BAB 13

295 3 0
                                    

FATIHAH terus terlena nyenyak sebaik saja badannya dibaringkan ke atas tilam empuk itu. Hanya terjaga kembali jam 3.00 petang dek panggilan telefon yang bertubi-tubi berbunyi dari tadi.

"Assalamualaikum Fatihah..."

"Waalaikumussalam Arif..."

"Tihah pergi mana? Semalaman Arif telefon tak dapat. Nuris telefon pun tak dapat. Arif susah hati. Macam orang gila Arif sepanjang hari..."

"Maafkan Tihah, Arif! Semalam Tihah ada kerja. Terlupa bawa telefon..." Fatihah menjawab jujur. Benar dia terlupa membawa telefon bimbitnya semalam. Tertinggal di bawah bantal kepalanya.

"Kerja apa? Tihah keluar dengan siapa? Lelaki ke perempuan?"

"Errr..." Kelu.

Nak bercakap yang benar takut lain pula yang disangka Arif padanya. Kalau dia di tempat Arif pasti dia juga tidak setuju dengan tindakannya keluar berdua-duaan dengan Alvin semalaman.

"Tihah?"

"Maafkan Tihah, Arif. Tihah dah balik. Tihah ok. Tadi balik terus terlena. Letih..."

"Hrm... ibu dengan ayah dan pergi berbincang dengan umi dan abi pagi tadi. Pasal majlis kita. Kami semua risau bila tak dapat hubungi Tihah dari semalam. Nasib baik pagi ni Nuris cakap Tihah dah ada kat rumah. Tolonglah jangan buat macam ni lagi. Arif risau Tihah..." Panjang bebelan Arif padanya kali ini. Suaranya juga sedikit tinggi.

'Astaghfirullah... macam mana aku boleh lupa langsung nak call ibu pasal tu! Aduh!' Kesal menerpa. Dia boleh terlupa langsung akan perkara sebesar itu!

"Tihah salah pada semua, Tihah pentingkan diri..." Fatihah bersuara lemah.

"Bukan itu maksud Arif... tapi tak apalah. Maaf sebab Arif bising-bising pada Tihah tadi. Arif risau sangat! Tihah hilang sehari sebelum ibu dengan ayah nak pergi merisik. Arif takut tiba-tiba Tihah berubah hati. Dah tak mahu jadi isteri Arif lagi..." Itulah yang bermain-main di fikirannya semalam.

"Tak... Tihah ok! Cuma pasal semalam tu..."

"Tak apalah... Tihah dah balik ni pun alhamdulillah. Ibu dan ayah dah sampai rumah tu. Tarikh dah ditetapkan. Kita buat majlis bertunang hari Sabtu, 20 Ogos ni. Mungkin dalam pukul 10.00 pagi rombongan Arif sampai rumah Tihah..."

"Oh! Ok..." Jawabnya ringkas. Entah apa yang bermain-main di kepalanya saat itu. Tiada keterujaan di hati seperti selalu.

"Tihah ok ke? Macam tak happy je!"

"Eh taklah! Tihah ok. Cuma tengah fikir nak minta cuti dua tiga hari sebelum tu. Nak balik kampung buat persiapan..."

"Oh! Jangan ambil cuti lama sangat untuk majlis bertunang tu..."

"Kenapa? Kesianlah pada umi dengan abi nak buat semua..."

"Kita buat kecil-kecil je Tihah. Sebab seminggu lepas tu, 27 Ogos kita terus buat akad nikah dan majlis resepsi dua-dua pihak..."

"Hah?! Cepatnya?"

"Eh, bukan kita memang rancang macam tu ke? Kan Tihah juga yang kata ok untuk cepatkan majlis pernikahan kita, sebelum Arif balik semula ke sini. Arif balik sini seminggu lepas tu."

"Oh, ok!" Perasaan Fatihah masih kosong saat itu. Kepalanya terasa sakit dek berjaga semalaman.

"Tihah... Tihah ok ke ni?"

"Sorry Arif. Mungkin Tihah letih sangat semalam. Tihah nak mandi dulu. Zuhur pun belum lagi ni. Baru bangun tidur. Sekejap lagi, lepas selesai Asar Tihah telefon Arif semula ya!"

DIA FATIHAHKUWhere stories live. Discover now