『Episode 19』️

393 18 2
                                    

Kenapa? Apa sebabnya eh? Kenapa dengan tarikh tu? Aku rasa mesti ada sebab tarikh tu tapi aku tak ingat...Yarghh!!! Sakitnya kepala nak ingatkan balikkk!!,jerit Sofea dalam hatinnya. Nak buat kerja office pun tak boleh nak tumpukan perhatian! Dah lah aku dapat benda yang paling terkejut dalam hidup aku 2 minggu lepass!!! Arghh!!!

"Miss..Miss okay tak? Miss punya muka merah lah!",kata pekerja perempuan yang bercakap dengannya pagi tadi,Lisa. Sofea yang mendengarnya memegang pipinya yang mula memanas. "Sa-saya okay! Ke- kenapa ni Lisa?",tanya Sofea gagap. "Ouh.Miss ada orang nak jumpa Miss sekarang",ujar Lisa lembut. "Jumpa saya? Siapa?",tanya Sofea yang sudah bangun dari tempat duduknnya. "Saya tak tahu Miss,tapi dia tengah tunggu Miss depan pintu dekat pintu masuk. Tengok orangnya memang mahu sangat dia jumpa dengan Miss",terang Lisa.

"Lelaki ke perempuan?",tanya Sofea semasa membuka pintu untuk keluar. "Lelaki",kata Lisa. Sofea hanya mengangguk dan keluar dari pejabatnya dan turun ke aras bawah menggunakan lif. Siapa? Sampai ke aras bawah,Sofea sudah ternampak susuk badan lelaki yang sesar bersandar menunggu kedatangannya dan memegang sampul kertas berwarna coklat. Sofea berjalan ke arahnya berani.
"Mm..Awak ke yang nak jumpa saya?",tanya Sofea perlahan. Lelaki tersebut berdiri selepas melihat Sofea yang sudah tiba. Lelaki itu terus memberi sampul surat tersebut ke Sofea. Sofea mengerutkan dahi. "Apa ni? Kenapa awak bagi saya?",tanya Sofea pelik. Lelaki itu mengangguk berlalu pergi. "A-awak! Nama awak siapa?",tanya Sofea sebelum lelaku itu beredar. Lelaki itu berhenti dan memandang ke arah Sofea lalu membuka topeng mulut hitamnya itu. "Razel",katannya dan berlalu pergi. Razel? Kenapa pernah dengar ek nama tu? Ah! Nak ingat balik pun susah! Sakit kepala nak diingatkan balik! Sofea mengambil keputusan untuk masuk semula. Daripada aku fikir baik aku siapkan kerja yang aku tak siap lagi!





Mama>18:20>now
Sayang..Mama nak ajak sayang balik rumah. Dinne sesama. Boleh tak?

You>18:30>now
Mm..Pukul 8 malam ke? Kalau pukul 8,Sofea datang lambat sikit sebab Sofea ada kerja sikit.

Mama>18:30>now
Okay takpe..Kitaorang boleh tunggu Sofea tapi cepat sikit boleh kan? Sebab abang dengan kakak ipar kamu ikut sekali

You>18:32>now
InshaAllah mama. Sofea usahakan.

Usai habis membalas mesej Ibunya,Sofea meletakkan telefon di atas meja dan mengambil sampul surat berwarna coklat yang diberi oleh seseorang yang bernama Razel. Memang aku pernah dengar nama tu..Tapi dekat mana? Sofea mengambil keputusan untuk melihat isi dalam sampul surat itu. Dia mengeluarkan sekeping kertas putih dan ada beberapa perkataan ditulis di atas kertas itu. Ayat yang ditulis,

Miss me?
I miss you dear..
Please come back to me?

Hah? Miss me? Siapa? Lelaki tu ke? Ya Allah siapa dia ni sebenarnya? Macam dia kenal aku terlalu lama..Siapa dia? Sofea masukkan kembali kertas itu ke dalam sampul surat dan meletakkan di dalam laci mejannya. Malas mahu mengambil tahu. Baik aku siapkan kerja. Cepat aku siap cepat aku pergi rumah mama. Rasa seram sejuk je sekarang aku ni. Sofea terus menyiapkan kerjannya yang masih bertangguh.

Rumah Datin Izara

"Assalamualaikum,mama! Sofea dah sampai!",panggil Sofea apabila sampai ke rumah Datin Izara. Lama juga dah tak balik rumah ni. Tak ada-apa perubahan ke?,ujar Sofea dalam hati. "Waalaikumusalam..Lah Sofea. Kata datang lambat?",ujar Datin Izara yang baru keluar dari dapur rumahnya. "Sofea dah siap kerja Sofea awal,so Sofea datang awal lah! Mana tahu boleh tolong apa-apa ke?",kata Sofea. "Mm tak payf lah tolong mama. Dah nak siap pun. Sofea pun mesti lah penat kan? Pergi lah bilik dulu. Mandi ke apa ke",suruh Datin Izara. Sofea hanya memgangguk. Memang dinafikan dia sedang penat. Kalau dapat air sejuk untuk mandi pun best ni,ujarnya dalam hati. Sofea mengikuti arahan ibunya dan berjalan naik ke biliknya. Mungkin ada lagi baju aku yang aku tak ambil,katannya. Sofea membuka pintu biliknnya. Tiada perubahan. Mungkin mama tak buka kot bilik ni. Sofea berjalan ke wardrobe dan mengambil kain tuala berwarna putih dan berjalan masuk ke dalam bilik air.

𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐮 𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨[𝐎𝐆]Where stories live. Discover now