BAB 9

2.9K 117 1
                                    


ENCIK ISHAK tidak dapat menerima hakikat bahawa Ismalina sakit, selama hampir dua minggu Ismalina bersama mereka tiada tanda-tanda menunjukkan dia sakit.

"Maaf ayah, kerana tak beritahu terlebih awal tentang Isma. Isma nak gembira dahulu dengan semua ahli keluarga. Bila semua rawatan sudah tidak dapat dilakukan, Isma nak pulang ke sini. Mahu meninggal di sisi ayah dan ibu. Han cuma ikut apa yang dia mahu." Beritahu Ilhan.

"Ayah tak tahu nak cakap apa." Encik Ishak menggelengkan kepalanya. Ilhan juga seperti Encik Ishak ketika menerima berita daripada doktor. Ismalina tidak dapat menerima rawatan lagi. Dia sanggup habiskan duit yang ada untuk Ismalina, tapi janji Allah itu pasti. Hanya setakat itu saja yang dapat dia lakukan.

"Ayah kena kuat di depan Isma,"

"Ayah tahu, tapi ayah tak mampu." Katanya sambil meraup wajahnya. Anak perempuan sulungnya itu bakal meninggalkan mereka bila-bila masa saja.

"Macam mana kamu hadapinya, Han?" tanya Encik Ishak kepada menantunya. Dilihatnya Ilhan sangat tabah dalam hal ini.

"Saya dah cuba menerimanya. Isma akan pergi," ujar Ilhan. Dia senyum pahit memandang bapa mentuanya itu. Siapa tak sedih apabila tahu isteri akan pergi bila-bila masa sahaja. Dengan si kecil yang tidak tahu apa-apa. Tapi, Ilhan sudah bersedia dari awal lagi. Sebelum dia berkahwin dengan Ismalina lagi dia sudah bersedia. Jika nak menolong Istihana dia perlu berkahwin dengan Ismalina. Senang nak uruskan Ismalina yang halal dengannya.

Dari jauh Ilhan lihat Istihana sedang berdiri. Dia menghadap ke jalan besar. Tidak tahu apa yang ada dalam fikiran Istihana. Lambat-lambat Ilhan menghampiri Istihana. Dia berdiri jauh sedikit daripada Istihana.

"Isti tak payah sedih-sedih," suara Ilhan bagaika sedang memujuk Istihana.

"Siapa kata saya sedih. Awak tak tahu apa-apa," balas Istihana kasar. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dia rasa.

"Abang tahu Isti sedih. Luahkan apa yang Isti rasa. Jangan simpan dalam hati." kata Ilhan. Setelah tahu situasi Istihana,dia simpati untuk Istihana. Disisihkan ibu sendiri, tanpa sebab yang kukuh.

Istihana menjeling. Lelaki ini tidak patut menenangkan hatinya. Patutnya dia hanya menemani Ismalina.

"Saya bukan isteri awak. Patutnya awak ada dengan Isma. Isma tu dah nak mati, awak tahu tak!" Istihana terus berlalu pergi. Menyampah apabila Ilhan pandai-pandai memujuk hatinya. Lelaki tak sedar diri!

Istihana berdiri di muka pintu bilik Ismalina. Selepas saja jatuh pengsan, Ismalina terus tak boleh bangun. Macam dibuat-buat sakit Ismalina. Sebelum ini dia nampak sihat, tapi sekarang dia sudah tidak bermaya. Ismalina menggamit Istihana. Istihana berjalan ke arah Ismalina.

"Isti, kau jangan sedih-sedih ya," kata Ismalina tersenyum. Pahit atau tidak senyumannya itu dia tak kisah lagi.

"Aku tak sedihlah," kata Istihana. Itu caranya untuk nampak kuat di depan semua orang. Dia renung Ismalina.

"Aku nak minta maaf pasal Fir dulu. Aku tahu aku tak patut buat goda Fir. Bila nak berpatah balik aku sudah jatuh cinta dengan dia. Dan dia juga sama," kata Ismalina.

"Perkara dah lepas. Tak payah ingat lagi," katanya Istihana.

"Kau boleh tolong aku?" tanya Ismalina perlahan.

"Tolong apa?" tanya Istihana.

"Jadi mummy Deeja." Ismalina senyum. Matanya tidak lepas daripada memandang Istihana. Istihana memang terkejut.

"Huh, aku tak suka budak-budak," Istihana terus menolak.

"Kau tak kesiankan Deeja yang tak ada mummy? Kesian Deeja nanti membesar tanpa mummy. Orang lain semua ada mummy. Tapi, Deeja tak ada. Cuma ada daddy saja," Ismalina bermain dengan kata-kata. Mahu atau tidak dia mahu Istihana menjadi mummy Deeja. Dia tak percayakan orang lain menjadi mummy Deeja.

"Hmm, laki kau nanti mesti akan kahwin lain. Nanti adalah mummy baru untuk Deeja." Istihana berterusan menolak.

"Isteri lain? Aku mahu kau yang jadi isteri Han. Bukan orang lain. Lelaki sebaik Han hanya sesuai untuk kau, Isti," kata Ismalina. Dia berkata begitu bukan kerana dia akan pergi tak lama lagi, tapi sejak dulu lagi dia hanya mahu Istihana saja yang menjadi isteri kepada Ilhan selepas dia 'pergi'.

"Kau jangan cakap benda mengarut, Isma. Aku tak mahu jadi isteri sesiapa pun. Jangan buat drama kat sini. Nak paksa-paksa aku macam dalam filem Tamil," kata Istihana. Dia lupa itu permintaan terakhir Ismalina.

"Han, tengok Isti ni. Saya suruh dia jadi isteri awak dia tak nak," Ismalina berseloroh. Istihana memandang ke muka pintu. Ilhan sudah berdiri di situ. Entah sejak bila. Ilhan diam. Dia hampiri katil.

Istihana bangun. " Aku tak mahu dengar lagi apa yang kau cakap tadi,"

"Isti, aku tak akan cakap dah. Sekali ni saja aku minta." Ismalina sengih. Tawar sengihannya. Istihana tidak mahu dengar lagi cadangan merepek daripada Ismalina. Ismalina ingat Istihana akan bersetuju sebab itu permintaannya yang terakhir. Tak mungkin. Dia tak sukakan budak-budak dan dia juga tak suka Ilhan. Titik.

Jangan Tak Balas CintakuWhere stories live. Discover now