BAB 12

350 7 2
                                    

LELAKI yang kian menjauh darinya itu dikejar.

"Alvin, Fatihah tak tahu macam mana Alvin tahu... tapi Fatihah minta maaf! Bukan niat Fatihah,"

"Who is he Fatihah?" Alvin memotong. Dadanya begitu sakit. Lebih sakit daripada melihat Fatihah melemparkan senyuman kepada pelayan lelaki di Serabei tadi.

"Errr..." Serba salah.

"Jujur dengan Alvin, siapa Arif Rizqi dalam hidup Fatihah?" Mata lelaki itu mula berkaca. Menahan air hangat dari tumpah.

"Maafkan Fatihah... but, can we just forget about him Alvin?" Jam di tangannya dipandang lama. Tepat 3.30 petang. Masa yang berlalu tak seharusnya dibazirkan begitu...

"That's not the answer. My question is who is Arif Rizqi to you?! Dan kenapa dia ada antara kita? Kenapa dalam kepala Fatihah penuh dengan nama tu? Kenapa?!" Suara Alvin Tan mula meninggi. Membuatkan Fatihah kembali tersentak.

Akhirnya tangan yang digenggam menahan sakit di hati membuatkan titisan jernih mengalir perlahan dari kelopak mata.

"Arif Rizqi kekasih Fatihah sejak kecil. Dia sekarang belajar di Mesir. Kami akan berkahwin tak lama lagi."

Dush! Bagai dihentak batu yang keras berapi. Alvin Tan terus membiarkan air matanya mengalir!

"Dan Fatihah bersetuju dengan permintaan Alvin hari ni sebab Arif Rizqi. Sebab Fatihah nak bagitahu Alvin yang Fatihah tak mungkin dapat terima Alvin lebih dari sebagai seorang kawan. Esok keluarga Arif akan datang meminang. Fatihah akan jadi isteri Arif Rizqi tak lama lagi. Maafkan Fatihah, Alvin!"

Tanpa sebarang kata, Alvin Tan terus melangkah meninggalkan Fatihah dengan hati yang parah terluka. Biarpun dia bukan berbangsa Melayu, namun perkataan 'meminang' itu cukup untuk buat dia faham yang Fatihah akan disunting oleh Arif Rizqi tak lama lagi.

Argh! Mudah sungguh dia diperdaya! Mudah sungguh Tuhan mempermainkan perasaannya! Kenapa dirinya terlalu bodoh kerana menganggap gadis itu hadiah dari Tuhan?

Dan air mata Fatihah turut mengalir sama mengiringi kekasih satu harinya yang hampa.

ARIF Rizqi diterpa resah apabila nombor telefon Nurul Fatihah yang didail tidak berjawab sejak tadi.

Nuris juga telah dihubungi. Nuris juga tidak ada sebarang jawapan ke manakah sahabat serumahnya berada ketika itu. Yang diberitahu kepadanya, Nurul Fatihah bersiap cantik untuk keluar awal pagi ini. Sesuatu keadaan yang luar biasa.

"Mana awak Tihah?"

"ALVIN, please! Jangan macam ni... please Alvin..." Fatihah terkedu melihatkan begitu mudah lelaki itu mengalirkan air mata air.

"Alvin... Fatihah minta maaf. Fatihah dah cuba bagitahu dari awal yang perhubungan kita tak mungkin lebih dari sekadar kawan. Fatihah hargai semua yang Alvin buat untuk Fatihah."

"I've lost everything! Just like that! I was not given any chance. It's so painful Fatihah! You'll never understand," air mata semakin laju turun mengiringi setiap butir bicaranya.

Membuat air jernih kembali terbit dari tubir mata Fatihah.

"Alvin..." tangan kanan lelaki itu yang masih kemas bersarung digenggam.

Alangkah bagusnya kalau saat itu dia mampu mengubat segala kelukaan di hati Alvin Tan. Tidak sanggup rasanya membiarkan lelaki itu terus-terus kecewa begitu. Tetapi apakan daya, hatinya sudah tersimpul mati buat Arif Rizqi.

"I didn't ask to feel this way about you."

"I know Alvin... pasti ada hikmahnya. Everything happen for a reason..."

DIA FATIHAHKUWhere stories live. Discover now