BAB 9

327 6 0
                                    

"FATIHAH, kau tak tengok ke video live artis kesukaan kau, Ikram Dinzly yang tengah viral sekarang ni? Tadi keluar Melodi tau dia..." Nuris menegur si sahabat yang baru selesai menggoreng nasi untuk makan tengahari mereka.

"Tak! Pernah tertengok sekejap awal-awal dulu. Lepas tu memang tak mahu tengok langsung-langsung dah..." Fatihah menjawab bersahaja.

Dia ada beberapa kali terbaca isu terkini artis kegemarannya itu. Pernah juga terlihat video yang diviralkan seminit dua sebelum memilih untuk menutup terus video tersebut.

"Kenapa? Bukan kau suka tengok dia berlakon ke?"

Nuris pelik dengan reaksi sahabat serumahnya itu. Nasi goreng kampung air tangan Fatihah dicedok. Tak sabar mahu menjamah. Masak apa pun sedap sahabatnya ini.

"Ya, tapi saya tak mahu tengok aurat dia..."

Ikatan rambut paras belikat dirapikan semula. Siap untuk menyertai Nuris yang sudah semulut mengunyah nasi gorengnya.

"Kenapa pula? Bukanlah dia sampai bogel dalam video tu," dengan mulut yang masih penuh Nuris bertanya lanjut.

Sukar diteka sahabatnya yang seorang ini. Pemikiran Fatihah kadang-kadang tak terjangkau dek akalnya. Banyak juga dia belajar tentang falsafah hidup daripada sahabatnya yang lebih banyak menghabiskan masa membaca buku. Tidak sekaki dengannya yang suka menonton drama Korea dan drama bersiri adaptasi novel yang sedang trend sekarang.

"Errr... aurat maksud saya tu aib, Nuris. Kita orang Islam ni kan disuruh tundukkan pandangan daripada memandang aib orang lain. Biarpun dia sengaja mendedahkannya macam dia tu. Kalau tak sengaja tengok sekali tak apalah, tapi lepas tu tengok dua kali, tiga kali, kira tak betul dah sebab kita sengaja."

"Aku tak faham. Tapi, kau kena tengok Fatihah. Dasyat kot! Aksi dia tu banyak yang ada unsur-unsur lucah tau! Tak sanggup nak tengok. Tapi aku tengok jugalah, huhu! Ramai kot yang view setiap kali dia live. Ribu-ribu..."

"Aduh! Sebab tu saya sebut aurat. Aurat ni bukan sekadar bahagian badan yang patut ditutup. Tapi ia juga bermaksud segala sesuatu yang boleh menjadikan seseorang malu atau mendapat aib. Aib atau aurat ni memang Islam suruh tutup selagi mampu sebab aib ini selalunya menjadi santapan nafsu dalam diri manusia. Macam perempuan kalau pakai seksi-seksi dedah sana sini tu, kenapa Islam suruh tutup? Sebabnya bahagian-bahagian yang terdedah itu akan jadi makanan nafsu insan yang dipandang dan memandang. Yang dipandang rasa hebat, yang memandang rasa puas! Nafsu yang buat manusia suka tengok semua tu. Nafsu jadi terhibur. Lama-lama tengok, nafsu semakin kuat sebab dah dapat 'makanan' dia. Bila nafsu dalam diri tu lebih kuat, sifat insaniah dalam diri jadi lemah dan hati kita jadi rosak. Manusia yang jiwanya dikuasai nafsu akan cenderung untuk buat perkara-perkara yang dimurkai Allah." Fatihah mula berceramah.

Hatinya sakit bila mengenangkan sikap masyarakat yang kerap kali menyokong isu-isu viral walaupun isu itu tidak mendatangkan faedah dan mengaibkan orang lain. Masyarakat kita seperti terhibur dengan isu-isu sebegitu.

"Tapi..." Nuris tidak mahu mengalah. Tazkirah Fatihah tidak dipedulikan. Faham sangat dengan sahabatnya ini bila ada satu-satu isu yang menarik perhatiannya.

"Hrm... kes Ikram ni pun salah satu contohnya. Orang akan tetap nak tengok aib orang tu walaupun mulut dan hati kata benci dan meluat nak tengok kelakuan dia. Sebab aib dia tu adalah makanan nafsu dalam ni. Nafsu memang suka sangat tengok semua perkara-perkara yang mengaibkan ni!" Fatihah terus menyambung. Mahu memahamkan si sahabat.

"Tapi kan, kesian dia tau! Ada orang cakap dia belajar ajaran sesat. Ada yang kata dia gila sebab sedih sangat bila ayah dia meninggal. Mufti Selangor siap hantar surat terbuka untuk panggil dia datang berjumpa tau! Aku rasa memang dia macam sesatlah. Berguru tak habis! Lepas tu ayah dia meninggal pula! Tu yang dia jadi gila. Gila isin orang tua-tua kata!" Nuris tetap dengan ceritanya.

DIA FATIHAHKUWhere stories live. Discover now