Previously on KMS ep 25
"Saya betul-betul ingin meminta maaf kerana telah menyusahkan ramai pihak atas ke salah fahaman ini." Kata aku dengan niat merendahkan diri di hadapan pegawai-pegawai polis itu.
"Hurm kalau macam tu dah memang terbukti bahawa Encik Zul memang tidak bersalah dan dia terlepas dari segala tuduhan." Kata encik Hanafi, lantas dia menyuruh anak buahnya membuka gari di tangan abang Zul.
"Alhamdulilah .. saya minta maaf sekali lagi ye ..." Kata aku lagi.
"Tapi tunggu sekejap... " Kata inspektor hanafi.
Aku baru yang nak tersenyum kelegaan tiba-tiba jadi gundah gulana balik bila inspektor tu berkata sedemikian, 'aduh mak apa lagi dia ni nak tanya .... ?' monologue aku lagi.
"Saya hairan punya lama encik Azril berada dengan encik Zul kenapa encik tak pernah terlintas nak Call kawan encik Put dengan meminjam phone encik Zul? Dan kenapa bila ada satu kali tu encik call dia, cik Puteri mengatakan yang dia seolah-olah mendapat distress call dari encik Azrill seolah-olah mahu meminta pertolongan? Itu pun calling itu di buat di public phone kawasan perumahan di mont Kiara." Tanya Inspektor Hanafi.
'alamak !!! Apa aku nak jawab ni ... Aku tak tau macam mana nak jawab soalan tu,' aku memandang abang Zul ... Kemudian aku menoleh kearah abang Luq .. keadaan menjadi agak kekok buat sementara.
*************************************************
*Author- ok dialog di bawah adalah sambungan episode lepas so jangan nanti keliru pula jangan lupa vote ye*
Tiba-tiba abang Zul mula bersuara, "oh tu, masa tu saya tengah membawa Azril berjalan-jalan bersiar-siar di kawasan perumahan saya di Mont Kiara tu sebab masa tu kaki Azril baru nak pulih dia perlu practice untuk berjalan kalau tidak nak berdiri pun susah ... Betul tak Azril ?" Kata abang Zul.
"Aa.. ya betul.. masa tu abang Zul kami sedang berjalan-jalan di sekitar taman situ sampai dekat satu tempat tu.." belum sempat aku nak sambung ayat aku.
"Masa tu saya terdengar ada bunyi siren orang jual aiskrim jadi saya tinggal kan Azril sebentar dekat bus stop tu, tak sangka pula masa tu dia cuba bangun tanpa saya memapah dia, dia berpaut pergi ke pondok phone sebelah bus stop itu untuk membuat panggilan, dan dalam sedar tak sedar dia terjatuh dan disebab tu la, bunyi dia macam minta pertolongan." Kata abang Zul.
'pergh bapak ah mana abang Zul dapat idea nak guna ayat ni? Tapi nasib baik lah... Kalau tak...' monologue aku sambil mendengar penjelasan dari abang Zul.
Tiba-tiba Put pula bersuara, " habis kenapa kau tak call aku guna phone abang Zul ja ? Takkan lah abang Zul tak ada phone?" Kata Put pula.
'aduh Put nih ..kenapa dia tanya soalan itu..' monologue aku lagi.
YOU ARE READING
Killing me softly (Cheritha Phelanghi Hitham) 80% Complete
Romance🔞*Warning Gay Story*🔞 🇲🇾Cerita Gay Melayu🏳️🌈 ***COMPLETE BOOK 1*** *Cerita adalah berdasarkan pengalaman, imiginasi, dan fantasi dari author so ada la sikit elemen tokok tambah di dalam dan by the way ini karya wattpadd yang pertama saya jadi...