KMS Ep 13 : Comel

5K 174 22
                                    

Previously on KMS ep 12

**Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the skyline
All we had is gone now
Tell them I was happy (I was happy)
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible ...**

Habis je ayat terakhir dari lagu tu membuatkan aku rasa lega sebab tak de la tone lari ke sumbang ke, sampai abang Zul pun menangis sebab best sangat kot(perasan), but seriously why he crying?? aku pun melihat abang Zul pun tanpa memandang kearah aku dia terus beredar naik keatas meninggalkan aku keseorangan di situ. Aku pun hanya memandang ke arah abang Zul tak berani berkata apa-apa 'bagus juga dia pergi, selamat lah kaki aku' monolog aku.

Aku still dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar pendek dengan rantai di leher aku di bilik bawah tanah itu, aku pun dah tak tau nak buat apa aku terus pergi duduk menyandarkan diri di dinding sambil memikir nasib aku lepas ni dah la tadi sikit je lagi aku dah dapat contact Put dia je lah harapan aku.

*************************************************

Aku baru je nak rehatkan minda aku dari memikirkan apa akan jadi pada aku tetiba pintu basement aku tu di buka kembali dan kelihatan Abang Zul turun semula ke basement. Gementar aku datang balik 'aduh apa la abang Zul nak buat ni, kenapa dia datang balik' monolog aku.

Aku mendongak ke arah abang Zul ketakutan tiba-tiba abang Zul membuka rantai di leher aku, kemudian dia tak berkata apa-apa terus meninggalkan aku di bawah tu.

"Fuhh lega pergi pun ... Kenapa dia baik balik tiba-tiba buka rantai segala ni?" Dialog aku seorang diri sambil menarik nafas lega kerana Abang Zul tak buat apa-apa dekat aku dan aku bebas bergerak, even though tak di gari or dirantai tapi aku still dalam basement yang berkunci tu, at least aku bebas bergerak dalam bilik ni.

Aku pun dah keletihan badan, macam-macam yang terjadi hari ni lalu aku pun membaringkan badan di tilam yang berada di basement itu.

Keesokan harinya, aku terbangun dari tidur aku, abang Zul tak kelihatan or turun ke bawah ni, aku pun tak pasti aku patut seronok or sedih sebab dia tak turun sebab kemungkinan dia nak biar aku mati sorang-sorang kat bawah ni sebab tu dia tak turun takkan dia lupa pasal aku or .. 'argh sudah malas ah nak fikir' monolog aku seorang diri.

Aku memerhati je pintu di tangga basement tu seolah-olah menyuruh aku pergi buka pintu tu, tapi half of me refuse to open that door sebab takut kalau kantoi dengan abang Zul untuk lari kalau kali ni kantoi memang kaki aku akan hilang for real. Tapi aku nak juga cuba naik tangga dan membuka pintu tu, aku bangun dan langkah demi langkah aku memijak anak tangga menuju ke pintu itu.

Dah sampai di depan pintu itu, aku cuba memegang tombol pintu dan baru sahaja berniat memulas tombol tersebut belum sempat aku memulasnya tiba-tiba pintu itu di buka dan aku terlihat abang Zul betul-betul di depan mata aku.

Aku yang terkejut dan ketakutan melihat abang Zul dekat depan mata aku, badan aku automatically terundur kebelakang sikit pada ketika itu aku terlupa yang aku berada dia atas tangga, pada masa tu mata aku tepat memandang ke mata abang Zul aku terjatuh dari anak tangga tersebut sampai ke bawah pada mulanya abang Zul menghulurkan tangannya untuk menarik aku dari jatuh tapi mungkin dia pun terkejut melihat aku tercanggak depan pintu bila dia nak buka pintu itu menyebabkan dia tak sempat menarik tangan aku.

"Ril .. Rill kamu tak apa-apa ka?.. Rill" kedengaran suara abang Zul menyebut nama aku, aku tak sedarkan diri penglihatan aku semakin kabur dan perlahan mata aku terpejam.

Killing me softly (Cheritha Phelanghi Hitham) 80% CompleteWhere stories live. Discover now