"ok dah pakai siap jom kita keluar" ajak abang Zul setelah aku siap berpakaian.
"Ha.. keluar pergi mana abang?" Tanya aku sambil jalan berjengket-jengket memegang dinding menuju ke arah katil.
"Kita pergi Klinik nak suruh doktor check kaki Ril takut nanti melarat" kata abang Zul sambil menunjukkan ke arah kaki kanan aku tu.
"Oh ye ke .. tak pe .. ala tak payah lah menyusahkan abang je" kata aku lagi.
"Nanti kalau kaki kamu tak baik lagi menyusahkan" kata abang Zul.
'ye juga tu' jawab dalam hati, "hmm.. okay lah" kata aku pula sambil tersenyum.
Kemudian abang Zul menghampiri aku lalu memapah aku ke luar bilik dan sampai je di tangga rumah abang Zul untuk turun tu "ish tak boleh jadi ni kalau papah dari sini sampai esok tak sampai klinik lagi" kata abang Zul.
Dengan lantas abang Zul menyuruh aku duduk di tangga tu lalu terus perlahan dia mengangkat aku gaya Princess carry 'omg omg omg' getus hati aku. "Abba..abang tak yah la angkat Ril" kata aku.
"Kalau nak papah kamu turun ke bawah lambat dan bahaya tak kamu bukan berat pun" kata abang Zul sambil membawa aku turun perlahan di tangga tu setapak demi setapak.
Sampai je kat bawah abang Zul menurunkan aku lalu dia berdiri di depan aku kemudian dia melutut membelakangi aku lantas dia menarik kaki aku kemudian dia bangun dengan gaya mendukung aku dari belakangnya, aku dah tak tau nak kata apa rasa seronok pun ada malu pun ada dan rasa bahagia sangat 'kenapa la abang Zul ni baik sangat' aku pun dah tak tau berapa banyak kali soalan tu muncul dalam kotak pemikiran aku.
Setiba sahaja di Klinik Ihsan yang berada di Mutiara Damansara abang Zul pun memapah aku masuk ke dalam klinik tersebut "kamu duduk sini dulu kejap abang pergi kaunter" suruh abang Zul.
"Urm.. Azril awak Azril kan" tegur seseorang yang suaranya aku kenal.
Setelah aku menoleh kearah suara yang memanggil nama aku tu "ohh .. Datuk Sulaiman? Datuk buat ape disini sakit ke?" Rupa-rupanya Datu Sulaiman yang menegur aku a.k.a Pak Man yang client aku masa dia minta aku tolong photoshoot gambar family dia.
"Kan saya dah cakap jangan panggil Datuk panggil Pak Man je, takde la saya datang teman kan anak perempuan saya check up sebab dia mengandung husband dia takde outstation hal business jadi saya temankan dia" kata Pak man sambil menunjukkan anak perempuan dia yang dalam lingkungan 30-an di sebelahnya itu.
"Oh ye ke.. Tahniah kak, tahniah Pak Man wah Alhamdulillah dah ada cucu lagi" pandang aku ke arah anak Pak Man sambil memberi ucapan tahniah.
"Ye terima Kasih" senyum akak tu membalas ucapan aku.
"Azril datang sini kenapa sakit ke? Sapa bawa?" Tanya Pak Man.
"Ahm... Urm... Saya terjatuh tangga semalam kaki bengkak sakit bila nak berjalan tu saya datang dengan Abang saya yang dekat kaunter tu" balas aku sambil menunjukkan ke arah abang Zul yang sedang berada di kaunter tu.
YOU ARE READING
Killing me softly (Cheritha Phelanghi Hitham) 80% Complete
Romance🔞*Warning Gay Story*🔞 🇲🇾Cerita Gay Melayu🏳️🌈 ***COMPLETE BOOK 1*** *Cerita adalah berdasarkan pengalaman, imiginasi, dan fantasi dari author so ada la sikit elemen tokok tambah di dalam dan by the way ini karya wattpadd yang pertama saya jadi...