BAB 9

583 20 0
                                    

'Relationship never dies a natural death; they are always murdered. Either by ego or by lack of communication'

ERIKA mengelap airmatanya yang berjujuran. Dia masih memeluk kejap tubuh Zahri. Selesai pengkebumian arwah nenek mereka, mereka masih tinggal sehingga majlis tahlil selesai. Panggilan telefon dari sesiapa memang tidak dihiraukan. Dia cuma memberi tahu Bahagian Sumber Manusia atas berita pemergian neneknya melalui telefon malam semalam.

Pagi itu, Erika ternampak wajah kesayangannya sedang membaca surah Yasiin di hadapan jenazah bersama Aiden. Hatinya lega. Walaupun tiada bicara dari Gibriel, tetapi kehadiran tanpa bicara itu bagai menyalurkan semangat.

Melihat Gibriel dan Aiden banyak membantu dalam urusan pengkebumian dan tahlil, hati Erika kembali sejuk.

"Takziah, Yin.." Bicara Gibriel serasa janggal. Erika hanya mengangguk namun airmatanya mengalir laju. Malam tahlil ketiga, baru mereka bersua muka dan duduk bersama. Ketika itu emosi Erika pulih kembali.

"Saya ada benda nak bincang.." Gibriel bersuara. Hatinya sedikit pelik apabila wajah Ilham tidak kelihatan dari hari pertama nenek Erika tiada. Hendak ditanya, soalan itu hanya dipendam.

"Pasal apa?"

"Everything.."

"Gibriel.." Erika bersuara. "Can we talk tomorrow?" Dia seolah tidak tahu bagaimana mahu mengatur bicara.

"I'm afraid, we're running out of time.." Gibriel resah sekali. Seolah ada sesuatu yang amat penting mahu dikhabarkan. Erika memandang ke arah Gibriel. Aiden di sisi Gibriel hanya membisu.

"Saya tak kejar masa pun. But, both of you unlike always.." komen Erika. Aiden menayang sengih. Gibriel menghulurkan senyum kaku.

"Listen.. I have something important to tell you. It really can't wait.." Gibriel menghela nafas. Saat bicara mahu diteruskan, kedengaran suara Zahri memanggil Erika.

"Yin..." Erika memusingkan kepalanya. Zahri melambaikan tangan meminta Erika mendekatinya.

"Erikaa.. mama baru tahu, sayang.. Takziah yaa.." Erika lantas bangun dan menyalam hormat wanita sebaya arwah ibunya itu. Wanita itu memeluk tubuh Erika. Airmatanya kembali menuruni lekuk pipinya.

"Rika tak sempat nak inform sesiapa, ma.." Erika bersuara sambil membalas pelukan wanita itu.

Ilham hanya memerhatikan Gibriel dari jauh. Gibriel membetulkan songkoknya sambil menghela nafas. Perbualannya dengan Erika terganggu. Sedangkan dia kesuntukan masa.

"Kita betul-betul tak ada masa, Hud.." Aiden bersuara perlahan. Matanya masih memandang Erika yang sedang leka berbual dengan wanita separuh baya tadi.

Gibriel menghela nafas sambil meraup mukanya, "Tahu. Banyak benda tak selesai ni.. kenapa lah si Gibran tu buat hal sekarang?? Tak boleh ke tunggu seminggu lagi ke.. aku dengan Erika tu berperang belum berbaik lagi.. tambah hal Gibran pulak ni.."

"Kau dapat call Gibran?"

"Bertuah la kalau aku dapat.." Gibriel menggeleng.

PAGI itu, suasana tingkat 17 agak sibuk. Hari pertama Erika bekerja semula selepas cuti ehsan. Aiden dan lelaki-lelaki yang datang berjumpa dengan Gibriel hari tu, berkampung di pejabatnya. Erika mengerutkan dahinya. Memandang Siti dengan tanda tanya. Namun, Siti hanya mengangkat bahu.

"Yin.." Wajah Gibriel yang serius tiba-tiba berdiri di hadapannya. Erika berhenti menaip seketika.

"Kenapa? Kenapa ramai-ramai tu?" Erika mengerutkan dahinya. Gibriel mengukir segaris senyum.

"Can you follow me? I have no time.."

"Pergi mana?"

"Rooftop..."

"Rooftop?? Kenapa?"

"Please?" Gibriel kelihatan pelik sekali.

"Saya nak kena tanya Tan Sri dulu.."

"Saya dah tanya dia dah.. dia okay.."

Erika mencebik tidak percaya dan cebikannya itu mengundang tawa kecil pada ulas bibir Gibriel.

"I miss that sound.." Erika mengomel. Mata mereka beradu seketika.

"I miss your hazel eyes more.. will missing it more after this.." Suara Gibriel mula berbunyi sayu. Nafas dihela. Sebuah beg digalas.

Aiden muncul. "Hud.. everything been ready to take off.."

"Take off to where?" Erika terpinga-pinga.

Tidak sempat Gibriel atau Aiden menjawab, Tan Sri kemudian menegur mereka. "Ehh.. tak pergi lagi ke?"

"Pergi mana?" Erika mula hilang punca. Kenapa macam dia seorang je yang tidak tahu tentang perkara yang mereka bualkan ni?

"Hud dah minta izin nak bawak awak ke rooftop.. saya dah izinkan pun.." Tan Sri bersuara sambil mengangguk-angguk.

"Lets walk and talk. I don't have time, Yin.." Saat Gibriel memegang lengan Erika, Aiden dan dua lagi lelaki tadi mengekori langkah Gibriel.

Erika mengerutkan dahinya tidak faham. Kenapa macam cerita spy-spy ni? Gibriel ni spy ke? Erika menggeleng sendiri. Jangan melamun Erika. Earth to Erika!

"This things really complicated. I wanted you to trust me. Please." Gibriel bersuara di dalam lif. Erika mengerdipkan matanya.

"Kenapa? Awak ada bunuh orang ke?"

"Noo.. this more complicated.." Gibriel menggeleng-geleng laju. Dia memegang lembut bahu Erika. Dia menghela nafasnya.

"Oh my.. you penyiasat?" Erika menebak sambil membulatkan matanya. Mindanya tidak henti-henti berfikir yang bukan-bukan.

Aiden ketawa. "Kau ni banyak sangat tengok cerita bunuh-bunuh ke?" Dua lagi lelaki yang berada di dalam lif itu hanya serius dan berdiam diri.

"Den.. you're not helping!" Gibriel mula gementar.

Ting!! Lif sudah berhenti dan mereka mengorak langkah. Erika tergamam melihat hadapannya. Sebuah helikopter sudah menanti. Menanti siapa? Gibriel?

"Where's this will taking you to?" Erika menelan liurnya.

"There's so many things for us to discuss but we don't have time. Trust me. I love you. Still be in love with you. I shouldn't let this happen before I could speak to you about this. Just put your trust on me, on what we had in our heart. I will pick you; one fine day. Please, Yin?"

"Tak fahammm.." Erika mengerutkan dahinya.

"You will later. I need to go now.."

Dan itu kata-kata terakhir dari Gibriel. Dan itulah hari terakhir dia melihat Gibriel dan Aiden. Tubuh Gibriel masuk ke dalam helikopter tersebut. Erika hanya mengangguk melihat tangan Gibriel melambai. Airmatanya tiba-tiba mengalir. Entah kenapa dia berasa sedih. Dia merakam wajah itu kerana dia tidak tahu bagaimana akhirnya cerita Gibriel ini. Helikopter itu kemudian hilang dari pandangan matanya dan ditelan dibawa udara entah ke mana.  

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang