BAB 6

352 8 0
                                    

"SORRY for the smell... tumpah tadi..." Alvin Tan cuba mengurangkan rasa tidak selesa dalam keretanya akibat bau arak yang ditumpahkan tadi. Alas kaki yang kebasahan juga sudah dipindahkan ke but kereta.

"It's ok..." Fatihah hanya mengangguk perlahan, memahami. Tali pinggang kaledar dipasangkan sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan dalam kereta.

"I salin baju kejap... basah, tadi air kena baju I! Tunggu ya."

"Ok!"

Matanya hanya menyoroti sosok lelaki itu yang berjalan menuju ke belakang kereta. Sedikit pelik. Kenapa sampai nak tukar pakaian pula? Bukannya nak ke mana-mana pun.

Dan tak sampai seminit, lelaki itu sudah kembali melabuhkan punggung di sebelahnya. Harum! Rambutnya sudah tersikat rapi. Macam nak pergi dating pula gayanya.

"Ok! I'm ready... let's go!" Gear dimasukkan dan kereta mula bergerak.

"Actually, saya ok saja tadi. Tak perlu salin baju pun tak apa. Rumah saya tak jauh mana pun." Fatihah bersuara, cuba mencipta selesa dengan lelaki asing itu.

"It's ok." Alvin Tan mempamerkan senyum manis buat wanita yang mula mengisi ruang hatinya... teruja!

Fatihah turut tersenyum.

"Tapi, I belum makan lagi. Boleh Cik Fatihah temankan I makan? Mesti you pun belum makan kan?" Alvin mula mencari helah untuk berlama-lamaan dengan si gadis. Mahu lebih mengenali gadis itu.

"Errr... dah lewat ni. Saya tak makan lewat-lewat macam ni. Lagipun tak manis kalau saya sampai lewat ke rumah... nanti apa pula orang cakap." Fatihah serba salah. Itu bukan sebahagian dari perancangan asalnya.

"Orang cakap? Siapa yang nak cakap? Perut lapar mesti diisi kan? Takkan orang yang cakap-cakap tu nak isi?" Alvin buat-buat tak faham. Kenapa perlu ikut apa orang cakap?

"Tapi, saya tak biasa..." Fatihah sekali lagi cuba menolak.

"Never mind... you'll get used to it!" Alvin Tan terus meninggalkan noktah pada alasan Fatihah.

"Hantar saya balik terus... tadi encik dah janji nak hantarkan saya balik." Jawapan Alvin membuat Fatihah cemas.

"I'm sorry... but please Cik Fatihah... You never know what I've gone through today... I really need someone with me now... at least tonight." Alvin Tan cuba memujuk.

"Hah? Tonight?! Encik Alvin nak buat apa dengan saya malam ni? Encik ingat saya ni perempuan macam mana? Sampai nak minta saya temankan malam ni! Bukan tadi encik janji nak hantar saya balik saja?! Berhentikan kereta di sini. Saya nak turun. Saya boleh balik sendiri!"

Bagai mahu tersembul biji mata Fatihah saat mendengarkan kata-kata Alvin Tan. Berani sungguh lelaki itu mengajaknya bermalam malam ini. Gila atau apa?

"No! Bukan itu maksud saya miss... I cuma nak you temankan I makan..." Alvin Tan cuba meredakan kebimbangan Fatihah. Tak habis-habis dengan kalutnya!

"Lepas makan nak buat apa pula?!" Fatihah terus bimbang. Dibuatnya lelaki itu cuba ambil kesempatan, diletakkan ubat tidur dalam minumannya nanti. Angkut dia ke hotel mana-mana entah... nauzubillah!

"Tak ada apa-apa... I hantar cik balik lepas makan nanti... janji! I bukan macam yang you fikir... jangan salah faham pada I! Do I look like a monster or an evil to you? You fikir I akan buat jahat pada orang yang dah bantu I?" Kali ni Alvin Tan mengerutkan dahinya memandang Fatihah yang mula bergerak menjauhinya.

DIA FATIHAHKUWhere stories live. Discover now