MATA Istihana memandang kereta yang berderet-deret diletakkan di tempat letak kereta kawasan kilang. Tak ternampak pun kereta Ilhan. Dia ingat lagi warna kereta Ilhan. Mungkin dia hanya datang sebab ada hal di dalam kilang.
Istihana melangkah pergi dari ruang itu. Dia terus berjalan masuk ke dalam production semula. Tapi, fikirannya masih terfikirkan Ilhan. Pelik betullah. Dulu, tak ingat langsung. Tak pernah dia ingat akan Ilhan. Cumanya, apabila bertemu hari ini, dia teringat semula hal tiga tahun lepas.
Dia dah tak ada hubungan dengan Ilhan. Putus selepas dia melarikan diri. Macam mana kalau dia kenal, tapi buat-buat tak kenal? Itu lagi senang, tak payah menjawab apa-apa soalan yang diajukan.
Istihana melangkah masuk ke dalam pejabat di dalam production. Ternampak orang atasan sedang berkumpul di line3. Mungkin ada kesilapan dalam magazine mungkin. Jika tidak jangan harap orang atasan akan turun sampai ke production.
"Apa hal tu?" tanya Istihana.
Emilirose mendongak, memandang Istihana. Emilirose pandang ke arah muncung mulutIstihana.
"Oh, Encik Tang cakap tadi, CEO turun padang. Nak tengok keadaan production."
"Hebat tu, Encik Josh dulu nak turun setahun sekali pun payah. Ada masalah semuanya orang bawah dia selesaikan. Sudahlah berlagak," omel Istihana. Dia duduk di tempatnya.
"Lain padang lain belalang, Isti."
"Yalah, Rose. Jangan hanya sekerat jalan nak masuk sini. Ambil tahu masalah yang ada dalam sini. Selalunya CEO ni hanya nak keuntungan saja," juih Istihana.
"Ambil hati sebab orang baru. Bila dah lama nanti, hanya fikir keuntungan dan zero defect. Dalam kepala hanya ada simbol duit saja."
Tak habis lagi Istihana mengomel. Dia memang tak puas dengan majikan lama. Tahu nak untung saja.
"Marah nampak?Kita pun tak tahu lagi pasal CEO ni. Aku pun tak pernah tengok. Hanya nampak belakangnya saja," ujar Emilirose.
"Bukan marah, cuma luahkan apa yang ada dalam hati aku." Istihana sengih. Dia mengambil dokumen yang ada di atas mejanya.
"Dia orang berdua ni production clerk. Yang cek berapa banyak magazine cip keluar dari production. Dia orang berdua handle tiga line production." Encik Tang menerangkan kepada lelaki yang ada di depan mereka.
Kedua-duanya terus mendongak. Emilirose senyum.
Istihana? Dia memang pandai buat muka tak kenal orang. Tak ada perasan ketika memandang Ilhan.
Emilirose bangun. Dia mencuit Istihana. Boleh pula Istihana buat tak tahu.
"Isti dan Rose, inilah CEO baru kita." Encik Tang memperkenalkan mereka.
Istihana telan liur.
"Tuan Ilhan." Encik Tang tak puas lagi mempekenalkan mereka.
"Saya ingatkan orang lain yang handle. Memang kat sini kerani aje yang handle semua tu?" Nampak sinis Ilhan bertanya.
Dia pandang Emilirose dan Istihana bersilih ganti.
"Tak juga Tuan Han. Selalunya kamilah yang akan pantau semua tu. Mereka semua double check jumlah cip yang keluar. Itupun, kami masih lagi memantau," terang Encik Tang.
Amboi, dia ingat kerani cabuk macam mereka berdua tak berguna ke? Dada Istihana sudah panas dengan kata-kata Ilhan. Kalau tak percaya, buat kerja sendirilah. Terkumat-kamit Istihana memaki.

YOU ARE READING
Jangan Tak Balas Cintaku
RomanceSatu... dua... tiga ... empat. Aku kejar kau sampai dapat