FATIHAH menggeleng-gelengkan kepalanya untuk yang entah keberapa kali dek kerana buntu dengan keadaan dirinya kini. Sukar betul mahu membuatkan Alvin Tan faham dengan pendiriannya. Sungguh dia pelik bagaimana dalam cuma tujuh hari Alvin sudah berani mahu mengajaknya berkahwin.
Padahal terang-terangan hatinya bukan untuk lelaki itu dan paling tidak munasabah, mereka berlainan bangsa dan agama! Walaupun dia tidak benar-benar kenal lelaki itu, namun sekali pandang apa yang tersarung di tubuh lelaki itu, pastinya Alvin Tan bukanlah orang sembarangan. Pasti berharta. Pasti jauh lebih berharta dari dirinya. Ikut lojik, lelaki itu mampu saja memiliki mana-mana perempuan pun untuk dirinya sendiri. Yang jauh lebih bijak, cantik dan berharta.
Tapi mengapa lelaki itu masih sahaja mahu mengejarnya? Hanya kerana pertolongannya malam itu? Sudah ditolak, namun Alvin Tan tak pernah berputus asa. Disangka dirinya seorang yang degil, tapi nyata Alvin Tan berganda jauh lebih keras kepala darinya! Bila diulang tanya, jawapan lelaki itu sama, dia adalah kiriman Tuhan. Biar betul?
'Salahkah aku melukakan hatinya? Tapi lebih baik berterus terang daripada meletakkan harapan palsu kepadanya, kan? Tapi jika aku tidak punya sebarang perasaan padanya, kenapa hatiku dan perasaanku kacau setiap kali dia muncul? Kenapa aku seringkali teringat-ingatkan dirinya? Argh! Parah! Tapi, bagaimana jika apa yang dikatakannya benar? Bagaimana jika aku ini benar-benar kiriman Tuhan untuknya. Oh! Tak mungkin! Untuk apa aku dikirim Tuhan kepadanya? Katanya dia cari Tuhan, tapi tak jumpa! Dia jumpa aku. Aku boleh bawa dia kepada Tuhan? Benarkah begitu? Sedangkan agama kami tidak sama!' Berbondong-bondong persoalan menerjah mindanya sejak pertemuan kesepuluh mereka tempoh hari.
Sesekali kepalanya yang tidak gatal digaru. Cuba mencari jawapan. Adakalanya mahu saja dimarahkan lelaki itu. Namun kerana kejujuran dan kesungguhan Alvin Tan yang tidak bertepi, marahnya pada lelaki itu pun dengan mudahnya melayang pergi. Diganti simpati. Simpati kerana lelaki itu terus-terus dikecewakan dengan jawapan 'tidak' darinya atas setiap permintaan.
Akhirnya, petang itu, dirinya tewas jua pada permintaan lelaki itu. Dia berharap persetujuannya kali ini mampu membuatkan lelaki itu benar-benar faham bahawa hatinya tidak pernah ada untuk lelaki itu dan sememangnya dia bukanlah jodoh yang diharapkan.
"OK Fatihah, I faham... saya tak akan ganggu Fatihah lagi. Cuma saya ada satu permintaan..." Wajah muram Alvin Tan terserlah saat Fatihah berterus terang tentang permintaan yang tak akan mampu ditunaikannya.
"Permintaan apa lagi Alvin? Banyak betul permintaan you... tak habis-habis!" Fatihah mengeluh sendiri. Sudah faham dengan helah lelaki Cina di hadapannya itu. Sebulan kebelakangan ini hidupnya jadi kacau dengan kehadiran lelaki itu.
"I janji tak akan kacau you lagi lepas ni... trust me. Tapi tunaikan satu permintaan I... be my girlfriend, for just one day... only one day! Please..." Alvin menemukan kedua-dua tapak tangannya di hadapan wajah Fatihah. Matanya bulat merayu...
"Seriously? You are crazy Alvin! Simply no. Saya tak akan ikut permintaan awak Alvin... you are too much! You ingat semua ni main-main kan?" Fatihah menyilangkan tangannya ke dada. Kepalanya dipalingkan dari memandang wajah Alvin. Marah! Lelaki itu memang tak pernah kenal erti putus asa.
"This time I janji dengan you. I just want to be your boyfriend for 24 hours... only 24 hours. Let me... please! Then you are free! Free from me... I tak akan ganggu you lagi... sumpah!" Kali ini tapak tangan kanannya di angkat ke paras dada yang ditegapkan. Gaya bersumpah.
"No Alvin!"
"Please Fatihah..."
"No!"
YOU ARE READING
DIA FATIHAHKU
RomanceAda mamat Cina ni, nama dia Alvin Tan. Alvin ni suka kat budak perempuan bernama Nurul Fatihah, sebab ada satu insiden berlaku buatkan dia kata Tuhan yang hantar Fatihah kat dia, jadi Fatihah kena kahwin dan jadi milik dia sepenuhnya. Sejak dari per...