis tu untuk apa sebenarnya?",tanya Sofea yang sudah berada di sisi Putra. "Kau tak perlu tahu sekarang. Nanti kau akan tahu sendiri",kata Putra acuh tak acuh. "Awak tahu tak hari apa time tarikh tu?",tanya Sofea bersungguh. "Boleh tak jangan banyak tanya? Rimaslah",marah Putra walaupun tidak bermaksud kannya.
Sofea hanya menunduk ke bawah melihat pasir. Keluhan dilepaskan dari bibirnya. Kecewa. Kau tahu tak tarikh yang kau pilih tu sebenarnya tarikh hari jadi aku? Putra memandang Sofea sekilas dan tersenyum kelakar. Aku tahu Sofea..sejak kau dalam tempat tu,aku belajar tentang diri kau.
Sofea mengambil keputusan untuk melihat ke hadapannya. Pasir yang hangat menghangatkan kakinnya yang sejuk. Air laut di persisiran pantai menolak antara satu sama lain dengan pasir pantai. Angin sempoi-sempoi bahasa mendinginkan suhu badan manusia. Mengapa aku tidak pilih jalan ini dahulu? Mengapa aku memilih jalan yang akau tahu yang akan mengelapkan masa depan aku? Mengapa aku tidak pernah sedar bahawa terdapat banyak kebaikkan di dunia ini? Mengapa aku selalu menyedari kejahatan yang ada di muka bumi ini? Sedar tidak sedar,mutiara suci perlahan-lahan mengalir di pipi Sofea. Tenang. Itu sahaja ayat yang bermain di dalam fikirannya. Dia tidak pernah berasa tenang seperti ini selama 25 tahun ini. Dia tidak pernah menyedari ciptaan Tuhan yang cantik ini. Terlalu leka dengan kejahatan dan kegelapan.
"Thanks",ucap Sofea perlahan. "Most welcome",jawab Putra lalu memberi senyuman seikhlas nya kepada Sofea. Kenapa? Kenapa lelaki ini tidak meninggalkannya walaupun dia tahu bahawa aku lah yang merampas kebahagiaan dia dengan Sarah. Aku yang membunuh seseorang yang dia anggap separuh daripada hidupnya. Tapi kenapa? Dia masih ada lagi bersama aku walaupun dia tahu kesilapaa terbesar aku yang pernha aku buat kepada dia?
"Kenapa awak tunggu saya?",tanya Sofea. Dia juga tidak menyedari soalan itu keluar dari mulutnya sendiri. "Entah? Hati aku rasa nak tunggu kau",kata Putra. "Walaupun kau tahu aku yang rampas kebahagiaan kau?",tanya Sofea lagi. Dia masih lagi tidak berpuas hati. "Sofea..kalau kau tak ada masa kau cakap tentang rahsia Sarah..aku rasa aku takkan bahagia macam ni",kata Putra. "Tapi dia ialah orang yang awak cintai dan sayangi",kata Sofea lagi. "Walaupun dia orang yang aku cintai dan sayangi,dia tak bercakap jujur dengan aku. Sedangkan dia lagi menipu dengan aku. Kau rasa orang macam tu layak ke hidup dengan aku? Aku tak cakap besar lah tapi di dalam perkahwinan..banyak orang berkata kita harus jujur dengan pasangan sendiri untuk lebih bahagia. Dia tak jujur dengan perasaan dia jadi, kau rasa kitaorang akan bahagia ke walaupun dia masih hidup?",kata Putra. Ayat-ayat yang dilontarkan dari Putra menusuk ke hulu hati Sofea. Tak sangka. Dia tidak pernah menyedari dia berkahwin dengan seorang lelaki yang mampu memahami seorang perempuan dengan betul.
"Maafkan saya. Kalaulah saya tak pilih jalan tu. Kalau lah saya lebih hargai awak dari dulu,perkara ini tak akan pernah terjadi. Saya minta maaf,Putra",kata Sofea. Kali ini dia menangis seperti budak kecil yang kehilangan ibu bapa mereka. Ya. Aku kehilangan sesuatu yang penting di dalam diri aku. Cinta dan kepercayaan. Terlalu leka membuatkan aku hilang perkara ini tanpa sedar. Dan ya, lelaki di hadapan aku ini yang menyedarkan aku.
"Sofea..please jangan nangis",pujuk Putra. Sofea mengangguk namun air matannya tidak mampu berhenti dari merembes keluar.
-B E R S A M B U N G-
Hgohoohohohoh tak habis lagi ya guyss..ayat dia macam dah habis kan? Tapi lambat lagi nak habis seba kita tak mulakan lagi hidup baru putra dan Sofea kan? Hohohooh stay tune❤btw author ada add lagu dekat atas so bila nak baca part ni bolehlah baca sambil dengar lagu tu
Don't forget to hit the vote and comment if you want to ask or tell me about my story😉
F A R A H _ A C K E R M A N

YOU ARE READING
𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐮 𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨[𝐎𝐆]
Детектив / Триллер| S L O W U P D A T E | 🔄 Seorang perempuan yang bernama Nurul Sofea. Seorang perempuan yang pernah membunuh seseorang dan dimasukkan ke pusat pemulihan. Ibu bapanya menjaga dia sehingga betul-betul pulih dan baru membenarkan dia duduk seorang di...