BAB 48

646 21 6
                                    

Life is not about waiting for the storm to pass but learning to dance in the rain..

"WEH.. termenung apa?" Adira menegur Erika yang sedang hanyut dilamun khayal. Hanya pen merah di jarinya yang digoyangkan.

Erika menghela nafasnya. Dia memandang ke arah Adira. "Kalau kau, sayangkan Ben tapi ayah Ben tak suka kau.. apa kau akan buat?"

Adira mengerutkan dahinya. Menghadam soalan Erika itu. Dia memandang Erika lembut. "Kes kau dengan Hud ke ni?"

Erika mengangguk. Matanya terpaku pada kuntuman bunga yang diberi oleh Gibriel setiap hari ketika menghantarnya ke tempat kerja.

"Kau rasa macam mana? Maksud aku, apa perasaan kau sebenarnya?"

"Harus lah aku sayang si Hud tuu.. tapi aku tak nak kahwin tanpa restu. Ayah dia tak suak aku mesti ada sebab. Mesti ada benda yang aku pernah buat yang dia tak berkenan ke.. mungkin dia rasa aku dengan Hud tak serasi ke.. mugkin sebab perbezaan darjat ke.."

Adira terdiam. Seolah berfikir. "Tapi kau tau tak sebab apa ayah dia tak nak kau dengan Hud kahwin?"

"Aku tak berani nak agak. Aku rasa, Hud tahu.. tapi dulu, ayah dia pernah kata, aku ni macam kelemahan Hud la.."

"Ooo.. ayah dia mungkin tak nak kau jadi kelemahan pada Hud.."

"Bukan setiap wanita yang menjadi isteri atau kekasih itu memang akan jadi kelemahan buat lelaki tu ke?"

"Betul jugak apa yang kau kata tu.. tapi Rika.. aku rasa, ayah dia macam ada sejarah pasal wanita yang jadi kelemahan ni.. kalau tak, takkan abang Hud tu dulu rebel dan lari kan?"

"Ha ah laa.. aku tak teringat pulak pasal Haq.." Erika menggigit bibirnya.

Adira memandang Erika. Dia sedikit teragak-agak untuk bertanya. "Kau dengan Hud tak cuba jumpa ayah dia ke? Minta restu depan-depan?"

"The last thing that Hud would do, is hurting his father.."

"Then kau jelah pergi jumpa ayah dia.."

"Tak nampak macam desperado sangat ke? Tak nak lah aku.. Aku pun tak nak buat ayah dia terluka jugak.. Hud tu sayang gila kat ayah dia.." Erika tidak setuju. Tidak mahu dipandang terdesak oleh Sheikh Ghazali. "Dah lah ayah dia tu serius je manjang.." tambah Erika.

Adira ketawa tiba-tiba. "Kau takut ke dengan ayah dia?"

"Sikit laaa.. tapi selalunya orang yang serius je manjang ni, hati dia lembut.. Cuma tak tahu macam mana nak lembutkan.."

"Atau kau boleh buktikan sesuatu pada ayah dia.."

Erika mengerutkan dahinya. Tidak mengerti dengan bicara temannya itu. "Maksud kau?"

"Buktikan yang kau bukan satu kelemahan buat Hud. Tapi, satu kekuatan dan tulang belakang bagi anak lelaki kesayangan dia tu.."

Erika mengeluh perlahan dan membiarkan kata-kata Adira itu berlegar-legar dalam kepalanya. Berat jugak masalah ini selagi Sheikh Ghazali tidak berlembut hati.


HARI minggu itu merupakan kejutan besar buat Zahri. Kunjungan Sheikh Ghazali bersama ibu dan isterinya membuatkan Zahri dan Bahira terkejut.

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang