BAB 7

693 24 2
                                    

'Everyone wants happiness; no one wants pain. But you can't have a rainbow without a little rain.'

"JOM lahh.." Gibriel merengek-rengek di hadapannya dari tadi. Erika membuat muka keras. Jemarinya masih laju menaip minit mesyuarat yang baru habis sebentar tadi. Gibriel masih menayang muka kasihan di hadapan Erika.

"Aish.. orang tengah menaip lah. Jangan kacau boleh tak boss?" Perkataan boss itu sengaja ditekankan.

"Say yes first.." Dasar boss tak faham bahasa. Erika menjulingkan matanya. Malas melayan Gibriel.

"Hish.. bagilah saya fikir dulu.." Jemarinya masih lagi pantas menaip dengan mata yang terpaku di skrin komputer. Namun, perhatiannya sedikit terganggu melihat Gibriel tercongok di mejanya.

"Ya Allah budak ini.." Erika mengomel sendiri sambil menjeling ke arah Gibriel.

"Saya bukan budak ye.. dah 33 tahun.." Gibriel menjawab dengan muka memujuk.

"Nanti saya bagi lah jawapan. Nak bincang dengan Intan dulu. Kang saya ikut kang, bukan kenal orang lain pun, kang jadi kera sumbang pulak nanti.. Awak suka ke saya melekat mengekor awak je nanti.. suka clingy girl?" Erika membebel. Dia menekan tetikus membetulkan beberapa kesalahan automatik yang dibuat oleh komputer itu.

"Mana ada kera cantik macam awak, Yin.. Mana ada clingy.. Intan mestilah pergi. Eizrul ikut sekali.." Gibriel mula datang angin mengusiknya. Makin Erika tidak mempedulikannya, makin galak dia mahu mengusik gadis itu.

"Honeyy... bagi Yin bincang dengan Intan dulu, boleh..?" Erika melunakkan suaranya dan melenggokkan bicaranya. Gibriel membulatkan matanya. Terdiam kaku. Erika meletuskan tawa.

"Terkejut sayaaaa.." Gibriel tersengih sambul mengurut dadanya. Jarang Erika buat perangai begitu. Tidak pernah. Inilah kali pertama.

"Haaaa.. tau ponnn.. sabar lah sikit. Esok saya bagitau ye jawapannya.."

"Fair enough.." Gibriel menarik senyum lebar mengangguk-angguk beberapa kali.

"Your sweet dimples makes me wanna say yes right now.." Erika mengusik Gibriel.

Gibriel ketawa. Erika sudah pandai mengusiknya. "I'll take your words as yessss.." Gibriel menyambung dan mengorak langkah masuk ke pejabatnya.

"That's not fairrrr!!" Erika menjerit.

"Like I care??" Gibriel membalas dari dalam biliknya. Erika hanya melepaskan nafas dan menggeleng. Jemarinya meneruskan ketikan di papan kekuncinya. Melayan si Garfield ni, tak siap pulak kerja dia kang..

ERIKA berbaring di atas buaian tidur sambil memeluk begnya di Hammock Sphere. Suasana damai di Tadom Hill itu membuatkan Erika mahu terus berangan di atas buaian tersebut. Gibriel menempah kedua-dua unit Northern Hammock Sphere dan Southern Hammock Sphere untuk dia dan team futsalnya. Intan turut menghayun buaian di sebelahnya sendirian. Feeling betul. Erika memejamkan matanya. Tiba-tiba dia terasa buaiannya ditarik dari tepi. Erika mengejapkan pegangan tangannya di sisi buaian ayun itu. Matanya terus membulat. Wajah Gibriel tersengih lebar sedang memegang buaian Erika dari tepi.

"Ei.. Gile! Hun! Lepaslaaaa.. Jatuh la sayaa!!" Erika menjerit kecil. Intan membuka mata sambil ketawa kecil. Namun seketika kemudian terdengar.. gedebukkk.. Erika berpaling. Intan sudah terjatuh dari buaian. Eizrul ketawa kuat. Gibriel turut menyambut tawa itu. Erika lantas bangun. Gibriel ni kalau menggila, mau dia pun jatuh macam Intan tu nanti.

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang