Bab 13

3.3K 102 0
                                    


PINTUditolak. Dia berjalan laju menuju ke dalam pejabat. Perutnya sedikit memulas. Istihana masih lagi boleh menahannya. Tak teruk sangat sampaikan kena jadi penunggu di dalam tandas.

"Isti, semua orang dah berkumpul kat production," beritahu Kiman yang baru keluar dari pantri.

"Yang kau ada kat sini buat apa?" tanya Istihana hairan.

Dia letakkan begnya di bawah meja. Matanya memandang Kiman. Kiman sengih.

"Aku dahaga."

Mereka berdua beriringan melangkah ke dalam production. Kadang-kadang saja mereka berkumpul di dalam production. Ketika production tak dapat target. Tapi, rasanya bulan lepas melebihi target. Mereka berdiri di belakang sekali apabila mereka orang yang terakhir masuk ke dalam ruang production.

"Pasal apa, Rose?" bisik Istihana kepada Emilirose.

"Katanya CEO baru nak jumpa. CEO yang baru kerja hari ni." Emilirose juga berbisik.

"Sebelum ni kita tak pernah jumpa pun dengan CEO. CEO orang ada-ada mana nak jumpa dengan kerani cabuk macam kita ni," kata Istihana.

Kerani production mana nak sama dengan yang bekerja di jabatan sumber manusia.

Emilirose jongketkan bahunya. Emilirose pun hairan.

Tiba-tiba saja perut Istihana memulas lagi. Masa inilah nak terasa pun. Ini Raziana punya pasallah. Paksa dia makan roti sardin pagi tadi.

"Aku sakit perutlah," bisik Istihana kepada Emilirose.

Istihana terus menunduk dan berlari keluar dari ruang production. Panggilan alam lebih penting.

Istihana keluar dari tandas. Cadangnya mahu ke production sekali lagi. Mana tahu sesi perjumpaan itu masih lagi belum selesai. Dilihatnya Emilirose sudah ada di tempatnya. Cepatnya habis.

"Dah selesai perjumpaan tu?" tanya Istihana.

"Ya, sekejap aje CEO tu cakap. Muka pun tak nampak. Geng-geng production nampaklah sebab dia orang kat depan. Aku terlompat-lompat nak tengok CEO tu pun tak nampak," ujar Emilirose.

"Tak payah tengoklah, Rose. Tua bangka dah." Kiman menyampuk.

"Kau nampak ke?" tanya Emilirose.

"Tak." Selamba jawapan Kiman.

"Bodohlah kau ni. Ingatkan kau nampak." Emilirose cubit lengan Kiman.

Terkekek-kekek Kiman ketawa.

Istihana tergelak dengan lawak Kiman. Yakin saja dia memberitahu Emilirose, padahal dia pun tak nampak.

"Isti, kau dah cek ke shipment yang akan keluar pukul 10.00 pagi nanti?" tanya Emilirose.

Istihana tepuk dahi. Dia terlupa. Telefon dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Shipment document terus dicapai. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Encik Tang.

Istihana berlari keluar. Dia mengikut belakang bangunan untuk sampai ke tempat lori kontena. Kalau melalui production nanti semua orang tahu dia berlari sebab apa. Kerana bukan hanya dia seorang saja kerani production. Ada lagi tiga orang kerani production.

"Nasib kami dah kenal dengan hang Isti.Kalau tak kami keluar macam tu saja," kata Art yang selalu bersembang dengan Isti.

"Saya ikut Abang Art sampai ke portlah." Istihana ketawa kecil.

Jangan Tak Balas CintakuWhere stories live. Discover now