GENGGAMAN tangan Alvin terus padu. Menampakkan jelas urat-urat kehijauan yang merening dari balik kulit putihnya. Tulang rahangnya sesekali tampak bergerak-gerak dek geseran giginya yang terkacip rapat menahan bengis di hati. Dadanya berombak kuat. Wajahnya diselubungi amarah yang membara. Matanya yang beralis hitam pekat mencerlung tajam ke arah pantulan wajah sendiri di cermin berbingkai kayu mahogani itu.
Sungguh dia benci pada sosok lelaki yang sedang berdiri di hadapannya kini. Kerana lelaki itulah Teraju Holdings kian merudum. Nama Raymond Tan semakin dilupakan dan mungkin akan terus lupus dari sejarah syarikat konglomerat tersebut. Syarikat yang pernah menguasai pasaran rantau Asia Pasifik suatu masa lalu mungkin akan menjadi debu-debu yang berterbangan dibawa angin senja.
Dia sudah lelah mencuba. Lima tahun dia korbankan segala-galanya untuk Teraju Holdings! Semata-mata demi menyambung legasi mendiang ayahnya. Wasiat mendiang ayahnya yang dibacakan Dato' Wira lima tahun lalu membuktikan bahawa ayahnya masih sayang dan percaya akan dirinya, biarpun dia dipulaukan lelaki itu sekian lama.
Wasiat tersebut meletakkan namanya sebagai pemegang segala aset dan saham milik Tan Sri Raymond Tan di Teraju Holdings. Wasiat itu hadir bersama sebuah amanah dan tanggungjawab yang sungguh berat. Dan yang pasti, wasiat itulah juga yang membuatkan mata-mata Ahli Lembaga Syarikat Teraju Holdings buntang tidak percaya, terutamanya Tan Sri Shahidan.
Alvin Tan sambut amanah itu dengan berhati-hati. Dia berjanji untuk meneruskan legasi ayahnya di Teraju Holdings biarpun kehadirannya di dalam syarikat itu bagai tidak dialu-alukan. Memadam terus cita-cita dan minatnya dalam bidang seni bina bangunan, Alvin Tan cuba bertatih dalam bidang barunya ini. Jatuh, bangun dan jatuh lagi! Berulang kali...
Namun nyata, itu bukan bakatnya! Segala usahanya untuk memajukan Teraju Holdings bagaikan sia-sia. Satu persatu perancangannya membuahkan kegagalan. Tidak pernah berjalan seperti yang dirancangkan. Bagai ada sesuatu yang mencatur hidupnya di Teraju Holdings.
Tapi siapa?
"HEY Alvin! See what you've done! This is too much!" Jerkah Tan Sri Shahidan, rakan kongsi dan juga pemegang saham syarikat Teraju Holdings yang kedua terbesar saat melangkah masuk ke pejabatnya pagi itu.
Surat khabar yang tergulung di tangan dilempar ke arah Alvin Tan.
"Our major investors from Singapore pulled out their investments! It was all because of your stupid decision on Bandarimba!"
Lelaki berusia 58 tahun itu merupakan sahabat karib ayahnya sejak mereka sama-sama melanjutkan pengajian di universiti dahulu. Syarikat yang ditubuhkan bersama mendiang ayahnya 34 tahun lalu hanya bermula sebagai syarikat pembekal alat tulis, Teraju Enterprise. Akhirnya berkat usaha gigih tanpa mengira penat lelah, Teraju Holdings tertubuh tiga tahun selepas itu.
"This is no longer a business issue Alvin! It's already a national issue! Now our neighbour is bringing our country to ICJ! It's International Court of Justice, Alvin! We are facing international legal issues here! This is no joke youn man!"
Alvin mula meraup wajahnya. Resah. Muka depan surat khabar yang dilemparkan Tan Sri Rahman mencuri perhatiannya.
'Spillage was confirmed originated from Bandarimba Reclamation Project by Teraju Holdings-say's Johor Bahru Mayor.'
Bandarimba, projek pembangunan bercampur di atas tanah tambak oleh syarikatnya yang hampir siap tiga bulan lagi kini berhadapan dengan dakwaan kerana menyebabkan limpahan bahan tambakan ke perairan negara jiran. Alvin sedar yang kata-kata Tan Sri Shahidan semuanya benar belaka.
Kerana keputusannya yang terburu-buru sebelum ini, dia sendiri terpaksa menyaksikan angka-angka saham syarikatnya merudum. Itupun hanya dalam masa seminggu selepas keputusan analisa kajian dasar laut di kawasan perairan Bandarimba diperoleh Kerajaan. Keadaan bertambah buruk apabila pelabur utama syarikatnya yang kebanyakannya dari Singapura dan China menarik semula pelaburan mereka akibat insiden tersebut.
Kebisuan Alvin membuatkan Tan Sri Shahidan semakin hilang sabar.
"Listen Alvin, you will never be your father! Never! You've ruined his dreams in just a few years! All his hard works perished just like that! What are you thinking of yourself Alvin?! You're repeating your mistakes purposely, right?!"
Bisu...
"You know what Alvin, I think whatever happened to Teraju Holdings is not your fault in the first place..."
Alvin mengangkat muka memandang Tan Sri Shahidan. Cuba mencari tahu apa yang cuba disampaikan lelaki yang penuh sinis itu. Apa maksudnya 'was not your fault?'
"It was totally his fault, Alvin! It was his mistake. His biggest mistake is to let you take over everything! Kalau bukan sebab wasiat tu, Teraju Holdings takkan melingkup macam ni! You're such a selfish and arrogant brat! And, for me, you were his worst luck!"
Dum!
Kali ini kata-kata Tan Sri Shahidan benar-benar mengusik amarah yang menunggu masa untuk meledak.
"Hey old man, stop the bragging and listen here! Who do you think is wiser than Raymond Tan in Teraju Holdings? Do you think it's you, huh?! Then, if really it's you he trusted, your name will definitely goes after his name in all his wills, so do all this wealth, old man! After all you're his best buddy, right? Unfortunately, that's not the case you see! And I was wondering, why such a wise Raymond Tan chose me rather than his own best friend, whom he built Teraju Holdings with... why? Tell me why Tan Sri Shahidan?!"
Kehilangan sabar, mulutnya melemparkan sahaja kata-kata yang selama ini menjadi tanda tanya di hatinya buat lelaki itu. Juga bagi membalas kesakitan hatinya sendiri. Wajah sinisnya turut sengaja diukir demi membuatkan dada Tan Sri Shahidan melahar sama! Cukuplah lelaki itu mencabar kejantanannya.
'Bum!'
"Kurang ajar punya budak! Bodoh! Go to hell!" Tan Sri Shahidan yang berada di kemuncak amarah menumbuk kuat meja di hadapannya sebelum melangkah laju untuk keluar dari pejabat Alvin Tan. Pintu pejabat turut dihempas kuat menyahut sindiran Alvin Tan kepadanya.
Dia tekad, cukuplah dia bersabar selama ini. Menguruskan lelaki mudah itu tak semudah yang disangka!
"DATUK, ada panggilan telefon dari Dato' Wira..." Sapaan Aira, setiausahanya menyentak Alvin dari lamunan amarahnya.
Dan panggilan dari peguam syarikatnya petang itu telah merubah hidupnya sekali lagi! Panggilan yang membenarkan segala tohmahan dan cacian Tan Sri Shahidan ke atasnya pagi tadi.
Setelah lima tahun, akhirnya dia bakal diusir dari Teraju Holdings. Keputusan tersebut akan membuatkan dirinya tidak punya apa-apa lagi di Teraju Holdings. Hatta kerusi empuk yang sedang diduduki itu.
Dan paling menyakitkan, bukan setakat kekecewaan yang akan ditiupkan ke hati ibu dan adiknya, tetapi amanah dan harapan terakhir mendiang ayahnya, Raymond Tan padanya akan turut tenggelam bersama berita yang diterima tersebut. Argh! Kesakitan itu berganda-ganda lebih perit daripada dibuang keluarga dan terpaksa hidup bergelandang di jalanan suatu ketika dahulu.
'He is right Alvin, you'are such a useless brat!' Marahkan dirinya, kini air mata kesal dibiarkan mengalir jatuh dari mata sepetnya.
'Oh God! Help me please! Where are you God?!Help!!!'
***
Kali ini kita berkenalan dengan Alvin Tan pulak! :)
Jangan lupa senyum kalau suka...
Salam sayang,
Michiko Ohara
YOU ARE READING
DIA FATIHAHKU
RomanceAda mamat Cina ni, nama dia Alvin Tan. Alvin ni suka kat budak perempuan bernama Nurul Fatihah, sebab ada satu insiden berlaku buatkan dia kata Tuhan yang hantar Fatihah kat dia, jadi Fatihah kena kahwin dan jadi milik dia sepenuhnya. Sejak dari per...