Previously on KMS Ep 24
Aku pun pergilah ke tandas, selepas selesai sahaja melepaskan hajat aku, aku pun keluar dari tandas. Aku tetiba ternampak kelibat Abang Luqman yang tergesa-gesa masuk semula ke dalam kelab Zion itu untuk mencari aku di dalam.
"Abang Luq ..! " Jerit aku memanggil abang Luq yang sedang kehulu kehilir mencari aku.
"Abang Luq!!!" Jerit aku sekali lagi dengan lebih kuat ternyata dia pun dah ternampak aku lantas terus dia berlari ke arah aku.
"Kenapa ni abang ?" Tanya aku.
"Zul ..." Kata abang Luq sambil menarik nafas.
"Hah kenapa dengan abang Zul?" Tanya aku balik, hati aku mulai rasa dah tak sedap dah .
"Zul kena tangkap dengan polis... Zetty, Apitt dan Haziq dah balik dah, mujur aku parking sebelah kereta abang kau...." Kata abang Luq.
"Haaa biar betul??? Ya Allah ... Kenapa polis tangkap dia ?" Tanya aku lagi.
"Polis tu kata, Zul di tuduh atas melakukan jenayah menculik dan mengurung orang." Kata abang Luq.
"Oh tidak ...." Kata aku yang dah tak tentu arah bila mendengar kata-kata abang Luq itu.
*************************************************
Abang Zul kena tangkap dengan polis dan sekarang aku dalam kereta abang Luq dalam perjalanan dia membawa aku ke balai polis, "apa benda la? Takkan la Zul menculik dia culik siapa?" Kata abang Luq.
Aku berdiam berfikir macam mana ni semua boleh berlaku, lama aku terfikir "Put ...!!!" Kemudian aku baru teringat beberapa bulan yang lalu aku sempat call Put tapi aku tak sempat ceritakan hal yang sebenar mungkin dia yang report kepada polis.
"Hah.. Put ? Apa tu?" Tanya abang Luq yang kaget tiba-tiba aku bersuara.
"Oh tak ada apa-apa... Saya rasa pihak polis dah tersalah faham." Kata aku bagi menyedapkan hati abang Luq.
Tiba sahaja di Balai Polis KPJ PJ, aku terus keluar dari kereta abang Luq tanpa bercakap banyak dan terus berlari masuk ke dalam balai itu.
"Cik saya nak cari orang bernama Zul Hakimi Bin Zul Azizan dia baru sahaj di tahan atas tuduhan menculik, Nama saya Azril..." Kata aku kepada pegawai polis wanita yang sedang berada di kaunter.
"Ok Cik Azrill .. say..." Ketika Wanita nak menhabiskan ayatnya tiba-tiba ada suara lain yang menyapa "Mohamad Azril Bin Azlee?" Sapa dari seorang pegawai polis lelaki di sebelah polis wanita yang aku bercakap tadi.
"Ah ye saya." Balas aku.
"Pihak kami dah lama mencari encik selepas kami mendapat laporan kehilangan encik dari kawan encik yang bernama Puteri Shafira beberapa bulan yang lalu." Kata pegawai polis itu.
"Sebenarnya sa.. saya tak hilang tapi .." aku pun tergagap menjawab soalan dari pegawai tu sebab aku tak tau nak jawab apa kalau aku salah jawab memang abang Zul akan kena tuduh dan di dapati bersalah.
"Ok takpe, Encik tunggu dulu sebentar sebab sekarang Inspektor Hanafi sesang menyoal siasat encik Zul di bilik soal jawab, nanti bila semua dah ada encik dengan encik Zul boleh buat keterangan." Kata pegawai itu lagi.
Abang Luq baru sahaja masuk ke dalam selepas memarking keretanya. "Azril apa dah jadi ? Zul mana ?" Tanya abang Luq.
"Abang sedang disoal siasat di bilik siasatan tunggu dia habis disoal nanti saya akan bagi keterangan." Balas aku.
YOU ARE READING
Killing me softly (Cheritha Phelanghi Hitham) 80% Complete
Romantik🔞*Warning Gay Story*🔞 🇲🇾Cerita Gay Melayu🏳️🌈 ***COMPLETE BOOK 1*** *Cerita adalah berdasarkan pengalaman, imiginasi, dan fantasi dari author so ada la sikit elemen tokok tambah di dalam dan by the way ini karya wattpadd yang pertama saya jadi...