"Sis, cuba bagi sinopsis Dia Fatihahku sikit..."
"Oh... macam ni cerita dia...
Ada mamat Cina ni, nama dia Alvin Tan. Alvin ni suka kat budak perempuan bernama Nurul Fatihah, sebab ada satu insiden berlaku buatkan dia kata Tuhan yang hantar Fatihah kat dia, jadi Fatihah kena kahwin dan jadi milik dia sepenuhnya. Sejak dari pertemuan tu, Alvin ini asyik kacau Fatihah, minta Fatihah kahwin dengan dia.
Fatihah pulak memang tak naklah! Walaupun kadang-kadang dia macam keliru jugak dengan perasaan sendiri bila Alvin usik2 dia tu. Fatihah ni memang pencinta setia. Dia sayang sangat kat kekasih zaman kanak-kanak dia lagi, Arif Rizqi. Arif ni tersangat baiklah orangnya, calon menantu ustaz gitu, tengah sambung belajar medic di Universiti Al Azhar Mesir. Diorang dah nak kahwin pun.
Sebab tak nak bagi Alvin terus-terus kacau hidup dia, Fatihah pun setuju dengan cadangan Alvin untuk jadi kekasih satu hari dia. Fatihah pun konon-konon nak kenalkan Alvin dengan Islam sebab Alvin cakap dia cari Tuhan. Lepas satu hari dating sebagai pasangan kekasih, diorang pun berpisah... Fatihah pun cuba lupakan semua memori dengan Alvin sebab dia nak fokus kepada hari pertunangan dan perkahwinan dengan Arif Rizqi. Alvin pun tunaikan janji untuk tak ganggu hidup Fatihah lagi.
Tapi, tiba-tiba masa hari pertunangan dia dengan Arif, ada satu rahsia mengenai Arif Rizqi yang Fatihah baru tahu. Pastu Fatihah terus tak setuju nak bertunang dengan Arif Rizqi. menangislah diorang berdua sebab cinta yang disulam 15 tahun tak kesampaian. Fatihah terus balik KL, masuk opis.
Yang si Alvin ni pulak, dalam dua bulan dah macam orang gila rindukan Fatihah. Dia dah mula ponteng kerja, pergi kelab malam dan minum arak sebab nak lupakan Fatihah (dia dah lama tak buat semua tu). Dalam kepala dia, Fatihah akan kahwin dengan Arif Rizqi... dan dia akan melepas.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu, Alvin nampak Fatihah. Dia pelik macamana Fatihah ni boleh masuk opis? Bukan Fatihah punya majlis kahwin lagi berapa hari je ke? Masa tu, dengan fikiran yang separuh waras, Alvin cepat2 atur rancangan untuk perangkap Fatihah supaya Fatihah kawin jugak dengan dia. Dia tak tahu yang Fatihah masa tu dah tak jadi kahwin dengan Arif...
Tup tup, rancangan tu berjaya, dan Fatihah pun terus dapat title Datin Nurul Fatihah kepada Datuk Alvin Tan Abdullah dengan sebuah imej yang begitu mengaibkan.
Rasa-rasanya boleh ke Fatihah yang menjaga serba serbi tentang dirinya dan prinsip agamanya terima Alvin Tan ni sebagai suami lepas apa yang Alvin dah buat pada dia?
Atau mungkinkah Fatihah kembali berharap untuk Arif datang sebagai Superman untuk selamatkan dia daripada rumahtangga yang dibina tanpa kerelaan dia? Tapi takkan semudah tu Fatihah lupakan tentang rahsia Arif Rizqi yang membuatkan diorang tak jadi kahwin sebelum ni?
Pastu, macamana reaksi keluarga Fatihah bila satu2nya anak perempuan diorang end up life dengan begitu mengaibkan? Dan boleh ke keluarga Alvin yang ada-ada tu terima Fatihah sebagai menantu?"
"Is that all about Dia Fatihahku?"
"Nope, tu setakat suku cerita je dik..."
"Ok... SAYA NAK!"
"Roger!"
***
Akan datang tidak lama lagi!
Salam sayang,
Michiko Ohara
YOU ARE READING
DIA FATIHAHKU
RomanceAda mamat Cina ni, nama dia Alvin Tan. Alvin ni suka kat budak perempuan bernama Nurul Fatihah, sebab ada satu insiden berlaku buatkan dia kata Tuhan yang hantar Fatihah kat dia, jadi Fatihah kena kahwin dan jadi milik dia sepenuhnya. Sejak dari per...