BAB 10

634 18 0
                                    


'I hope to meet up with you in my dreams'

HARI-hari yang berlalu mula terasa suram. Erika memandang lama ke skrin telefon pintarnya. Dia menarik nafas berat. Matanya dipejamkan. Setiap hari dia memerhatikan bilik pejabat Gibriel yang sudah kosong. Kosong sekosong jiwanya.

Erika menjeling ke arah nama yang tertera di telefonnya. Dia menarik nafas. Harapan melihat nama Monsieur semakin menipis. Gibriel dan Aiden seakan hilang ditelan zaman. Tiada khabar berita langsung. Tidak dapat dihubungi dan tidak menghubungi.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama Zahri terpapar. Erika menarik nafas sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum.. Yin.."

"Waalaikumsalam, long.."

"Yin sihat?" Zahri berbasa-basi dengan adiknya.

"Sihat.. kenapa long?" Erika menjawab lemah.

"Minggu ni balik rumah along ye.."

"Kenapa long?"

"Ada hal nak bincang sikit.."

"Hal apa?"

"Kita bincang hujung minggu ni. Along rasa tak sesuai bincang dalam phone.."

"Okay.. nanti Yin balik.." Erika menarik nafas. Dia mengalihkan matanya ke skrin televisyen tetapi mindanya kosong.

ERIKA sedikit terpinga-pinga melihat lauk-pauk yang dimasak oleh Kak Bahira. Sepertinya ada jemputan yang ramai.

"Ada tetamu nak datang ke kak?" Erika membantu membancuh air oren di dalam jag besar.

"Yeap.. ada orang nak datang.."

"Siapa?" Erika mengerutkan dahinya. Dia berpaling memandang kakak iparnya. Namun, Bahira tidak sempat menjawab soalannya kerana ketika itu kepala Bahira mula menjenguk ke arah ruang tamu saat terdengar suara orang memberi salam. Namun, Erika menelan liurnya saat wajah Puan Edora kelihatan begitu gembira menjengah ke ruang tamu rumah abangnya itu. Diikuti wajah Ilham. Erika dan Ilham beradu pandangan.

Erika turut sama duduk di ruang tamu apabila dipanggil oleh Puan Edora. Wajah Puan Edora kelihatan begitu berseri. Gembira. Erika mengukir senyum. Ilham hanya memerhatikan tindak-tanduk Erika.

"Mama dah bincang dengan Along tentang hari pernikahan Eid dengan Rika.."

"Nikah?" Erika terasa tercekik menyebut perkataan itu. Ilham mengangguk perlahan.

"Yes, sayang.. mama nak nikahkan Eid dan Rika.. kami dah mula berbincang tentang tarikh dan persiapan. Esok Rika dengan Eid boleh mula hunting untuk barang hantaran.. pasal borang, mama dah minta Ilham check about the details. I am so excited, Eid finally say yes to this wedding.." Puan Edora melakar senyum lebar.

Ah. Wanita itu terlalu baik untuk dikecewakan. Dia tidak pernah tidak sayang kepada wanita itu. Kawan baik arwah ibunya. Erika mula jarang berhubung dengan wanita itu sejak kehilangan ibu bapanya setahun yang lalu.


ILHAM menunjukkan beg tangan kepada Erika. Erika menarik senyuman kosong sambil menggeleng. Sudah sejam mereka berjalan di shopping mall tersebut. Semua yang ditunjukkan oleh Ilham hanya dijawab dengan gelengan. Barangan Ilham sudah cukup lima benda untuk diletakkan di atas dulang. Puan Edora sudah membuat list untuk dulang hantaran.

Namun, setiap list di atas dulang pihak perempuan, tiada yang menarik hati Erika. Semua beg kelihatan tidak cantik di matanya. Semua minyak wangi tidak kena dengan deria baunya. Setiap helaian telekung yang dia jumpa, tidak menemui kepuasan di jiwanya. Pendek kata, semua tidak kena. Erika menarik nafasnya. Sesekali dia meraup wajahnya. Otaknya serabut memikirkan tindakan apakah yang sedang buat kini?

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang