BAB 5

777 24 1
                                    

'Falling in love is easy.. but bumping into someone that can spark your soul is rare..'

AIDEN menghulurkan tuala kecil kepada Gibriel. Gibriel menyambut tuala tersebut sambil tangannya meneguk rakus air mineral dari botol. Peluh di wajahnya dilap.

"So, kau dengan secretary kau tu apa cerita?" Aiden memulakan bicara sementara mereka menanti giliran untuk bermain semula. Mata Gibriel memerhatikan permainan beregu squash di bilik becermin itu.

"Macam biasa je.. kenapa kau tanya?"

"Berkenan. Tanya laa.." Aiden memancing Gibriel.

Gibriel menaikkan keningnya. "Dengarnya, dia da ada boyfriend.." Gibriel menjawab tanpa memandang Aiden.

"Alaaa... sedangkan kapal terbang pon, kena hijack sekarang ni.. setakat baru jadi girlfriend tu, apalah sangat.." Aiden tersengih. Gibriel hanya membisu.

"Kau tak minat dia ke?"

"Apsal pulak tanya aku ni?"

"Sajeee.. kau rapat kot dengan dia. Takkan tak berkenan.."

"Fine.. kau punya game of mind ni, aku da dapat baca laaaa.. kau nak tau apa ni?" Gibriel menjeling Aiden. Aiden mula tersenyum panjang.

"Listen, Hud.. aku kenal kau dah lama. Kau kentut je, aku boleh tahu kau makan ape tau.."

"Teruknya punya perumpamaan kau.." Gibriel ketawa besar.

"Berapa lama dah kau dengan dia? Officially, I mean.." Aiden terus bertanya sambil meneguk air di tangannya.

"Baru lagi.. dekat tiga bulan.." Gibriel berterus-terang. Aiden dan dia tidak pernah menyimpan rahsia.

"So, this one is serious one?" Aiden bersandar selesa.

"So far, yes.." Gibriel mengangguk tanpa ragu.

"How about Lisa?"

"Don't know and don't care.. Aku dah bagitau yang aku dengan Lisa dah break kan?"

"Who are you? You're not my best friend.." Aiden memegang kepala Gibriel seperti mahu mengeluarkan makhluk halus.

"Oi! Gile!" Gibriel menolak tubuh Aiden. Aiden ketawa besar. Gibriel menjeling namun masih tersenyum ke lesung pipit.

"Coz' my best friend would never be confident as this when he's with Lisa.." Kata-kata Aiden itu disambut dengan tawa besar. Gibriel menggelengkan kepalanya.

"Dia tak sempurna, Aiden. We fight like normal couples but we did fix it. Aku rasa, hati aku tenang dan damai dengan dia.. aku tak boleh explain dengan perkataan.."

"Dengan Lisa pun, kau bergaduh jugak.."

"Betul.. tapi dengan dia, lain.. lain dari yang lain. Pretty sure.."

"Aku ni, tak kisah, Lisa atau Erika. Aku nak kau buat pilihan yang terbaik untuk kau.."

"Aku dengan Erika, masih baru lagi. Mungkin masih fasa bulan madu. So, aku nak go with the flow dulu.."

"Whatever it is, kau tahu yang kau kena berterus-terang dengan dia kan?"

"Belum masanya untuk Erika tahu. Lisa pun tak tahu hal ni, Den.."

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang