"Astaghfirullahal'adzim! You buat apa dengan I Alvin? Apa semua ni Alvin?!" Fatihah yang baharu terjaga dari lenanya terus menjerit terkejut!
Matanya mencerlung memandang sosok kekar yang hanya bersinglet dan berseluar pendek dipinggir tingkap. Sekilas pandang, Fatihah tahu mereka bukan berada di rumahnya. Pasti mereka berada dalam sebuah bilik hotel. Atau apartment. Mungkin juga kondominium.
Dada Fatihah sakit, kalut menahan debar. Angin entah dari mana memukul belakang telinganya, membuat rambutnya terbuai menutupi dahi.
'Ya Allah, aku tidak bertudung!'
Kelam kabut, tuala di hujung katil dicapai untuk diletakkan di atas kepala. Mahu menutup setiap helai rambut hitam ikalnya yang berjuntaian. Tudungnya hilang entah ke mana. Pakaiannya juga terlihat sudah berganti.
Biarpun dia baru terjaga dari tidur, tapi dia belum mamai! Dia ingat jelas tentang semalam. Lelaki Cina itu menawarkan diri menghantarnya ke rumah apabila mereka terserempak di stesen bas. Dia percayakan lelaki itu. Biarpun sudah hampir dua bulan mereka tidak berjumpa dan berhubungan, tapi dia tahu lelaki bernama Alvin itu seorang lelaki budiman. Tapi entah di mana silapnya, sangkaan baiknya pada lelaki berwajah suci itu meleset sama sekali.
Alvin mengatur langkah maju ke arah gadis idaman. Mulutnya terus dikunci membiarkan Fatihah berteka teki sendiri.
"Alvin! Ya Allah! Apa you nak buat pada I Alvin?! Astaghfirullah! Allah... awak dah gila ke Alvin?!" Fatihah terus menjerit! Dia berundur ke belakang, cuba mencapai pasu kristal merah di atas meja sisi katil. Siap mahu melindungi diri jika perlu.
Kelopaknya matanya panas. Namun, hatinya lebih panas. Mendidih melihatkan lelaki itu terus bersahaja mengukir senyuman sinis padanya.
"Jangan dekat dengan I Alvin! I jerit! I pukul you! I... I," Fatihah kehilangan kata.
Tuala dikemaskan di kepala. Tangan kanan sedia untuk menghayun senjata. Namun Alvin terus mara bagai tiada apa yang mampu menghalangnya.
"You won't Fatihah... you won't!" Alvin terus yakin.
"Apa you buat kat I Alvin? Cakap dengan I! Bagitahu I!!! Kenapa I ada di sini dengan you?! You were supposed to send me home last night, kan?!" Fatihah masih berusaha mengatur kata dalam getar suaranya saat Alvin mula mendarat di atas katil, kurang tiga jengkal sahaja darinya.
"Jangan main-mainkan I. This is just another magic trick from you, kan?! Alvin..." Tanpa sebarang amaran, dua ulas bibirnya terus dikunci bibir hangat Alvin. Lama. Membuat Fatihah terpaku, kaku.
"No my love... we were supposed to spend our night together last night! As you wish! And yes, we did! We slept. Together! We've made love to each other. And you loved it as much as I do! Thank you my dear..." Alvin membisikkan suara garaunya di pinggir cuping telinga Fatihah setelah bibir mungil itu dilepaskan.
Fatihah tergeleng-geleng tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarinya. Badan Alvin ditolak kasar. Bibirnya digosok kuat! Jijik dengan apa yang baru sahaja berlaku!
"Masyaallah! Alvin! Aku masih waras Alvin! Aku takkan buat benda-benda bodoh semua tu! Jahatnya kau! Zalimnya kau! Apa dosa aku pada kau Alvin sampai kau buat aku macam ni?! Memang kau ni dasar kafir laknatullah! Allahu!" Fatihah terus meraung sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah lelaki yang paling dibencinya saat ini.
Tubuhnya terus lemah. Air mata dibiarkan jatuh membuak-buak membasahi pipinya. Badannya terhinggut-hinggut mengongoi bagai anak-anak kecil. Menangisi segenap takdir yang ditulis untuk dirinya.
Tidak cukupkah kesakitan yang bertimpa-timpa datang meranapkan segenap impian dan harapan bahagianya selama ini? Kini maruah wanitanya pula sedang dicabuli lelaki yang disangkanya boleh melindungi! Nyata dia silap sama sekali.
'Apa dosa Fatihah, Allah! Kenapa Allah uji Fatihah macam ni? Fatihah sakit Ya Allah! Sakitnya...' Rintih Fatihah di dalam hati. Terus jijik dengan tubuh badannya sendiri.
Dan Alvin Tan hanya mampu memandang. Kesalnya datang bertandang. Gadis yang dicintai sedang disakiti... disakiti dirinya yang tegar mencintai!
'Maafkan Alvin Fatihah, Alvin terpaksa. Alvin tak mahu hilang Fatihah lagi!' Alvin juga hanya mampu berbicara di dalam kebisuan. Tangisan hatinya tak mungkin ada siapa dapat mengerti...
Dalam kalut dengan air mata kecewa dan amarah itu... tiba-tiba...
'Ting tong' Loceng berbunyi! Ada tamu? Siapa?
"UMI! Abi! Tengok ni!" Dari kejauhan Naufal menjerit sambil berlari termengah-mengah dengan surat khabar di tangan. Mencari ibu dan ayah yang kebiasaannya sedang duduk bersarapan di dapur.
Rutin hariannya membelikan surat khabar dari kedai Pak Dollah pagi itu sekali lagi bakal menjadi tragedi mengaibkan untuk mereka sekeluarga. Dirinya tidak mampu berfikir panjang lagi! Panas hatinya dengan berita muka hadapan surat khabar tersebut. Sungguh-sungguh tidak disangka! Mulut orang kampung yang bercerita tentang majlis pertunangan kakaknya yang tak menjadi tempoh hari pun masih belum dapat ditutup.
"Umi, abi, tengok ni... tengoklah! Anak kesayangan umi dengan abi tu!"
Naufal memuncungkan bibirnya ke arah surat khabar yang sudah terpempang di hadapan kedua-dua orang tuanya. Masih termengah-mengah mencuri nafas.
Haji Rahmat dan Hajah Sakinah yang terpinga-pinga dengan kemunculan anak lelakinya entah dari mana, sampai terbangun sama-sama mahu membaca tajuk besar yang tertulis dan gambar yang terpampang di hadapan mereka.
'Pewaris Syarikat Konglomerat Bergelar Datuk Dicekup Bersama Gadis Melayu'
Lemah lutut kedua-duanya saat membacakan nama-nama yang tertera dalam artikel tersebut.
'Datuk Alvin Tan' dan 'Nurul Fatihah Rahmat'
Serentak dengan itu, telefon bimbit di poket baju Melayunya turut berdering. Berkali-kali.
***
Oh! No way! Apa yang kau dah buat nih Alvin? Kau ni menutup peluang sendiri lah! Kesian gile kat Fatihah. Sekelip mata jadi famous seMalaysia. Sian jugak kat mak ayah dia. Kau ni memang pentingkan diri kau lah ALvin!
Argh!
Whats next please?
Nak tahu sambungannya kenalah dapatkan novel penuh Dia Fatihahku melalui www.wasap.my/60172150389
Jangan marah ek!
Salam sayang,
Michiko Ohara
YOU ARE READING
DIA FATIHAHKU
RomanceAda mamat Cina ni, nama dia Alvin Tan. Alvin ni suka kat budak perempuan bernama Nurul Fatihah, sebab ada satu insiden berlaku buatkan dia kata Tuhan yang hantar Fatihah kat dia, jadi Fatihah kena kahwin dan jadi milik dia sepenuhnya. Sejak dari per...