BAB 12

612 16 0
                                    

'Him; his smile, his eyes, his voice, his laugh, his warmth, his existence. HIM.'

HABIS sebuah rumah dikemas. Baju yang bergunung dilipat, rumah disapu dan dimop. Semua habuk pun dah habis dilapnya. Erika menarik nafas. Separuh hatinya masih gundah-gulana tanpa khabar dari Gibriel. Separuh hatinya lega kerana mencapai kata putus bersama Ilham. Telefonnya yang berbunyi-bunyi itu tidak dihiraukan.

Erika menggaru kepalanya saat terdengar suara lelaki memberi salam di daun pintu rumahnya. Erika menarik tudung sarungnya dan menjengah ke daun pintu.

"Finally!!" Sorak seseorang. Erika membulatkan matanya.

Aiden bangun dan tersenyum. Entah berapa lama dia bersandar di kereta Erika. Erika tercengang. Aiden beberapa kali memetik jari di hadapannya.

"Aiden laaaa.. bukan mimpi.. cuba cubit pipi awak sendiri.." Saat Aiden habis berbicara, Erika mencubit pipinya sendiri. Ya! Dia tidak bermimpi!!!

"Cik Erika, bersiap dan ikut saya.."

"Apsal kau formal sangat ni?" Erika mengerutkan dahinya.

"Kau nak jumpa buah hati kau tak?" Soalan itu dijawab dengan anggukan laju. Tak malu betul!

"Siap cepat.. aku tunggu kat sini.." Aiden hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

ERIKA sedikit resah. Entah mengapa dia rasa begitu cemas. Rindukah? Takutkah? Erika menarik nafasnya perlahan. Langkahnya mengekori kaki Aiden. Mata Erika memerhati keadaan lobi hotel mewah itu. Dia memerhati pakaiannya yang agak santai. Kemudian, matanya beralih ke pakaian Aiden. Okay, fair enough. Nasib baik Aiden pon santai sahaja.

Saat Aiden melayarkan kad pada pintu sebuah suite, pintu terbuka perlahan. Erika masih terdiam. Mengekori langkah Aiden dengan teliti. Saat Aiden ke ruang tamu, sebuah tubuh yang dirinduinya berdiri. Gibriel bersut kemas. Rapi sekali wajahnya. Dia kemudiannya mengukir senyuman manis sehingga ke lesung pipitnya.

"Hey.. Yin.. I am your  Garfield laaaa.." Erika mengerdipkan matanya saat mendengar suara Gibriel.

"Mademoiselle.. je suis ton monsieur.." Gibriel menuturkan bahasa French dengan menundukkan tubuhnya sedikit. Erika mengukirkan senyuman. Benar. Gibriel di hadapannya. Ya Allah!!!

Erika melompat-lompat suka. Kalaulah Gibriel itu boleh dipeluk, dah lama dia meluru dalam pelukan lelaki itu.

"There you are.. my Yin.." Gibriel memberikan sekuntum ros merah kepada Erika. Erika menyambutnya suka. Dia memerhati suite bilik Gibriel itu. Luas! Dan ada dua orang lelaki lain yang sedang duduk menonton televisyen.

Berbulan tanpa khabar, pertemuan kali ini agak janggal kerana mereka dikelilingi oleh beberapa orang yang tidak dikenali Erika. Melihatkan wajah Erika yang sedikit kurang selesa, Gibriel memberikan isyarat mata kepada dua orang lelaki lain itu untuk ke ruangan sebelah.

"And before that, kenalkan.. yang tinggi tu, Bastein dan yang rendah sikit tu Rafael.." Gibriel memperkenalkan dua lelaki asing itu. Bastein dan Rafael menunduk hormat. Kemudian, mereka berlalu ke ruangan sebelah suite itu bersama Aiden.

"Rasa pelik.." komen Erika.

"Rasa macam awak dah kurus sikit?" komen Gibriel.

"I have tough time here.."

"I am sorry I can't be there for you.." Wajah Gibriel sedikit resah. Erika hanya mengangguk.

"Actually... I have something to confess.." Lama baru Gibriel bersuara. Liurnya ditelan perlahan.

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang