BAB 2

1.4K 38 16
                                    


'It's all about finding the calm in the chaos..' – Donna Karan

"KAU stress ke ni? Baru sehari keje dah stress ke?" Intan menegur Erika yang berbaring sambil menonton filem This Means War sambil memegang fail biru di tangan kirinya. Erika mengangkat muka memandang Intan.

"Yelah tu.. muka macam mati laki ni.. apsal kau?" Intan menyambung bicaranya sambil melabuhkan duduk di atas sofa berhadapan dengan Erika yang sedang berbaring. Erika menarik nafas.

"Boss aku.."

"Kenapa dengan boss kau? High expectation towards you? Normal lah tu.. kau expect apa? Boss kau timang-timang kau ke? Please la Cik Zuyyin Erika!!" Sebelum sempat Erika menyambung ayatnya, rumah itu telah dipenuhi bebelan dari Intan.

"Oiii.. baca Quran pon ade tanda berhenti tau.. Kau ni macam peluru berpandu ni kenapa?"

"Aku kan tengah nasihatkan kau.."

"Aku tak cakap apa-apa pun lagi.. kau terus je menyerang aku bertubi-tubi ni kenapa?" Erika bangun dan membetulkan duduknya. Bebelan Intan terhenti. Wajahnya mula menayang sengih kerang busuknya.

"Apa yang kau tersengih macam kerang busuk ni?"

"Hehehe.. Ape cerita boss kau?"

"Boss aku.." Bicara Erika terhenti. Intan memandangnya dengan penuh khusyuk dan penuh perhatian.

"Boss kau ape?? Lambat la kau ni.. sejak keje ni, gagap pulak ke?" Intan mula hilang sabar melihat Erika sengaja melambatkan cerita.

"Boss aku handsome giler wehhhh.." Erika sedikit menjerit. Tiba-tiba wajahnya didarati sebuah bantal kecil.

"Hampeh!!! Handsome sangat keeee??" Intan turut menjerit kecil.

"Like thousand times yes!!!" Erika dan Intan beradu tawa.

"Bertuah lah baadan! Lepas ni beresih lah mata kauuu.."

"Giler tak? Semestinyaaa.. Jangan tanya kenapa lepas ni, aku Subuh kt office tau.."

"Over!! Nama ape boss kau tu?"

"Gibriel Hulaif Ghazali.."

"Nama pon dah kacak. Semoga nama ni muncul dalam istikharah aku malam ni.."

"Giler! Tunang kau tu kau nak letak mana?" Erika membaling bantal kecil pada Intan yang sedang berangan. Erika menjulingkan matanya ke atas. Over tau perempuan ni!

"Tunang aku letak belah kanan, Gibriel tu aku letakla belah kiri.. gituuu.."

"Mau aku carutkan je kau ni.. dahlah.. pergi mandi sana.. muka si Gibriel tu pon kau belum tengok, feeling je lebih.." Intan mencebik ke arah Erika sambil berjalan masuk ke bilik. Erika kembali membaca maklumat tentang Gibriel.

ERIKA memastikan semua keperluan Tuan Gibriel telah disusun dengan baik sebelum bossnya masuk ke pejabat.

Black coffee, checked.

Management file for meeting at 9:00 a.m., checked.

Fresh scent, checked.

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang