BAB 1

455 11 0
                                    

NURUL Fatihah melabuhkan punggungnya di atas sofa indigo di ruang tamu rumah pangsa yang sudah hampir dua tahun disewanya itu. Badan disandarkan lemah. Melepas lelah. Harinya terasa begitu panjang. Berat sungguh kepalanya memikirkan arahan yang diterima oleh ketua projeknya setelah selesai mesyuarat dengan pihak pemaju lewat petang tadi.

"Fatihah, tolong tengok semula data ni. Maybe we need to rerun our modelling... ubah sikit empat senario yang kita bincang tadi supaya tak nampak teruk sangat impak projek ni..."

"Tapi Dr., saya dah buat ikut yang sepatutnya. Senario ni semua penting untuk kita dapat gambaran sebenar kesan negatif pembangunan di kawasan perairan ni. Barulah pihak berkuasa tempatan boleh pertimbangkan cadangan projek dengan lebih tepat. For the wellbeing of the local community juga Dr.,"

"Hrm... Saya rasa kita buat sajalah Fatihah. Kita ikut apa yang pemaju nak. Kita bukan dibayar untuk jadi hero. Tak berbayar kerja-kerja yang kita dah buat tu nanti. Awak dah setahun lebih kat sini. Takkan tak faham-faham lagi?" Dr. Izarul sudah masak benar dengan respon anak didiknya yang satu ini.

Pasti ada saja yang dibetah. Namun dia faham mengapa respon Nurul Fatihah begitu. Nurul Fatihah tak ubah seperti dirinya suatu masa dahulu. Tidak suka bila pengetahuan dan kemahirannya dieksploitasi untuk suatu tujuan yang salah.

"Tapi Dr., itukan salah..." Fatihah masih tidak faham. Banyak kali perkara sebegini berlaku.

"Buat sajalah Fatihah. Tak faham nanti jumpa saya semula."

Dr. Izarul berlalu meninggalkan Nurul Fatihah yang masih diselubungi tanda tanya. Jika dilayankan, sampai malamlah Nurul Fatihah tak akan berganjak selagi belum mendapat jawapan yang kena dengan pendiriannya.

Nurul Fatihah yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar tidak walau sekali menyangka bertugas sebagai perunding kajian impak alam sekeliling (EIA) akan menjadi seberat itu. Sejak hampir dua tahun dirinya bertugas dengan syarikat perunding Dr. Alif & Associates, dia telah terlibat dalam melaksanakan kajian penilaian bagi dua projek pembangunan fizikal berskala besar di Selatan Johor.

Dan kedua-dua projek itu sudah cukup untuk mengajarnya bahawa pengetahuan teknikal yang dimiliki insan-insan sepertinya kadangkala tidak berharga berbanding keuntungan wang ringgit yang disasar pelanggan yang rata-ratanya pemaju projek. Sudahnya perunding sepertinya diminta menggunakan kemahiran yang ada untuk mengeksploitasi data dan menyembunyikan dapatan kajian yang dilaksanakan sehingga semuanya tampak cantik dan baik semata-mata.

"Weh Fatihah! Bila kau balik? Senyap je! Salam pun tak bagi. Terkejut aku tiba-tiba nampak ada minah ambil port aku bercinta dengan boyfriend Korea aku petang-petang ni!" Sapa Nuris yang muncul dari balik dapur dengan muk berisi milo panas menyedarkan Nurul Fatihah dari menung yang panjang.

"Saya baru balik Nuris... sorry, letih sikit hari ni..." Fatihah hanya menjawab perlahan.

Duduknya dibetulkan bagi memberi laluan untuk si sahabat melabuhkan punggung di sisinya. Seperti biasa Nuris sudah siap mahu menantikan sambungan drama bersiri Korea yang diminati.

"Letih kenapa?" tanya Nuris.

"Entahlah! Penat kerja kot!"

"Tulah kau! Banyak kerja yang senang, kau nak pilih yang susah. Kerja sebagai konsultan EIA ni memang boleh jadi gila kau tau! Aku rasa masa kita belajar dulu, subjek EIA lah yang paling membosankan. Padanlah muka kau! Dapat tawaran jadi tutor kau tolak. Aku tak boleh bayangkan kalau aku kena buat kerja-kerja kau tu hari-hari. Mengadap laptop dan mengadap nombor setiap saat! Aku tengok dokumen-dokumen EIA yang kau bawa balik tu pun dah takut tau! Tebal nak mampus! Boleh Alzheimer aku muda-muda ni kalau dapat kerja macam kau tu! Tengok macam aku ni, kerja aku rileks je... cakap, cakap, cakap, kalau nasib baik, masuklah duit! Haha!"

DIA FATIHAHKUWhere stories live. Discover now