"abang berhenti kan saya dekat sebelah dengan bus stop biru belah kiri tu je" permintaan aku kepada grab driver tu.
"Ok, baik" balas grab driver tu.
"Ok, terima kasih berapa yer bang ?" Tanya aku lagi kepada driver grab tu selepas menurunkan aku di bus stop biru yang berhadapan dengan apartment aku tu.
"Sama-sama, ikut harga dalam apps ni RM8.25, tapi dik bayar RM8 sudah" kata pemandu itu.
"Oh ye ke, terima kasih" balas aku dan aku mengeluarkan duit RM8 lalu memberikan kepada pemandu tu.
'ish baiklah abang tu, kan best kalau tiap-tiap hari dapat grab driver macam tu jimat duit aku sikit hahaha' gelak aku sorang yang sedang mengalas beg camera Canon milik aku sambil berjalan menuju ke arah elevator di apartment aku.
Ini lah Apartment Flora Damansara, dekat dengan Damansara Perdana, Aku dah sewa bilik sini almost 3 bulan dah sejak aku graduate UiTM, aku sewa bilik sahaja sebab tak mampu nak sewa rumah tu pun kena bayar RM450 sebulan untuk satu bilik kecil je dan dalam rumah aku tu ada 5 bilik, 3 bilik besar dan lagi 2 bilik extension dan agak kecil sedikit sebab bilik tambahan kan.
Dalam rumah ni semua kelengkapan dah siap ada siap dapur eletrik, peti ais, washing machine dan paling penting Wi-fi pun ada senang aku nak buat kerja so tak kisah la kena bayar RM450 even though duduk bilik kecil pun sebab tak risau nak pergi dobi ke, beli makanan setiap hari ke ape ke, semua masak sendiri je.
Dalam rumah aku ni juga semua bilik ada orang, 2 India dan 3 Melayu termasuk aku and of course la semua lelaki tapi kami semua buat hal masing-masing dah tiga bulan nama pun aku tak tau dah tu ada juga yang sampai aku tak pernah nampak muka langsung tapi aku tau satu tu ada orang, memang betul-betul buat hal masing-masing lain sungguh life sini tak macam aku duduk kolej memang kena bergaul dengan senior kalau kau reja duduk bilik je memang akan kena la kau, tapi tu kisah dulu so ini kisah sekarang so nak tak nak aku kena teruskan hidup juga.
"Assalamualaikum" aku membuka pintu perlahan even though aku tau tak ada sapa-sapa yang menjawab tapi aku bagi salam juga man tau kan kalau ada malaikat di dalam.
Aku masuk buka kasut Puma hitam yang aku pakai dan letak di rak kasut dan terus masuk ke bilik kecil comel lotey aku tu. Aku letak beg di kerusi dan aku terus membuka butang baju kemeja putih aku kemudian aku terus mencapai kain tuala yang tergantung di belakang pintu bilik aku, kemudian aku membuka seluar jeans skinny aku dan terus masuk ke bilik dan mandi.
Dalam masa aku tengah mandi tu tetiba aku terdengar bunyi phone Samsung A5 2015 aku tu berbunyi tanda ada yang sedang call aku, dengan pantasnya aku mencapai tuala aku dan mengikat di pinggang dalam keadaan basah aku berlari keluar bilik air menuju ke bilik aku mana tau ada client call nak upah aku ambil gambar ke ape ke dalam keadaan basah aku berlari tu, biasalah dah badan masih basah aku berlari kalangkabut ke bilik macam cliché drama melayu mesti la aku terjatuh tersembam ke lantai sebab licin.
YOU ARE READING
Killing me softly (Cheritha Phelanghi Hitham) 80% Complete
Romansa🔞*Warning Gay Story*🔞 🇲🇾Cerita Gay Melayu🏳️🌈 ***COMPLETE BOOK 1*** *Cerita adalah berdasarkan pengalaman, imiginasi, dan fantasi dari author so ada la sikit elemen tokok tambah di dalam dan by the way ini karya wattpadd yang pertama saya jadi...