BAB 57

564 24 2
                                    

I'm not the jealous type, but what's mine is mine. End of story.

"HAI..??" Suara gemersik itu memenuhi halwa telinga Erika. Metanya berkedip-kedip memandang Tri, bekas tunang Gibriel dan Gibran itu sedang duduk di sofa wad itu.

"Rika.." panggil Sheikh Ghazali. Lelaki itu melambai ke arahnya. Lelaki itu tampak sudah sedikit sembuh.

Erika menghulurkan salam dan mengucup belakang telapak tangan mentuanya itu. "Ayah.."

Sheikh Ghazali mengusap kepala Erika perlahan sambil mengangguk. "Hud keluar kejap. Dia tak makan lagi tadi.. Tri pun baru je sampai.."

"Oh ye..?" Erika menyalami tangan halus Puteri Riana. Wanita itu hanya memberi segaris senyum.

"I baru sampai pagi ni. Semalam I teman uncle dengan Hud.." jelas Tri.

Hati Erika tersentap. Namun, dia membuat wajah biasa dan mengangguk. "Oh ye..? Baguslah. Hari ni, you boleh rehat. Me and my hubby can take care of our beloved dad.." Perkataan 'my hubby' itu sengaja disebut dengan jelas.

Tri ketawa sinis. Namun, Erika mengambil tempat di sisi Sheikh Ghazali. Benar, Sheikh Ghazali sayangkan Tri tetapi dia tetap punya hak pada mentuanya itu sebagai anak.

"Ayah dah okay ke? Sorry, Rika baru setelkan kerja-kerja.." Erika memberi penjelasan sambil dia menyuapkan buah anggur pada mentuanya.

"Ayah faham.. maaflah ayah menyusahkan Rika.."

Erika menggeleng. "Ayah tak pernah menyusahkan Rika, atau Huda tau Haq.. ini namanya tanggungjawab, yah.. don't worry too much.."

Sheikh Ghazali mengukir senyum lemah dan mengangguk. Matanya berair. Erika mengelap lembut airmata mentuanya. "Jangan sedih, yah.. nanti tekanan darah ayah terganggu. We all gather here with you.." Erika memegang lembut jemari ayah mentuanya. Memberi semangat.

"Yahhh.." Suara itu kedengaran saat daun pintu terbuka. Gibran, Qisya dan Hud kecil turut menerpa masuk. Gibran terus meluru memeluk tubuh Sheikh Ghazali. Erika bangun dari kerusinya dan memberi ruang pada dua beranak itu.

"Sorry, kami lewat.." sapa Qisya. Erika dan Qisya bersalaman dan berpelukan.

"Rika pun baru sampai. Hud je yang stay sini dari hari Isnin hari tu.."

"Hai?" Tri menghulurkan tangannya pada Qisya.

"Hai.." Qisya menyambut dengan ramah. "Qisya Damia.."

"Saya Tri. Puteri Riana." Qisya mengangguk dan menghulurkan senyuman manis pada Tri walaupun dia tampak wajah Erika sedikit kelat pada Tri.

Daun pintu kemudiannya terbuka lagi. Tubuh Gibriel masuk dan matanya tertancap pada tubuh Erika. Dia menarik nafas lega dan menghampiri wanita itu seolah tiada orang lain di situ. Tubuh Erika dipeluk erat. Erika membalas pelukan itu.

"Hey hun.. I am home.." bisik Erika lembut.

Gibriel mengangguk dan masih memeluk tubuh Erika. "Thanks baby.. thanks.." Seketika kemudian, pelukan itu dilepaskan perlahan dan dia menyalami Gibran dan Hud kecil.

"I am so relieved, we all get together here.." bicara Gibriel sambil memandang Gibran dan Sheikh Ghazali.

Gibran mengangguk. "I have news.." Matanya kemudian memandang Qisya. Qisya tersenyum dan mengangguk seolah memberi sokongan untuk sang suami bersuara. Gibran menarik nafas perlahan. Dia mengusap lembut lengan Sheikh Ghazali.

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang