BAB 58

567 18 0
                                    

I have no words to describe this day. I do, however, have a ton of obscene gestures..

"BETUL ke ni ayah?" Sudah beberapa kali Gibriel bertanya pada ayahnya. Ayah sudah kelihatan sihat. Selera makannya kembali dan dia sudah boleh bergurau dengan mereka. Satu perubahan yang positif.

"Betul, Hud. Hud jeles ke ni?" usik Sheikh Ghazali. Lelaki tua itu nampak begitu gembira. Senyumannya lebar.

"Eh.. apa pulak nak jeles. Erika kan anak perempuan ayah.." Gibriel memandang isterinya. Erika hanya memandang dua beranak itu tanpa mahu menyampuk. Dua-dua hati hendak dijaga.

"If you say so, Hud kena tidur sorang-sorang lah hari ni.." Bicara Gibriel itu mengundang tawa dari Sheikh Ghazali. Erika memukul manja lengan suaminya. Pipinya terasa membahang.

"Ayah nak bagi Hud rehat. Hud banyak hari tak cukup tidur jaga ayah. Ayah dah sihat ni, ayah nak Hud rehat.. There's more for you to take in future.. get a rest.."

Gibriel hanya tersenyum memandang ayahnya. Lelaki itu sudah berubah sepenuhnya. Berubah menjadi periang dan positif. Berbeza dengan peribadi yang pernha dikenali sebelum ini.

"Maafkan ayah kalau Hud kecil hati dengan ayah ya.."

Gibriel membulatkan matanya. "Yah.. Hud tak pernah simpan apa-apa di dalam hati. Hud harap ayah pun sama.."

Sheikh Ghazali hanya mengangguk sedikit. Matanya bergenang. Nafas ditarik dalam. Menghalau rasa sedih yang mula bertamu. Dia memerhatikan tubuh Gibriel meninggalkan wad itu.

"Yah..?" Erika memanggil bapa mentuanya lembut saat melihat wajah Sheikh Ghazali yang sedang mengeringai kesakitan selepas bayang tubuh Gibriel sudah berlalu pergi.

"Ayah okay tak ni?" Erika mengerutkan dahinya. Risau dengan keadaan Sheikh Ghazali. Lelaki itu memegang belakang kepalanya.

"It's really hurt. Sakitnya kepala ayah ni Rika. Allahu.. Sakit sangat.." Jemari tua itu mengurut belakang kepalanya.

Erika menghela nafas. Dia ingin membantu tetapi tidak tahu bagaimana. "Rika panggil nurse, yah.." Erika berlalu sebentar memanggil jururawat.

Mata Erika memerhatikan jururawat yang baru dipanggil tadi memberikan ubat penahan sakit. Namun, wajah bapa mentuanya masih menyeringai kesakitan.

"Is it really hurt..?" soalan Erika itu hanya dijawab dengan anggukan dan mata terpejam.

"I.. need to sleep.. a while.." bicara Sheikh Ghazali itu hanya dijawab dengan anggukan walaupun dia tahu Sheikh Ghazali tidak nampak. Dia mengurut lembut kepala bapa mentuanya. Berharap dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung. Nafas dihela perlahan. Erika tiba-tiba berasa tidak sedap hati.


"RIKA ada nak bawa ayah jalan-jalan kat taman tak? Ayah macam nak hirup udara segar sikit la hari ni.." pinta Sheikh Ghazali lewat petang itu.

"Ayah dah okay ke? Tadi sakit kepala?" Tanya Erika. Bimbang.

Sheikh Ghazali tersenyum manis. "Alhamdulillah dah okay.."

"Kalau ayah dah okay, tunggu kejap. Rika nak ambil kerusi roda.." Erika mengukir senyuman buat bapa mentuanya. Sheikh Ghazali hanya mengangguk sambil tersenyum senang melihat tubuh menantunya hilang di sebalik daun pintu wad itu. Nafas dihela perlahan.

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang