BAB 62

714 20 1
                                    

Our hearts are breaking. We are lonely and deserted, sad and sick.. – Alexander Murdoch Mackay

ERIKA memejamkan matanya melihat kereta BMW Gibriel tersadai di hadapan rumah Zahri. Dia menghela nafas berat. Bukan sahaja nama, susuk tubuh Gibriel pun dia tidak mahu lihat buat masa ini.

Zahri berpaling ke arah Erika. "Yin okay ke?"

Mata Erika berkolam. Zahri melepaskan nafas lembut. Bahira mengusap lembut lengan adik iparnya. Menyalurkan semangat. Tidak lama kemudian, Erika menggeleng. "I don't wanna see him.."

"Fine.. I'll tell him.." Zahri memandang isterinya. "You bawak dia masuk dulu. I discuss dengan Hud.."

Bahira hanya mengangguk faham. Erika dan Bahira berpapasan melintasi Gibriel. Saat kaki Gibriel mahu mengekori Erika, namanya dipanggil oleh Zahri.

"Hud.." Perlahan dan dengan wajah yang tenang Zahri memandang Gibriel.

"Long.." Sapa Gibriel. Wajah Gibriel kelihatan kusut dan serabut.

"Jom kita keluar minum.." Zahri bersuara lembut. Gibriel meraup wajahnya dan mengangguk perlahan. Dia berpaling ke belekang seketika. Melihat pintu rumah Zahri yang tertutup dengan separuh hati.


ZAHRI menyisip minuman yang ada di hadapannya. Dia memerhatikan wajah kusut Gibriel itu sambil melepaskan nafas.

"Clearly, she needs time.." Zahri memulakan bicara memecah sunyi antara mereka.

Gibriel mengeluh. Dia meraup wajahnya. Kakinya tidak henti bergerak. Seperti tidak selesa. "I don't know about the pregnancy.. I swear.." Suara itu kedengaran lirih.

Zahri tahu, kata-kata itu benar dan dia juga tahu, ada sesuatu yang terjadi antara mereka sebelum kes keguguran ini berlaku. Jika tidak, tak mungkin Erika tidak mahu bertemu suami sendiri.

"Apa pun yang jadi antara Hud dan Yin, mesti ada jalan penyelesaiannya Cuma along rasa buat masa ni, let her deal with her sadness first.. dia tengah unstable tu.."

Gibriel terdiam. Seolah berfikir. Seketika kemudian, dia menggelengkan kepala sendiri. "Hud dah lama hanyut dalam kesedihan, long. Kalau Hud tinggalkan Yin masa dia tengah sedih, Hud takut, hati dia jadi tawar pada Hud. Hud banyak buat salah dengan dia kebelakangan ni, long.."

Bebola mata Zahri merenung Gibriel. Gibriel memandang Zahri. Bibirnya terketar-ketar. "Hud la penyebab Yin miscarriage.. I am the reason.. I took her for granted.. Allah.." Zahri memerhati airmata yang mengalir keluar dari kelopak mata Gibriel. Wajahnya memang tampak sesal dengan perbuatannya.

"I can't bear losing her.. never.." Gibriel meraup wajahnya sendiri.

"She needs time.. biar dia tinggal dengan along dulu.." Zahri memutuskan perkara itu. Erika perlu masa untuk bertenang. Dia tahu perangai adiknya itu. Nak-nak dia baru sahaja kehilangan bayi di dalam kandungannya. Emosi wanita itu perlu dijaga.

Gibriel membisu. Dia tidak mahu Erika duduk dengan Zahri tetapi apa pilihan yang dia ada? Erika tidak mahu melihat wajahnya langsung, bagaimana dia mahu memujuk wanita itu pulang ke rumah mereka?


GIBRIEL merenung siling rumahnya. Rumah itu sangat sunyi. Begini perasaan Erika sepanjang dia tidak mempedulikan kehadirannya selepas kematian Sheikh Ghazali rupanya. Sunyi, kosong dan helpless. Sudah berapa kali Gibriel mengeluh.

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang