BAB 11

571 17 0
                                    


'It's not goodbye that hurts, but the flashbacks that follow..'

SUASANA kafe itu tenang-tenang sahaja. Erika melangkah ke ruangan dalam. Sengaja Ilham memilih ruang yang lebih privasi untuk mereka berbincang. Erika tekad. Biarlah, dia yang harus menanggung semua akibatnya, tetapi untuk memperjudikan hidupnya, adalah perkara terakhir yang akan dilakukan. Biarlah Gibriel tidak pulang lagi ke pangkuannya pun, dia tidak akan berkahwin hanya untuk menamatkan zaman bujangnya. Tidak. Tidak selagi ada rasa cinta yang membara buat Gibriel bertapak di hatinya.

"Eid.." Ilham mengangkat mukanya mendengar namanya dipanggil lembut. Erika memang tiada cacat celanya sebagai seorang perempuan. Masih mampu bertenang bertemu dengan tunang yang mengabaikannya selama tiga tahun lepas. Satu pencapaian terbaik bagi seorang wanita.

"Rika.. duduklah.. kita makan dulu ye? Eid dah order.." Ilham berbicara dengan lembut. Tujuan mereka bertemu ini adalah untuk mencari jalan penyelesaian. Harus dilakukan dengan tenang. Erika mengangguk dan melabuhkan duduk. Suasana sunyi seketika. Hanya muzik di kafe itu kedengaran begitu sentimental.

"You're so... quiet.." komen Ilham. Dia mengukirkan senyum kepada Erika. Erika hanya menarik senyuman tawar. Erika meletakkan sudu dan garfunya. Dia menyisip minumannya.

"About the picture last night.." Erika memulakan bicara. Ilham hanya mendengar sambil memandang wanita itu. Erika ini berbeza dengan Erika yang menyakiti hatinya sebulan lalu. Wanita ini kelihatan patah hati.

"I really mean it... jawapan saya masih sama walaupun awak tanya beratus kali pun.." Erika menunduk. Memerhati jemarinya sendiri.

Ilham menarik nafas. Kaca matanya dibetulkan dan turut memperbetulkan duduknya. Agar selesa dengan perbincangan ini. "I know Rika.. the moment, you fight with me about him, I've realize that you're in love with him.. Saya sengaja menyakitkan hati Gibriel.. tak tahu kenapa.." Ilham kedengaran tulus. Erika mengangkat mukanya. Nafas lega ditarik.

"Saya tak boleh tipu diri sendiri, Eid. Kita boleh bernikah, berkahwin dengan majlis yang gah tetapi hati saya bukan untuk awak.."

"Awak boleh cuba, Rika. Cuba sayangi saya macam mana awak sayangi Gibriel.."

"Takkan sama, Eid. Takkan sama.." Erika menggelengkan kepalanya. Matanya mula berkolam dengan airmata yang ditahan.

"Awak belum cuba untuk sayangkan saya dan awak kata, awak tak boleh?" keluh Ilham.

Erika menghela nafas. Wajah Ilham diperhati. Ilham bukanlah lelaki yang tidak menarik pun. Kalau Ilham tidak menghilangkan diri tiga tahun lepas, mungkin kini mereka sudah mempunyai anak bersama. Anak? Erika menggeleng.

"Kenapa menggeleng, Rika?"

"Eid, awak tahu saya madly.. deeply in love with Gibriel dan awak masih mahu saya cuba untuk sayangkan awak? Serius?" Erika mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.

Ilham ketawa kecil. 

 "Jawab soalan saya ni, kalau jawapan awak betul, kita teruskan perkahwinan kita.." Erika memandang ke arah Ilham.

"Muka awak ni yakin sangat yang jawapan saya akan salah.." Ilham menebak. Erika meletuskan tawa kecil. Terhibur dengan kata-kata Ilham itu.

"One question.." Erika mengangkat jari telunjuknya.

"Shoot!!"

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang