BAB 42

572 20 0
                                    

Vivacious – full of life and good spirits; happy and lively in a way that is attractive

SHEIKH Ghazali merenung jauh. Kehijauan di luar tingkapnya diperhati lama. Sesekali terlepas keluhan di bibirnya. Dia berpaling ke arah meja kerjanya. Gambar-gambar dan laporan dari Aiden itu tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Gembirakah atau sebaliknya?

Kebelakangan ini, Sheikh Gibriel semakin menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kerja. Itu bukan berita pelik. Gibriel memang tidak pernah mengecewakannya dalam menjadi anak atau bekerja. Namun, Gibriel yang lebih berbeza kini. Lebih gembira dan lebih hidup. Senyumannya juga lebih lebar sekarang.

Persoalannya sekarang adalah, adakah wanita yang dilihat di bilik wad Gibriel tempoh hari merupakan sebab utama Gibriel berubah menjadi lebih ceria dan tampak hidup dari sebelumnya?

Dan wanita itu adalah wanita yang sama yang pernah menghuni hatinya dua tahun lepas.

Zuyyin Erika.


LAMA mata Sheikh Ghazali terpaku di cermin pintu wad kelas satu yang menempatkan Sheikh Gibriel itu. Wajah girang Gibriel yang sedang berbual dengan seorang wanita itu membuatkan hatinya sedikit gusar. Namun, dia bahagia melihat kegirangan Gibriel itu. Sudah lama rasanya Gibriel tidak segirang itu. Matanya dipejam lama sebelum melepaskan nafas.

"Listen, Aiden. Hud would know nothing that I have come here with you for him.." Sheikh Ghazali bersuara selepas dia terlihat Erika dan Gibriel berbual gembira pada malam itu.

Wajah Aiden sedikit berubah. "Tapi.."

"No but.." Bicara itu terhenti. Lelaki itu meraup rambutnya. "I want to know all the things yang Hud buat dan sejauh mana hubungan mereka.. and I want full report.. Without Hud knowing about it. Ever." Bicara Sheikh Ghazali tegas. Lelaki itu tidak pernah tidak serius dalam bicaranya.

Aiden terdiam seketika. Namun, wajah serius Tan Sri Sheikh Ghazali itu membuatkan Aiden mengangguk perlahan.

"Good.. I am gonna take the first flight home.. keep posting on Hud's situation.. plus the medical report.." Usai bicara itu, Sheikh Ghazali berlalu pergi. Aiden melepaskan nafasnya dan mengekori langkah lelaki itu dan menguruskan kepulangannya.

SHEIKH Ghazali memejamkan matanya. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan. Gibriel dan Erika telah dipisahkan dan bertemu kembali. Jadi apa yang patut dilakukan?

"Ayah?"

Sheikh Ghazali membuka matanya. Wajah Gibriel yang kerisauan memenuhi tubir matanya.

"Hud..?"

Gibirel merapati tubuh tua ayahnya. Dia memeluk tubuh itu. Kejap dan penuh kasih. "Hud balik, yah. Nenda kata, ayah tak sihat.. berkurung je.. are you okay?"

Sheikh Ghazali membalas pelukan anaknya itu. "I'm good, son.."

"Hud risau, yah.." Gibriel melabuhkan duduk di sisi ayahnya. Dia mengusap lembut lengan ayahnya.

"Dah tua ni, biasalah Hud.."

"You know what, Hud would spend a great time here with you.. Let's have some vacation.. just two of us.." Reaksi gembira Gibriel itu membuatkan Sheikh Ghazali tersenyum.


"HOLD me tight, Tan Sri. You might gonna flying on water!!!" Gibriel menjerit. Sheikh Ghazali ketawa kuat. Dia memeluk kuat pinggang anaknya.

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang