*okay sebelum korang baca intro or start baca cerita ni harap baca Story Description dulu untuk dapatkan feeling yang sebenar bila baca cerita ni* 😘
Nama aku Zul Hakimi Bin Zul Azizan, umur aku 31 tahun dan aku merupakan seorang duda yang tiada anak. Hobi aku ialah bermain alat Musik banyak alat music yang aku pandai main contohnya gitar, piano, biola, dan beberapa lagi alat musik lain tetapi yang paling aku suka ialah gitar sebab aku rasa bunyi gitar memang kena dengan jiwa musik aku bila aku dengar bunyi gitar aku rasa tenang.
Aku belajar main alat-alat musik ni semenjak aku umur 10 tahun lagi, mungkin sebab arwah ayah aku Zul Azizan juga seorang pemuzik mungkin darah seni tu turun dekat aku juga, almost 22 tahun aku main alat musik, sejak itu juga la aku sering di jemput pergi ke kelab-kelab malam, wedding, konsert, restaurant-restaurant dan juga hotel-hotel untuk menghiburkan para tetamu mereka. Boleh tahan juga lah income seorang pemuzik ini dalam sebulan boleh la dapat 10 ke 20 ribu kalau ada banyak event kalau tak banyak pun paling kurang sebulan aku dapat dalam 3 ke 5 ribu ringgit. So nak kata aku kaya tak la sangat tapi aku mampu la, sejak aku umur 25 aku dah mampu beli sebuah rumah di Mont Kiara dan sebuah kereta Honda Civic Putih.
Perwatakan aku, aku berambut panjang tapi tidak la terlalu panjang cuma sampai di paras atas bahu sahaja, kulit aku putih kuning langsat dan mata aku agak sepet mungkin sebab arwah ibu aku berketurunan Cina-Nyonya,Melaka.
Zul Hakimi Bin Zul Azizan
Ketinggian aku cuma 180cm dan berat badan aku 65kg tak lah handsome sangat tapi sedap mata memandang lah, dulu aku rajin main gym so bidang dada aku agak lebar sikit cukup lah untuk buat wanita cair melihat aku haha
Muka tu ada la jambu sikit
Sejak aku berumur 20 aku sudah belajar hidup bersendirian selepas arwah Ibu dan Ayah aku mati dalam kemalangan Jalan raya, memang agak perit masa tu aku masih muda dan tiada sapa-sapa atau adik beradik jadi aku terpaksa menanggung kesedihan tanpa ibu dan ayah seorang diri dari situ aku belajar berdikari dengan mencari pendapatan berunsurkan bakat bermain alat musik aku ini.
Masa aku umur 26 aku telah bernikah dengan seorang wanita ataupun boleh dikatakan peminat aku, namanya Nabila ataupun panggilan manjanya Bella, aku kenal Bella sejak aku umur 24 masa itu aku ada buat persembahan di Majlis perkahwinan client aku dan aku dijemput untuk main piano di majlis tersebut. Sejak itu hampir semua majlis jemputan atau event yang aku dapat Bella akan hadir setelah setahun lebih. Pada suatu hari ketika aku habis sahaja event di Club Malam Zouq yang bayar aku untuk membuat persembahan, aku memberanikan diri untuk menegur Bella dan sejak itu lah baru aku tau yang Bella adalah peminat aku sebab tu dia follow aku setiap event yang aku attend.Sejak itu hubungan aku dengan Bella semakin rapat, kami kerap berjumpa dan mostly event-event yang ada aku dia mesti akan datang support aku dan sejak itu aku mula jatuh hati pada Bella kerana dia setia menunggu aku dan dia lah tempat untuk aku mengadu kesedihan, kepayahan, kesunyian aku dan Alhamdulilah setahun kemudian kami buat keputusan untuk berkahwin.
Hidup aku sangat lah bahagia dengan adanya seorang isteri yang penyayang dan cantik seperti Bella sampai lah aku umur 28 aku masih belum dikurniakan anak mungkin tak ada rezeki aku lagi.
Pada suatu hari tu aku terpaksa pergi Sabah kerana mendapat event jemputan untuk main alat music gitar di majlis perkahwinan anak seorang Tan Sri di sana. Semua penginapan, tiket, hotel dan transport dibayar oleh Tan Sri itu, mengikut jadual aku perlu pergi ke sana selama 4 hari tapi aku punya event untuk majlis itu satu hari sahaja lagi pun tak pe lah boleh juga aku bercuti ke Sabah orang yang taja bukan duit sendiri tapi itu lah aku terpaksa tinggalkan Bella di rumah sebab dia tak boleh ikut aku pergi buat kerja tu pun atas tajaan orang kan best kalau aku boleh bawa Bella sekali.
YOU ARE READING
Killing me softly (Cheritha Phelanghi Hitham) 80% Complete
Romance🔞*Warning Gay Story*🔞 🇲🇾Cerita Gay Melayu🏳️🌈 ***COMPLETE BOOK 1*** *Cerita adalah berdasarkan pengalaman, imiginasi, dan fantasi dari author so ada la sikit elemen tokok tambah di dalam dan by the way ini karya wattpadd yang pertama saya jadi...